Tuesday, December 2, 2014

Bingkisan Alunan al-Habib 'Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz

Bismillah.




Ringkasan aluan Al-Habib ‘Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz dari Tarim,Yemen dalam Majlis Muwasholah Baina Ulama'/ Pertemuan antara Ulama di Terengganu smlm 29/11/14.
Sebahagian dari kata-kata hikmah Habib Umar Utk dikongsikan: Beliau حفظه الله تعالى berkata tentang dakwah: “Yang wajib bagi kita iaitu harus menjadi da’ie (pendakwah) dan tidak harus menjadi qadhi atau mufti.
Erti dakwah adalah memindahkan manusia dari keburukan menuju kebaikan, dari kelalaian menuju ingat kepada Allah, dan dari berpaling kembali menuju kepada Allah, dan dari sifat yang buruk menuju sifat yang baik.
Betapa dekatnya seseorang itu dengan para anbiya` di hari qiamat ialah menurut kadar perhatiannya terhadap dakwah ini.
Penuhilah hati kita dengan kecintaan terhadap saudara kita, nescaya Allah akan menyempurnakan kekurangan dan mengangkat darjat kita di sisi Allah.
Barang siapa berusaha menjadikan kematiannya sebagai pertemuan dengan (Allah), maka kematiannya adalah hari raya baginya.
Barangsiapa yang tidak mahu duduk dengan orang yang beruntung, bagaimana mungkin dia akan beruntung dan barangsiapa yang duduk dengan orang beruntung bagaimana mungkin ia tidak akan beruntung.
Menyatunya seorang murid dengan gurunya merupakan permulaan di dalam menyatunya dengan Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم. Sedangkan menyatunya dengan Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم merupakan permulaan untuk fana pada Allah swt.
Manusia di setiap waktu senantiasa terdiri dari dua golongan: Golongan yang di wajahnya terdapat tanda-tanda dari bekas sujud dan, Golongan yang di wajahnya terdapat tanda-tanda dari bekas ingkar kepada Allah.
Sesungguhnya di dalam sujud terdapat hakikat yang mana apabila cahayanya turun pada hati seorang hamba, maka hati tersebut akan sujud selama-lamanya dan tidak akan mengangkat dari sujudnya.
Keluarkanlah rasa takut pada makhluk dari hati kita, maka kita akan tenang dengan rasa takut pada Kholiq (pencipta) dan keluarkanlah rasa berharap pada makhluk dari hati kita, maka engkau akan merasakan kenikmatan dengan berharap pada Kholiq iaitu Allah swt.
Banyak bergurau senda merupakan petanda sepinya hati dari mengagungkan Allah dan tanda dari dhoifnya iman.
Salah satu dari penyebab turunnya bencana dan musibah adalah sedikitnya orang yang menangis di tengah malam.
Orang yang selalu mempunyai hubungan dengan Allah, Allah akan memenuhi hatinya dengan rahmat di setiap waktu.
Kita tidak akan naik pada darjat yang tinggi kecuali dengan himmah (cita-cita yang sangat tinggi).
Semoga perkongsian ini bermanfa'at pada kita semua Insyaa Allah. Sila kongsikan sebagai secebis usaha dakwah kita dalam mencari redha Allah swt.
Semoga Allah lihat usaha kecil kita ini..in shaa Allah..
Jazzakallah khair.

Monday, November 24, 2014

Pilihan

Bismillah.

Assalamu'alaikum, Salam Eco Campus & Salam Peneraju Perubahan!



Minggu-minggu dan bulan-bulan yang semakin mencabar. Jatuh bangun. Up and down.

Making a choice is not easy. Banyak perkara kena timbang tara. Kalau pilih ini, apa pros and cons nya? Kalau pilih itu pula, apa pros and cons nya?

Apa manfaat untuk masa depan aku? Lebih dari masa depan, apa manfaat untuk agama? Dakwah? Tarbiyyah? Semua kena consider bila mau buat keputusan. Itulah yang Islam ajar.


Indahnya isi doa Istikharah, makna doa yang benar-benar mengharap dan bertawakal sepenuhnya kepada Allah, yang Maha Mengetahui akan segenap diri manusia.

Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini: 




Ya Allah,
aku beristiharah dengan ilmu-MU
ku mohon kekuatan dengan kekuatan-Mu
dan ku mohon keagungan dengan kurniaan-Mu

Kerana Engkau berkuasa dan tidak pula aku
Engkau mengetahui juga tidak pula aku
Maha Mengetahui yang ghaib

Ya Allah jika ini baik bagi ku, agamaku dan kehidupan
juga natijahku selepas ini
maka tetapkanlah Engkau mudahkanlah
dan berkatilah aku padanya..

Ya Allah jika ini buruk bagiku, agamaku dan kehidupanku
juga natijahku selepas ini
maka jauhkannya dariku juga
juga jauhkan aku darinya..

Tetapkan aku dengan kebaikan sebagaimana 
yang sepatutnya..
Kau jadikan ku meredhainya...


Semoga pilihan yang aku buat ini mendapat keberkatan daripada-Nya. Doakan proses pertukaran kos ini dipermudahkan :)

















Friday, July 4, 2014

Sumbangan Ramadhan by PSS


[ ‪#‎MediaPSS‬ ]
UPDATE TERKINI PROJEK PRIHATIN UMMAH: KIT SOLAT SEMPURNA
ANJURAN Persatuan Siswazah Sabah
Assalammualaikum wbt, Bismillahirrahmannirrahiim
Alhamdulillah..
Sumbangan terkumpul daripada rakan-rakan, sahabat-sahabt, dan masyarakat yang prihatin, setakat hari ini ialah sebanyak RM900.
Daripada jumlah tersebut Seramai 18 orang sasaran (Saudara Baru/lama yang kurang berkemampuan, fakir miskin, Anak-anak yatim piatu, dll) akan di hulurkan sumbangan berbentuk KIT SOLAT SEMPURNA (Tafsir Al-Quran, buku mengaji, kopiah/telekung, kain sarung, buku
panduan solat, takwim solat, buku doa & zikir harian).
InsyaAllah, dengan sumbangan yang terkumpul tersebut kawasan pertama yang akan kami sasarkan adalah kota marudu, Kota Belud & Ranau. Aktiviti sumbangan akan bermula pada
minggu hadapan.
Selain menyumbang, turut bersama-sama kami adalah Yayasan Al-Baghdadi Negeri Sabah yang
akan mendidik bacaan Al-quran dengan cara yang betul. (boleh rujuk ustazah Siti Nur' Afifah Shah ).
Selain itu tidak dilupakan juga kepada Persatuan Puteri Islam Malaysia Cawangan Sabah yang turut
menyumbang & bekerjasama dalam
memastikanprojek ini berjalan lancar.
Untuk pertanyaan sila hubungi:
saya mohd fanshuri 019-5323604
Sdri. Nuraswanie 0109510044.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun rasmi Persatuan Siswazah Sabah 10016010043186 (Bank Islam).
Sila maklumkan jumlah sumbangan kepada Bendahari PSS, Sdr. Hardianshah di No. 0138989452.

p/s : Mari beramal di bulan Ramadhan! ^___^

Irfaan, aku dan dorang

Bismillah.




Dua tahun di Teratak Tarbiyyah Al-'Irfaan, tercipta memori suka dan duka bersama kalian, juga dengan orang lain.
banyak, sangat banyak kenangan yang buat hati diasak kerinduan yang teramat..

the best moment, bila gaduh-gaduh, mengalah dan say sorry :')
disitu, aku belajar minta maaf, memaafkan, berlapang dada.. pendek cerita, Al'Irfaan is the place where ALLAH had teached me a lot about 'Ukhuwwah'!

Al-'Irfaan, juga tempat aku banyak ditegur secara langsung atau tak langsung. Membina diri, juga orang lain..

belajar dari orang lain, perghhh... terlalu rindu~
tidak terkata ..... kamu faham apa yg si kak dayah rasa ni kan, hikhik..

"Oh, you're my brother
You're my sister
We're one big family
Oh, you're my brother
You're my sister
Just one big family

It doesn't matter if you live far away from me
You feel I feel, you bleed I bleed, you cry and I cry
We sleep and dream
Sometimes we're sad, sometimes we're happy
You breathe I breathe
We love, walk, talk and we smile

Have you thought about
Why we look the same?
Why we feel the same?
Don't tell me it's by chance

I care about you
And I wish you could realise
There's no difference between us two
We're part of one family
No matter how far you are
And even if we don’t know each other
Oh, you and me, me and you, we are one..."


in memory, #TERATAK_TARBIYYAH_IRFAAN #MADANI_D4.20 #KML

"SEMOGA KITA TERUS ISTIQOMAH DI JALAN PILIHAN ALLAH BUAT KITA"
~AL-'IRFAAN, ARMADA PENYELAMAT & KASIH SAYANG~

-Kak Dayah kencang-



Tuesday, February 4, 2014

Intima' Kita Yang Mana?

Bismillah.

Konsep intima' merupakan kombinasi sinergi (memerlukan dua elemen yang mesti bersifat lengkap-melengkapi) yang amat berkait dengan konsep bai'ah. Tiada intima' tanpa adanya bai'ah dan begitulah juga sebaliknya.

Secara ringkasnya, Intima’ diterjemahkan dengan makna keterlibatan. Mengikut beberapa aktivis amal islami, intima' disyarahkan sebagai penglibatan seorang amilin dalam organisasi yang telah beliau bai'ahkan.

Ada juga yang mengistilahkan intima' sebagai larutnya seseorang yang telah berbai'ah itu dalam perjuangan Islam secara jamaie (berkumpulan). Namun, saya lebih cenderung kepada menyebut intima' ialah keberadaan dan keterlibatan seseorang yang telah berbai'ah dalam perjuangan Islam secara faham dan bersungguh-sungguh.

Para ulama' telah membahagikan intima' kepada beberapa bahagian.

Pertama: Intima’usy Syakhsi = iaitu keterlibatan dalam perjuangan tersebut kerana tokohnya atau individu-individu yang terlibat dengan perjuangan tersebut. Kebiasaannya mereka yang mengamalkan intima' ini adalah atas dasar minat kepada tokoh dan figur perjuangan tersebut. Contohnya, mereka terlibat kerana ibu bapa atau wakil rakyat atau kawan-kawan yang mengikuti perjuangan tersebut. Intima' ini adalah intima' yang rapuh. Mereka yang mengamalkan intima' ini amat besar risikonya untuk kecundang kerana tidak ada kefahaman yang kukuh tentang perjuangan tersebut.

Kedua: Intima’ul Maslahi = Keterlibatan dalam perjuangan tersebut kerana mempunyai kepentingan tertentu yang hendak dimiliki. Contohnya, jika mendaftar menjadi ahli dalam platform perjuangan tersebut, mereka akan mendapat duit atau mereka inginkan jawatan atau mereka akan dapat memegang share profit syarikat dalam platform tersebut atau mereka mendapat apa sahaja jenis habuan duniawi (termasuklah diskaun atas sesuatu pembelian). Ini adalah intima' yang korup kerana mereka yang seperti ini, hanya bersifat ananiyyah (individualistik) dan kemungkinan besar boleh mengabaikan amanah atau tanggungjawab dalam perjuangan ketika diuji dengan harta duniawi.

Ketiga: Intima’ul ‘Afawi = Keterlibatan kerana kecenderungan terhadap elemen-elemen yang disukai dalam organisasi atau perjuangan tersebut. Contohnya, trend fesyen yang dipakai kebanyakkan ahlinya atau gaya hidup atau jenis pemikiran (suka benda-benda berunsur islamik atau sebaliknya) dan sebagainya. Intima' ini adalah intima' yang sangat terpesong dari landasan perjuangan. Ini kerana kecenderungan manusia boleh berubah mengikut peredaran zaman dan kesesuaian tempat serta jenis manusia. 

Sebagai contoh, si A minat kepada organisasi Z kerana majoriti pengikutnya memakai kopiah. Satu hari si A pergi ke KLIA dan terserempak dengan si B yang merupakan antara pimpinan organisasi Z sedang memakai songkok. Si A amat terkejut dan lantas ketika pulang ke rumah, beliau bertekad untuk keluar dari organisasi Z.

Keempat: Intima’ul Irtijali = Keterlibatan dalam organisasi tersebut secara spontan. Mereka yang berintima' dengan intima' ini kebanyakkannya tidak tahu kenapa dan mengapa mereka berada dalam organisasi tersebut. Setelah habis zaman kanak-kanak barulah mereka menyedari bahawa meraka telah ada dalam organisasi tersebut. Kebanyakkan orang yang berintima' dengan spontan ini berlaku kerana lahir dalam keluarga yang terlibat dengan organisasi tersebut atau telah didoktrinkan dengan organisasi tersebut sejak kecil.

Keterlibatan ini adalah keterlibatan yang boleh digoncang kerana ianya bersifat subjektif dan boleh berubah-ubah mengikut keadaan dan situasi. Seharusnya mereka yang terlibat dengan keterlibatan seperti ini perlu melalui proses pentarbiyahan supaya intima' mereka dapat dipulihkan ke landasan yang sebenar. Insyaallah.

Kelima: Intima’ul ‘Aqidi = Keterlibatan ini adalah keterlibatan yang benar dan sahih. Iaitu keterlibatan kerana aqidah yang betul dan kukuh serta yakin dalam perjuangan yang didokongnya untuk memperjuangkan Islam hanya kerana Allah SWT berlandaskan hukum-hukum Allah (Al-Quran), sunnah Rasulullah, ijma' ulama' dan qias serta bertepatan dengan syara' mengikut waqi’ semasa.

Mereka yang berintima' dengan aqidah adalah mereka yang benar-benar yakin dan insyaallah terus kukuh dalam perjuangan Islam untuk "mengabdikan diri kepada Allah dan menentang taghut dan kesesatan"


Intima' kita yang mana satu? :)

Ya Allah, luruskan niat kami.. Allahumma ameen!

Friday, January 24, 2014

Fitnah Petunjuk Istikharah

Bismillahirrahmanirrahiim.


 


“Ustaz, saya dan tunang saya sudah hampir ke tarikh pernikahan kami. Tetapi tunang saya telah secara mendadak memutuskan pertunangan kami. Beliau bermimpi melihat seorang perempuan lain dan setelah beristikharah, beliau yakin perempuan itu adalah pilihan sebenarnya kerana ia muncul dengan petunjuk Allah. Bagaimana pandangan ustaz? Saya dan keluarga saya serta keluarga tunang saya sangat terkilan. Apakah benar saya sudah dikeluarkan daripada petunjuk Allah? Di mana silap saya, ustaz?”



Sepucuk emel dihantar kepada saya.


Beristighfar dan mengurut dada.

Percaya atau tidak, gejala ini semakin menjadi-jadi.

Malah di kalangan pelajar universiti, Istikharah semakin popular di dalam trend yang tersendiri. Ia diamalkan bagi ‘memaksa’ Allah membuat pilihan untuk mereka. Berbekalkan kejadian persekitaran atau mimpi yang disangka petunjuk, kadang-kadang ‘pilihan Allah’ itu adalah tunang orang, suami orang, malah ada juga isteri orang. Bertindak atas nama ‘petunjuk Allah’, tercetus permusuhan sesama anak Adam.
Apakah Allah, atau Syaitan yang memberikan ‘petunjuk’ penuh mudarat dan zalim itu?

MEMBELAKANGKAN ILMU



Penyakit besar yang melanda anak-anak muda terbabit ialah beribadah tanpa ilmu. Mereka melaksanakan Solat Istikharah berdasarkan saranan rakan-rakan yang juga melakukannya atas saranan kawan-kawan yang lain. Berapa ramaikah yang membuka kitab Fiqh atau belajar mengenai Solat itu dan ibadah yang lain melalui para ustaz dan alim ulama’?

Keadaan ini menjadi lebih bermasalah apabila ada pula agamawan yang mengesyorkan panduan-panduan yang tidak berdasarkan keterangan al-Quran dan al-Sunnah malah diajar pula kaifiyat yang sangat membuka ruang manipulasi Syaitan dalam mengaburi pertimbangan anak Adam.

Mengira huruf tertentu di dalam Surah, menyelak secara rawak mushaf dan mencari petunjuk di muka surat yang terbuka, juga paling banyak meniti di minda ialah menanti mimpi yang menjawab permintaan.

Ia mengingatkan saya kepada pandangan Sheikh Saleem bin Eid al-Hilali di dalam kitab Bahjah al-Nadzireen syarah kepada Riyadh al-Sholiheen:

“Ada sesetengah orang berpendapat, “sesudah mengerjakan solat serta Doa Istikharah, akan muncullah nanti petunjuk dalam mimpinya, maka dia akan memilih sebagaimana yang ditunjukkan oleh mimpinya itu” Justeru ada sesetengah orang berwudhu’ dan kemudian melakukan Solat serta Doa Istikharah dan terus tidur (dengan meletakkan harapan  petunjuk datang melalui mimpi), malah ada juga mereka yang sengaja memakai pakaian berwarna putih kerana mengharapkan mimpi yang baik. Semua ini hakikatnya adalah prasangka manusia yang tidak berasas”

Menjadi satu keperluan yang sangat penting untuk kita kembali kepada maksud asal Solat Istikharah.

Istikharah itu bermaksud meminta bantuan daripada Allah untuk seseorang itu memilih di antara beberapa kemungkinan yang diharuskan oleh Syara’. Ada pun pilihan yang berada antara manfaat dan mudarat, apatah lagi Halal dan Haram hatta Makruh, maka tidak harus untuk Istikharah dilakukan kerana tindakan yang sepatutnya diambil sangat jelas iaitu pada meninggal dan menghindarkan pilihan yang tidak baik itu.

Sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

“Hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya dengan sanadnya daripada Jabir radhiyallaahu ‘anhuma, beliau berkata:

Daripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam Baginda bersabda:
Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia Rukuk dengan dua Rukuk (mengerjakan Solat dua rakaat) yang selain daripada Solat yang Fardhu (yakni mengerjakan Solat dua Rakaat dengan niat Istikharah).

Kemudian hendaklah dia berdoa: Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurniaan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini – harus disebut hajat tersebut atau cukup sekadar meniatkannya kerana Allah Maha Mengetahui akan hajat itu – adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.

ANTARA ISTIKHARAH DAN ISTISYARAH

Istikharah itu mempunyai gandingan yang memberi tambahan kemudahan. Ia dikenali sebagai Istisyarah.
Istisyarah ini bermaksud meminta pendapat mereka yang boleh dipercayai untuk membantu seseorang itu membuat keputusan.

Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata:

“Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya”

Biar pun para Ulama berselisih pendapat tentang mana yang patut didahulukan antara Istisyarah dan Istikharah, ia tidak menjejaskan bahagian yang perlu dimainkan oleh seorang manusia dalam proses dirinya membuat keputusan. Sebelum sampai kepada pertimbangan memilih antara dua kebaikan, seseorang yang berhajat itu mestilah mempunyai asas dalam penilaiannya agar pilihan yang ada di depan matanya adalah antara dua perkara yang harus serta sama baik. Sudah tentu, hal ini juga memerlukan dirinya untuk mengambil bahagian dengan berusaha.

Setelah beristikharah, namun hati masih berada di dalam ketidak pastian, harus baginya untuk mengulangi Solat dan Doa Istikharah itu hingga beroleh ketetapan hati dalam membuat keputusan. Di samping itu juga, dia dianjurkan beristisyarah, yakni meminta pendapat individu-individu yang dipercayai integriti dan kemahirannya dalam urusan tersebut, agar keputusan boleh dibuat.

Titik pentingnya ialah, keputusan hendaklah kita yang berhajat itu melakukannya dan bukan menyerahkan kepada Allah untuk membuat keputusan itu dan menampakkanya melalui petanda-petanda yang dicari. Di sinilah ruang untuk fitnah berlaku apabila dalam suasana hidup kita yang dibelenggu oleh pelbagai maksiat serta Iman yang teruji, kita membuka suatu ruang kosong untuk dicelah oleh tipu helah Syaitan.

Tambahan pula dalam keadaan jiwa anak muda yang selalu lemah untuk menolak kehendak diri dan sering terdorong mengikut kemahuan. Jiwanya tidak bulat meminta kepada Allah, sebaliknya bermain helah untuk mengharapkan Allah menyokong kecenderungan dirinya sendiri.

Berhentilah mencari mimpi.

Berhentilah menunggu petanda.

Beristikharah memanggil kebersamaan Allah dalam keputusan yang kita buat. Kita yang membuat keputusan itu, dengan keyakinan hasil Istikharah, bahawa keputusan yang kita buat itu adalah dengan kebersamaan Allah. Jika di kemudian hari, pada pilihan yang dibuat itu, datang mehnah yang menguji kehidupan, kita tidak akan berfikiran negatif malah berusaha untuk mencari sisi-sisi positif pada apa yang berlaku kerana keputusan yang dibuat dahulu itu adalah dengan kelengkapan Syariatullah (Istikharah) serta Sunnatullah (Istisyarah – Ikhtiar Usaha).

Pertimbangkanlah… seandainya pilihan yang disangkakan petunjuk daripada Allah itu mencetuskan mudarat, permusuhan, meninggalkan yang afdhal dan mengambil yang mafdhul… berhati-hatilah.
Ia mungkin mainan Syaitan.

“Sebahagian (daripada umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayah” [Al-Aa'raaf 7: 30]



KESIMPULAN
  1. Hindarkan diri daripada kesukaran menetapkan pendirian dalam kehidupan. Was-was adalah permainan Syaitan dan penyakit jiwa yang mengundang bahaya.
  2. Dalam hal-hal yang tiada keraguan dalam membuat pilihan keputusan, ia tidak berhajatkan kepada Istikharah.
  3. Ketika berdepan dengan pilihan yang sukar ditentukan, gunakan pertimbangan diri untuk melihat buruk baiknya.
  4. Jika jelas mudarat atau sudah ditentukan Haram hukumnya, maka tidak harus beristikharah.
  5. Pada perkara yang sukar untuk dibuat keputusan, beristikharahlah kepada Allah mengikut kaifiyat Solat Istikharah dan Doa yang Ma’thur daripada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
  6. Istikharah boleh diulang beberapa kali hingga beroleh ketetapan hati untuk membuat keputusan.
  7. Di samping itu juga beristisyarahlah dengan meminta pandangan pihak yang boleh dipercayai kewibawaannya.
  8. Petunjuk daripada Allah ialah kemampuan hati untuk tetap pendirian membuat keputusan.
  9. Hindarilah perbuatan menunggu mimpi atau petanda berbentuk isyarat kerana ia sangat terbuka kepada belitan Iblis.
  10. Jauhi Bid’ah dan Syirik.
  11. Setelah keputusan dibuat, bertawakkallah kepada Allah dan tenang dengan keputusan itu.
  12. Seandainya timbul cabaran atau muncul sisi kekurangan pada pilihan yang dipilih, tiada fikiran negatif muncul kerana yakin adanya hikmah dan kebaikan daripada Allah.
  13. Istikharah terbuka kepada apa sahaja urusan kehidupan yang berada di dalam ruang lingkup keharusan Syara’ dan salah jika hanya dilihat sebagai mekanisme jodoh.
  14. Rujuklah kitab-kitab Fiqh serta panduan Sunnah dalam urusan Istikharah serta ibadah-ibadah yang lain.
  15. Melakukan ibadah dengan hanya berpandukan hearsay adalah pintu kebinasaan dalam beragama.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com

p/s : Just be confident to your choice after you've done istikharah ;)

Friday, January 10, 2014

Kita Pendosa!

Bismillah.

Saat exam masih berlangsung, ku titipkan satu puisi..

 

Seringkali aku tersungkur,
Dek nafsu yang bermaharajalela di jiwaku!
Aku jatuh
Aku bangun
Jatuh dan bangun!


Aku hilang hala tuju saat ini
Aku teraba-raba mencari sinar cahaya yang pernah singgah di hatiku
Aku kehilangan cahaya itu,
Kerana dosa yang bertubi-tubi ku lakukan


Ya Allah!
Hinanya aku!
Tidak bersyukurnya aku ya Rabb…

Tunjukkan aku jalanMU ya Allah
Sungguh,
Aku benar-benar telah jauh tersasar
Aku lemah,
Sangat lemah tanpa cahaya dariMU

Terteleku aku ya Rabb…
Menyesali perbuatan lalu


Terdiam
Tanpa kata,
Aku cuba bangkit semula
Mencari secebis kekuatan yang hilang tanpa ku sedari…
Seperti kanak-kanak yang baru belajar untuk tegak berdiri,
Aku jatuh lagi!

La hawla wala quwwata illah billah…

Aku mohon kekuatan dengan kekuatanMU,
Ampunkan dosa-dosa yang telah ku lakukan ya Allah…
Aku bertaubat padaMU…
Terimalah taubatku,
Hamba hina ini… :’(


Nota kaki : Ilham masa study Programming. Sentiasa perbaharui taubat.

Tuesday, December 31, 2013

Hati yang Baru

Bismillah.

 
Bila jiwa kacau risau tentang masa depan,
Bila hati sesak dengan kerenah manusia yang tidak memahami,
Bila jiwa sukar berlapang dada,
Bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain,
Bila hati sentiasa ingin marah,
Bila hati mula berjinak dengan nafsu yang Allah tidak redha.

Bila akal lupa tujuan asal hidup,
Bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat,
Bila hati puas melakukan perkara yang tidak berbuah amal,
Bila jasad duduk enak tanpa berbuat ma'aruf.

Bila air mata terlalu sukar untuk dititiskan untuk-Nya,
Bila hati mula mengeras,
Bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia,
Bila hati mula berputus asa terhadap rahmat & nikmat-Nya.

Bila diri mula meminta yang berlebihan,
Bila hati mula meminta untuk yang bukan haq,
Bila diri rasa sudah cukup,
Bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikir.

Bila cemburu terhadap nikmat & rezeki insan lain,
Bila diri berpura baik di hadapan manusia,
Bila hati merasa perbuatan dosa sebagai tidak apa,
Bila diri sentiasa mahu dipuji.

Bila hati tidak yakin dengan janji-Nya,
Bila diri menyesal dengan setiap taqdir-Nya,
Bila hati sentiasa mencari aib & salah orang lain,
Bila diri sentiasa ingin memuaskan selain dari Allah.

Bila hati merasa bebas dari jagaan Allah,
Bila merasa diri milik mutlaq diri sendiri,
Bila hati merasa aman melanggar amanah,
Bila merasakan tiada yang lebih penting melainkan diri sendiri.

Bila diri terlalu banyak beralasan,
Bila setiap perbuatan tidak terniat untuk Allah,
Bila diri mula berasa berat untuk sembah & sujud kepada-Nya,
Bila telinga lebih enak dilagukan dengan selain ayat-ayat suci-Nya.

Bila mulut lebih senang berbicara tentang dunia dari manisnya syurga,
Bila redha manusia lebih dicari daripada redha Allah,
Bila merasa cinta manusia lebih asyik daripada cinta Allah,
Bila hati tidak rindu untuk bertemu-Nya,
Bila hati mula disempitkan dengan dunia,
Bila diri sombong tidak mahu meminta kepada-Nya,
Bila setiap akal, jiwa & jasad terikat dengan dunia.

Hati itu bukan hati aku lagi..

I beg to you Ya Rabb..
Please heal my heart..

-Anonymous-