Thursday, December 24, 2009

Jangan begitu sayang...

Bismillah
Allah Yang Menguasai Perjalanan Langit Dan Bumi.

Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya
lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan,
maka dia akan berkata:
"Tuhanku telah memuliakanku"

Adapun bila Tuhannya mengujinya
lalu membatasi rezekinya maka dia berkata:
"Tuhanku menghinakanku"
[Al Fajr 89:15-16]

Jangan begitu sayang
Allah Tahu Apa Yang Terbaik Untukmu.

Diwajibkan atas kamu berperang,
padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui
[Al Baqarah 2:216]

...

Akan ada yang datang
Dan akan ada yang berlalu pergi

Manusia itu akan datang dan pergi
Harta benda itu akan datang dan pergi
Kesedihan itu akan datang dan pergi
Masalah itu akan datang dan pergi

...
...
...

Tapi ...

Ada juga yang datang
Dan takkan pernah sesekali berlalu pergi

Siapa?

...
...
...

Allah, sayang.
Allah.

Allah akan tetap di situ
Sekalipun kamu melupakannya.
Allah takkan pernah meninggalkanmu dan takkan pernah berpaling darimu
Allah akan terus memerhatikan.

Ya!
Allah akan terus memerhatikan.
Setiap gerak gerimu,
Setiap ucap kata dari bibirmu,
Pekerjaan yang kamu utamakan melebihi diriNya,
Dan bagaimana kau sandarkan cintamu pada manusia yang belum halal buatmu

Allah ada untuk setiap masa
Kapan sahaja yang kamu mahu
Kembali padaNya ya sayang
Allah sedang menantimu

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku,
maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat.
Aku mengabulkan permohonan
orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku,
maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku)
dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku,
agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
[Al Baqarah: 186]

jangan biar sampai Allah murka pada kita

NASIHAT BUAT BAKAL PELATIH PLKN..

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

“Ha ha. Padan muka kau kena masuk PLKN!”

Saya menyertai PLKN pada tahun kedua ia diadakan. Ketika itu terlalu banyak persepsi negatif yang kami dengar tentang PLKN. Baik tentang isu couple, isu rogol, isu dera dan bermacam isu lain lagi. Maka sesiapa dalam sekolah kami yang diarahkan menyertai PLKN, pasti akan disindir. 
“Habislah gelap kulit kau nanti.”
PLKN mengajarkan saya begitu banyak perkara. Ada yang baik dan ada yang buruk. Ia mengajarkan saya bagaimana manusia boleh berubah apabila diberi kebebasan. Dan ia juga mengajar bagaimana manusia berubah apabila dikongkong dengan jadual yang ketat. 
Yang dahulu di sekolah pendiam, boleh jadi aktif.
Yang dahulu di sekolah nakal, boleh jadi alim.
Yang dahulu di sekolah Ketua Pelajar, boleh jadi rosak.
Bayangkan seorang pelajar sekolah agama yang sekolahnya boleh disebut sebagai ‘Forbidden City’ disebabkan terlalu banyak pantang larangnya, tiba-tiba masuk ke PLKN dengan bermacam ragam dan kerenah pelatihnya.
Bayangkan juga seorang pelajar sekolah biasa yang semasa di sekolahnya dahulu mencari kepastian dalam agama, tiba-tiba masuk ke PLKN dan bertemu dengan rakan yang boleh mendorongnya.
Begitulah. Bukan semua jadi jahat. Tetapi bukan semua juga jadi lebih baik.
Cuma masing-masing mendapat pengalaman baru dan mereka bertindak mengikut cara yang mereka rasakan betul.
Bertindaklah!

Saya masih ingat setiap malam di kem kami, aktivitinya adalah menonton drama. Drama yang akan kami tonton telah pun disediakan oleh pihak Kementerian. Dan sudah tentu jalan ceritanya tidak diminati oleh kebanyakan pelatih, termasuklah jurulatih yang bertugas.
Kadang-kadang ada jurulatih yang baik hati akan memasang filem yang ada mesej-mesej yang bagus. Tetapi kadang-kadang ada juga jurulatih yang akan buat aktiviti karaoke.
Cuma pada saat-saat seperti itu biasanya tiada tindakan disiplin yang diambil sekiranya ada yang ponteng. Jadi, saya dan beberapa orang rakan akan beredar keluar. Ada kalanya kami akan ditahan oleh jurulatih.
Jadi kami akan berbual-bual dengan jurulatih tersebut untuk mengambil hati jurulatih. Disebabkan itu juga, kadang-kadang ada jurulatih yang membawa saya dan rakan keluar makan roti canai pada hari minggu.
Ramai jurulatih yang mahukan pelatih-pelatih PLKN ini menjadi manusia yang bijak. Bijak memilih perbuatan dan bijak dalam budi bicara. Sekiranya kita ada alasan yang kukuh, mereka tidak akan marah. Malah mungkin akan terlebih sayang kepada kita.
Sekiranya ada arahan atau perbuatan yang kita rasa tidak sesuai dengan apa yang kita belajar semasa di sekolah dahulu, bertindaklah dengan cara tidak menyakitkan hati sesiapa.
Sekurang-kurangnya… 
“Apa pasal kau nak sibuk-sibuk aku sudah solat atau belum?

Itu yang budak sekolah agama itu pun tak solat lagi.”
Apa yang kita buat biasanya akan terpalit juga kepada golongan yang sama seperti kita.
Memang ketiadaan masa akan menjadi alasan utama. Andai kata kita tiada masa untuk solat di surau, solat sahaja di dalam bilik. Malah saya rasa lebih bagus solat di bilik sambil mengajak beberapa rakan sebilik lain turut solat sama.
“Oh, begitu cara kamu sembahyang,” ujar seorang rakan cina, Ng.
Mudahkan jangan disusahkan.
Cinta Kontrak 
“Aku bercinta dengan budak ini dalam kem ini sahaja. Dia pun dah tahu aku ada awek di luar.”
Fenomena mencari pasangan memang sangat meriah di dalam kem PLKN. Rasa cinta kepada seseorang itu fitrah, jangan dilawan. Makin dilawan makin kuat rasa keinginannya. Tetapi perlulah dikawal supaya tidak berlaku apa-apa yang melanggar syariat.
Ada seorang rakan karib di PLKN. Kata beberapa rakannya semasa di sekolah dahulu dia memegang jawatan Exco Tarbiah Badan Agama. Di dalam kem PLKN, dia menjaga segala tindak-tanduknya. Sehinggakan dialah antara pemula usrah kami di kem tersebut.
Sekiranya ada di antara kami yang tiba-tiba membuka cerita tentang perempuan, pasti dia akan menjauhkan dirinya.
Cuma pada minggu-minggu terakhir kami di kem tersebut, kami nampak dia sudah mula duduk berdua-duaan dengan pelatih daripada kompeni yang sama.
Makin kuat kita melawan, takut-takut ia terpendam menjadi besar dan nanti kita melepaskan semua keinginan tersebut dalam satu masa. Sehingga membenarkan apa yang tidak patut. 
Kita Punya Pilihan
Semasa Bilal bin Rabah diseksa dengan ditindihkan batu di atas badannya, tentu sahaja dia mempunyai pilihan sama ada untuk meninggalkan agama Islam atau tidak. Bayangkan kalau kita sendiri ditindih dengan batu besar pada cuaca yang panas, mungkin sahaja boleh mati.
Dalam filem 2012, Adrian berkata kepada Jackson Curtis(seorang penulis buku), “Adakah kamu yakin bahawa saat manusia tahu waktu kematian mereka, mereka akan bertindak mementingkan diri sendiri?”
Tetapi Bilal bin Rabah tetap dengan pilihannya dan tetap menyebut, “Ahad… Ahad… Ahad…” 
Sesungguhnya kita mempunyai kebebasan untuk memilih reaksi terhadap segala tindakan yang terjadi atas diri kita. Kita yang bertanggungjawab sepenuhnya atas jenis tindakan yang kita pilih.

Islamic Summer Camp!!

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah segala puji-pujian dan syukur aku panjatkan kepada Rabbulalamin kerana masih dipanjangkan umur hingga ke saaat ini. Selawat dan salam kepada Kekasih Allah, keluarga baginda, para sahabat baginda serta para Mujahid-mujahid Islam yang terdahulu dan yang selepasnya.

Alhamdulillah, miggu lepas 18-20 Dis 2009 bersamaan 1-3 Muharram 1431 H, aku dan 4 orang lagi sahabat SMK Perempuan likas telah menyertai Islamic Summer Camp kali ke-3 di Pusat Sejadi, Hutan Lipur Kawang, Papar. Subhanallah! Dahlah tempatnya best, pengisian yang diberi oleh abang2 dan kakak2 PSS pun banyak memberikan semangat perjuangan dan ilmu-ilmu sebagai seorang Da'ie.

Tapi yang sedihnya, fail aku tertinggal kat sana huhu.. Takpa, aku redha.^_^
Aku nak ucapkan terima kasih kat Kak Yuyu sebab tolong aku hari tu. Syukran banyak-banyak kak! Hanya Allah ja yang mampu balas pertolongan kakak tu. InsyaALLAH..

Hari pertama sampai, kami disuruh hafal lagu yema untuk ISC kali tu. Tajuknya Mujahid Setia. Sapa-sapa dengar, memang naiklah semangat perjuangan kamu tu. Siap kena ajar stail nyanyi lagi hehehe.. Dibawah ne liriknya, tapi kalau nak sekali dengan muziknya korang buka youtube jee..K..
 
Bangkitlah mujahid bangkitlah
Rapatkan barisan rapatkan
Ayunkanlah langkah perjuangan
Mati syahid atau hidup mulia

Siapkan dirimu siapkan
Gentarkan musuhmu gentarkan
Takkan pernah usai pertarungan
Hingga ajal kan menjelang

Enyahkan rasa takut dan gentar
Walau raga kan meregang nyawa
Kerna Allah tlah janjikan surga
Untukmu mujahid setia
p/s: kak yuyu adik copy dari kakak ne hehe..

K sekian saja untuk kali ne. sampai ketemu lagi, insyaALLAH..
TERUSKAN PERJUANAGN WAHAI MUJAHID SETIA!!! TAKBIR!!
Wassalam...

Wednesday, December 9, 2009

BARU UPDATE HOHO~

Assalamualaikum W.b.t..

Alhamdulillah, aku baru jak update blog aku yang lama tak di update ne..^_~

Ehem2.. Jangan salah faham pulak dengan lagu ne tauu...
Owk, salam'alaik.....

NO Obsession....

Bolehkah Islam itu berkembang bila halangan assabiyah belum dibolosi?

Merenung ke luar jendela, kelihatan ramai budak-budak remaja lelaki jalan berpasukan menuju ke padang bola untuk beradu kehebatan. Pasti mereka arif memilih kaki yang lincah beraksi merebut bola untuk mendapatkan kemenangan. Pasti mereka pasukan@jemaah yang mahir bermain bola.

Sekilas perhati di jendela kembara, oh. Mereka kumpulan remaja wanita mementingkan kecantikan. Bersiar-siar mencari kebebasan dan kepuasan. Itu, mereka jemaah kanak-kanak ribena yang gemar bermain dengan teman sebaya. Bermain guli, tin mahupun bubut-bubut mengikut musim. Dan mungkin pakcik-pakcik itu pula kelompok yang suka berdiskusi hal semasa sambil menunggu kopi baru dari pagi ke petang. Bersidang dengan yang seangkatan untuk mencapai permuafakatan.

Luarannya, orang menilai yang membawa Islam itu pasti mereka yang bertudung labuh, berjubah, berkopiah putih, yang berbicara perlahan, yang menghidupkan masjid-masjid dan yang serumpun dengannya.

Hakikatnya Islam juga memerlukan mereka yang tidak bertudung, bijak melontarkan kata-kata, pandai menyanyi, gagah dalam bersukan, kanak-kanak nakal, pemuda rempit, remaja shuffle, belia kedai kopi, suri rumah, tukang sapu, petani dan semua segala.

Bukankah setiap manusia itu memiliki kelebihan? Dan setiap kelebihan itu ada manfaatnya lebih-lebih lagi bila diarahkan ke landasan yang tepat.

Dalam usrah baru-baru ini, kata naqibahku untuk membentuk bangunan yang kukuh, elemen pasir, air dan simen itu diperlukan.

Sama seperti hidangan nasi lemak yang menjadi santapan aku dan adik-adik 'Putriku Sayang' seawal pagi tadi, kombinasi nasi dan sambal itu menyempurnakan hidangan. Dilengkapkan dengan telur rebus, ikan bilis, timun dan kacang cukup menyelerakan. Hasil campuran yang bervariasi mampu mencetuskan impak yang mendalam bagi yang menikmati.

P/S: Berakulturasilah dalam berkomunikasi masyarakat terintegrasi

>>>>FORWARD FROM YUYUSHIRA.BLOGSPOT.COM

KEJAHATAN KAUM YAHUDI TERBUKTI DALAM AL-QURAN..

Yahudi dalam Al-Quran

Fakta fenomenal saat ini yang menggambarkan arogansi, kecongkakan dan penindasan Yahudi terhadap kaum muslimin adalah hikmah yang harus diambil dari Firman-Nya: Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Israil dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan membuat kerusakan di muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar.” (QS.17:4). Dalam tafsir Jalalayn dijelaskan bahwa maksud fil ardhi dalam ayat itu adalah bumi Syam yang meliputi Suriah, Palestina, Libanon, Yordan dan sekitarnya.

Pembunuhan bukan hal asing dalam sejarah Yahudi. Bahkan nabi-nabi mereka, seperti Nabi Zakariya dan Nabi Yahya pun dibunuh. Mereka juga mengira telah berhasil membunuh Nabi Isa dan bangga atas usahanya. Tapi Al-Quran membantahnya (QS.4:157). Inilah di antara makna bahwa yang paling keras permusuhannya terhadap kaum beriman ialah orang Yahudi dan musyrik (QS. 5:82).

Penolakan janji Allah (QS. 5:21-22) yang memastikan kemenangan jika mau berperang bersama Nabi Musa, membuktikan sebenarnya Yahudi adalah bangsa penakut, pesimis, tamak terhadap dunia dan lebih memilih hidup hina daripada mati mulia. Bahkan QS. 5:24 menggambarkan bahwa mereka tidak butuh tanah yang dijanjikan dan tidak ingin merdeka selama masih ada sekelompok orang kuat yang tinggal di sana. Lalu mereka meminta Nabi Musa dan Tuhannya berperang sendiri.

Oleh karena itu Al-Quran menggambarkan bahwa kerasnya batu tidak bisa mengimbangi kerasnya hati kaum Yahudi. Sebab masih ada batu yang terbelah lalu keluar mata air darinya dan ada juga yang meluncur jatuh karena takut kepada Allah (QS. 2:74). Keras hati kaum Yahudi ini di antaranya disebabkan hobi mereka mendengarkan berita dusta dan makan dari usaha yang diharamkan (QS. 5:24).

Dua Belas Kejahatan Yahudi

Dalam buku Qabaih al-Yahud dijelas 12 kejahatan Yahudi yang termaktub dalam Al-Quran. Kejahatan itu adalah sebagai berikut:

1.?????? Menuduh Nabi Musa punya penyakit kusta karena tidak mau mandi bersama mereka. (QS. 33:69)

2.????? Enggan melaksanakan Taurat, sehingga Allah mengangkat gunung Tursina untuk mengambil perjanjian yang teguh. (QS.2:93)

3.????? Tidak mau beriman kecuali jika melihat Allah langsung. (QS. 2:55 dan 4:153)

4.????? Merubah perintah agar masuk negeri yang dijanjikan seraya bersujud dan mengucapkan hithah, yakni memohon ampunan. Tapi mereka mengganti perintah itu dengan cara melata di atas anusnya dan mengatakan hinthah, yakni sebutir biji di rambut. (QS. 2:58-59)

5.????? Menuduh Nabi Musa mengolok-olok mereka saat mereka disuruh menyembelih sapi betina. (QS. 2:67)

6.????? Menulis Alkitab dengan tangan mereka, lalu mengatakan ini dari Allah. (QS. 2:79)

7.????? Memutar-mutar lidahnya untuk menyakinkan bahwa yang dibacanya itu adalah wahyu yang asli. (QS. 3:78)

8.????? Merubah Firman Allah. (QS.2:75)

9.????? Menyembah patung sapi saat ditinggal Nabi Musa mengambil Taurat. (QS.2: 51 dan 92)

10.?? Mengatakan Tangan Allah terbelenggu. (QS.5:64)

11.??? Menuduh Allah itu faqir. (QS. 3:181)

12.?? Menyuruh Nabi Musa dan Tuhannya berperang untuk mereka (QS.5:24)

Di samping itu, sosok nabi yang seharusnya dijadikan suri tauladan, justru dinistakan. Nabi Ibrahim dalam Kejadian pasal 12:10-16 dan 20:1-14, dikisahkan sebagai orang yang hina, menjijikkan dan rakus harta benda. Beliau dituduh menjual isterinya yang cantik demi meraih keuntungan. Kitab suci mereka tidak pernah menceritakan beliau sebagai Nabi pemberani yang menghancurkan patung meskipun harus dilemparkan kedalam api, menyeru ayah dan kaumnya meninggalkan kemusyrikan. Kisah memilukan juga menimpa Nabi Luth. Dalam Kejadian Pasal 19:30-38, beliau dikisahkan menzinahi kedua putrinya dalam keadaan mabuk.

Islam adalah musuh permanen bagi Yahudi dan Nasrani. Sebab Islam adalah satu-satunya agama yang kitab sucinya mengoreksi langsung kesalahan dua agama itu. Ibarat seorang adik, ia berani membongkar kejahatan kedua kakaknya. Oleh sebab itu, kedengkian mereka tidak akan padam dan masih eksis dalam kajian-kajian mereka. Contoh kedengkian intelektual ini seperti klaim bahwa Al-Quran banyak dipengaruhi kosa kata Ibrani, seperti diungkapkan Adnin Armas dalam bukunya Metodologi Bibel dalam Studi Al-Quran. Klaim ini dicetuskan oleh Abraham Geiger (1810-1874), seorang rabi dan pendiri Yahudi Liberal di Jerman dalam karyanya, Apa yang telah Muhammad pinjam dari Yahudi?

Jauh sebelumnya, Imam Syafi’i telah menolak tudingan semisal itu dan menguatkan bahwa Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Sebab semua lafadz dalam Al-Quran mustahil tidak dipahami oleh semua orang Arab, meskipun sebagian lafadz itu ada yang tidak dimengerti oleh sebagian orang Arab. Hal ini mengingat luasnya samudera bahasa Arab, bukan karena kata itu tidak berasal dari bahasa Arab. Karena kata-kata yang dituduhkan asing itu telah menjadi bahasa Arab, dikenal dan telah digunakan oleh masyarakat Arab sebelum turunnya Al-Quran.

Anehnya, virus Geiger kini berkembang subur di sebagian umat. Pengacauan studi Islam dan maraknya franchise-franchise hermeneutika untuk menafsirkan Al-Quran di sebagian institusi pendidikan tinggi Islam sangat potensial melemahkan akidah dan ukhuwah. Fenomena ini perlu dipertimbangkan para tokoh umat di samping fatwa tentang pemboikotan produk Israel dan Amerika.

Penulis adalah dosen STID M. Natsir Jakarta. Alumni ISID Gontor dan Pascasarjana di International Islamic University Malaysia (IIUM), fakultas Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences

KETIKA HATI BERKATA 'TIDAK'..

Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)

EPILOG

Kali ini Haikal ketandusan IDEA...nampaknya gadis itu tidak boleh dihindari. Dia sudah habis ikhtiar untuk menjauhi gadis itu namun tidak berhasil. ke mana sahaja dia pergi gadis itu mesti wujud di sekitarnya. ARGH..Rimas!!

'YA ALLAH..aku tidak membencinya namun, aku lemas bila melihat dia. Maafkan daku YA ALLAH'. Entah apa salah gadis itu sehingga membuatkan Haikal dilanda kerimasan yang melampau-lampau..

Gadis itu bersahaja dan tidak menunjukkan ancaman sedikit pun. Apakah ini satu ujian hati??

Ayu wajah gadis itu menjadikan jiwanya sentiasa berdebar. Sukar untuk bernafas, pandangan yang menjadi berat. Hebat sungguh aura gadis itu.

***

"KAl, jom kita join program hujung minggu ni..naqib aku kata best!" bersemangat Ajai mengajakku ke program usrahnya. Dan yang HAikal terfikir di benaknya ialah satu program yang penuh dengan perbincangan yang membosankan.KAku. Dia sendiri pernah menyertai usrah satu ketika dahulu di sekolah. Tapi semuanya hampeh! Dia serik berada dalam keadaan terkongkong minda dan yang banyak bicara hanya naqib. Tidak berpeluang langsung memberikan buah fikiran sendiri. Untung nasib badannya mendapat naqib yang egois, tidak mahu menerima buah fikiran orang lain.

"Apa je aktiviti dalam program tu?" HAikal bersahaja bertanya...acuh tak acuh. Bukan tidak berminat, cuma bimbang terbuang masa mengikut program yang memaksanya menjadi penadah telinga.

"Err..untuk jawapan itu, naqib aku kata, ikut dulu baru tahu.."Ajai menggaru kepalanya yang tak gatal. Haikal rasa tercabar. Dia tiba-tiba mendapat satu ilham untuk menyertai program itu.

***

Seminggu berlalu begitu cepat. HAikal kini bukan lagi haikal yang dulu. Matanya sentiasa berjaga-jaga daripada memandang sesuatu yang tidak wajar dipandang. HAtinya terkesan dengan pengisian program yang disertainya bersama Ajai tempoh hari. Alhamdulillah..dia selalu mengucapkan lafaz ini setiap kali terkenang keadaan dirinya dulu dan sekarang. Bagai langit dan bumi.

Seorang abang merangkap AJK program bernama Abang Zaidi berjaya merapati Haikal dan mengikat hatinya kepada ISLAM. Haikal yang dulunya berasa kekosongan hidup yang menghimpit kini semakin boleh menilai yang hakiki dan yang palsu.

Setiap soalan mengenai kemusykilannya boleh ditanya secara terus kepada Abang Zaidi kerana dibantu oleh kecanggihan dan kemajuan teknologi massa kini, YM, Facebook, 3G,...Walhal bilik mereka hanya bersebelahan!

Satu hari HAikal mengambil suatu masa yang sangat ideal untuk merenung dirinya. Dia terpegun dengan dosa yang pernah dibuat sebelum ini..

Tika itu semua insan sebiliknya sudah berdengkur di atas katil masing-masing. Dia memilih masa itu keran itulah dia boleh berbicara dengan Penciptanya. Dia terus menerus mengakui dosa-dosanya yang pernah dilakukannya di depan Penciptanya tanpa segan silu. Tahajjud pertamanya sudah menyebabkan sejadahnya hampir basah semuanya, dek air mata keinsafan.

Dia pernah menjadi ahli kumpulan samseng dan menjadi kutu rayau sebelum memasuki kampus Islamik ini. Semuanya kerana terleka dengan masa menunggu keputusan SPM yang terlalu lama!

Entah sudah berapa anak gadis yang dibawanya ke hulu ke hilir sepanjang tempoh itu. Dirinya sangat bersyukur tidak terlalu jauh terbabas..Dia serta merta merasakan dirinya begitu jijik dan keji. Namun, bila mendengar nasihat Abang Zaidi, bahawa Sifat ALLAH itu MAHA PENGAMPUN, PENYAYANG...MAHA BELAS KASIHAN..masya ALLAh...terasa panas air mata yang menitis lagi. Jika sesama manusia pasti mereka tidak mungkin menerima insan yang pernah membelasah insan lain yang tidak bersalah , pasti tidak bisa menerima diri yang pernah menyentuh kulit wanita yang tidak halal disentuh. Pasti benci, meluat dengan dirinya yang pernah menabur kata-kata kesat untuk orang tuanya yang setiap hari meninggalkan rumah seawal pukul 5 pagi untuk menoreh, semata-mata mencari duit untuk menampung belanjanya sejak dulu sehingga sekarang..,Oh ibu..Oh ayah...betapa derhakanya anak kalian ini!

Teringat ketika ibunya mengadu sakit lenguh badan akibat mengangkat susu getah untuk dijual, dia meminta lembut untuk diurut tangannya. Dengan wajah yang bersih penuh mengharap, tangannya menghulurkan sebotol minyak angin. Tangan yang lemah itu tidak di sambut dan tidak dipedulikan. Televisyen lebih menarik perhatiannya. Sudahlah ketika itu ayahnya memberi amaran supaya tidak keluar malam. Tengah mood KO, tergamak dirinya membiarkan Ibunya meletakkan semula minyak urut itu di atas lantai selepas kelenguhan itu berganda akibat huluran yang tidak disambut oleh sang anak. Dengan penuh kepayahan Ibunya melangkah ke bilik perlahan-lahan, mengesat air mata. Kini barulah dirinya sedar nilai dan akibat air mata itu.

Sungguh kini dirinya bertekad untuk berubah. Abang Zaidi kata ALLAh tak tengok luaran kita, dia melihat hati kita, sejauh mana takwa dan ikhlas kita untuk mencari redha ALLAH. Jika hati yang kotor tidak dapat diselamatkan lagi...Bolehlah memohon hati yang baru. MAka malam ini, itulah permintaan Haikal kepada Penciptanya. Hati yang baru.

Selepas menyudahkan witirnya, dia tertidur di atas sejadah...

BerSAMA HATI BARU

Hati yang baru ini masih belum tercalar dek maksiat seperti dulu. PEsanan Abang Zaidi terngiang-ngiang di cuping telinganya.

"Walau kita sudah berazam untuk berubah, nafsu kita masih terdapat didalam diri kita, Kita membesar dengannya. Jangan lupa untuk memohon perlindungan dari-Nya supaya kita boleh mengalahkan kehendak NAFSU kita. Begitu juga syaitan, Dia semakin geram pada insan-insan yang berubah menjadi ikhlas kepada Tuhannya!, kepada-Nya lah kita memohon perlindungan..."

Petang itu seperti yang dirancang, dia akan menghabiskan masa petangnya dengan Ajai di perpustakaan. Dalam perjalanan, matanya terpandang akan satu wajah yang sangat-sangat menyentakkan hati. Sehingga dirinya terawang-awangan sebentar. 'Itu manusia atau bidadari?!' getus hati kecilnya, kini nafsu mengambil kesempatan untuk membisikkan kemanisan-kemanisan sementara yang bakal dikecapinya sekiranya dia berkenalan dengan gadis itu...

Perkara itu seharusnya dikongsi bersama Abang Zaidi. Temujanji dibuat dan malam itu juga Haikal menceritakan perihal gadis ayu petang tadi.Termasuk perihal hatinya yang tersangkut, dan pengakuan bahawa dia telah jatuh hati. Abang Zaidi terdiam. Dalam diam dia memikir sesuatu, ayat bakal dikeluarkan itu mungkin akan menjatuhkan semangat Haikal sebagai seorang lelaki.

"KAl, nampaknya hati Kal telah terkeliru.." lembut nada Abang Zaidi memulakan bicaranya.

"Hah? maksudnya?", Haikal cepat-cepat menutup mulutnya. Dia tersengih, segan rasanya pada Abang Zaidi.

"Bila kita berbicara pasal hati...ayat 'famous' yang orang guna ialah..JATUH CINTA itu TIDAK SALAH..." Dia menyambung lagi..."CUma yang bahaya sekarang ini, tumpuan Haikal dalam mencari Cinta Utama itu akan terganggu jika terus melayannya. Muslimat yang kal lihat sampai tembus ke hati itu adalah muslimah yang menjaga dirinya. Jika Kal cuba mengganggu bunga yang berduri akan melukakan diri sendiri. Bukan bermaksud kena cari bunga yang tidak berduri...Jauh sekali alternatif itu. Abang cuma nak bagi tahu yang HATI KAl ketika ini masih lemah dan perlukan istiqamah untuk meraih cinta-Nya. Lepaskan dulu usaha mengejar muslimah ini, Serahkan pada ALLAH..Dia Maha Mengetahui siapa yang lebih baik untuk Kal."

"Ingat tak cerita Nabi Yusuf dan Zulaikha?"

haikal menggeleng.

"Walaupun Zulaikha menggodanya Nabi Yusuf akhirnya memilih penjara untuk menyelamatkan dirinya dari terus digoda , tapi selepas itu, oleh kerana mereka memang ada jodoh, mereka sekali lagi dipertemukan dan Zulaikha di mudakan semula lalu mereka berkahwin. Walaupun begitu, Zulaikha menjadi hamba yang kuat beribadat kepada ALLAH!"

"Apa kaitan dengan saya? Saya bukan setanding Nabi Yusuf..." Kini Haikal tidak dapat mengaitkan cerita itu dengan dirinya.

"Sekurang-kurangnya Kal, kita dapat menahan diri dari mengikut hawa nafsu. Jangan mudah menyerah pada hawa nafsu! Oleh itu, jagalah pandangan. Abang berharap Haikal terus berdoa agar dapat pendamping yang solehah dunia akhirat dan bukan hanya kerana pandangan yang menipu..."

Haikal terpinga-pinga...Pandangan mata yang menipu?Kalau begitu, alangkah dahsyatnya kalau tertipu dek pendangan yang tidak dijaga...Ah..hati ini masih lemah..

***
Kini Akan Bertahan

Satu hari dirinya mengasingkan diri daripada sahabat-sahabatnya, dia mahukan penyelesaian, wajah itu masih mengekori dirinya. Malam itu dia bermunajat.

Keesokan harinya dia memaksa dirinya berpuasa dan lidahnya tidak sunyi daripada alunan zikir. Tidak cukup dengan itu dia tidak mahu mengangkat pandangannya kecuali jika bercakap dengan seseorang. Dia perlu melatih hati dan jati dirinya. Dia menjauhi rakan-rakan yang lalai dan mereka yang suka berbicara mengenai makwe masing-masing.

Solat berjemaah dan munaqasyah ilmiah menjadi penyeri hidupnya. Usahanya itu sedikit demi sedikit mengikis sindrom 'jatuh hati' yang salah tadi..maka terubatlah sang hati yang masih baru itu. Haikal bersyukur menerima hidayah ini. Bukanlah dia menolak fitrah manusiawi, namun...hatinya belum bisa menerima seseorang selagi hatinya belum menemui CINTA ILAHI. Maka, harapan itu disandarkan pada kalamullah di dalam kitabNya..

"... Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya."Al Kahfi :110..

Tuesday, December 1, 2009

MAAF..!

Assalamualaikum w.b.t...

Wahh! Lama x update blog ne haha.. Maaflah yea, belum ada yang terbaru lagi.. Penulis dalam 'blank' sekarang.. Doakan ya..

Friday, November 13, 2009

"HATI.."

Hati,
Dikala hatiku masih berbolak balik,
Bisikan dan hasutan syaitan silih berganti,
Ku kuatkan semangat melawan semampu mungkin,
Aaargh, lemahnya diriku kerna sering tertewas!

Hati,
Kerapuhan hati kian meningkat,
Dek kerana titik hitam yang menyelinap dan bersembuyi dihatiku,
Terasa begitu sakit dan pedih apabila virus kian merebak merosakkan hati ini,
Sungguh sukar untukku mendapatkan penawarnya,

Hati,
Sesungguhnya, menjagamu amat sukar bagiku,
Ku tetapkan hati ,
Hati ini mesti dilindungi dan dikasihi,
Tidak tegar untukku menzalimi hati yang diciptakan suci dan bersih,

Hati,
Ku mengorak 1001 langkah yang membawa hati ini dekat kepadaNya,
Agar sentiasa terpelihara,
Kerna, terlalu lemah untukku memeliharanya,

Ya Allah,
Sesungguhnya aku mengerti ,
Hati ini hanya untukMu,

Ya Allah,
Hanya padaMula aku berserah,
Hanya padaMu, selayak-layaknya hati ini kembali ,
Janganlah Engkau membiarkan hati ini dizalimi,
Ya Allah kepadaMu aku bersandar agar hati ini sentiasa di bawah lindungan dan rahmatMu...

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

MAAFKAN AKU SAHABAT..

Maafkan ana jika ana bukan lah seorang sahabat yang baik kepada antum..
Ana punya kekurangan sebagai hamba ALLAH..
Ana mohon agar antum semua tegur ana bila ana berkelakuan kurang baik,
Beri ana nasihat bila ana jauh terpesong dari ALLAH..

Maafkan ana jika ana tidak boleh menjadi seorang sahabat yang baik untuk antum semua...

Dengarkanlah lagu di bawa ne khas buat sahabat2ku...

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

RAHSIA BIBIR WANITA

Bibir wanita memang penuh tarikan. Namun di sebalik keindahan yang dipaparkan, terdapat suatu misteri atau rahsia tentang watak si pemiliknya.Di sini dinyatakan misteri bibir yang patut diketahui.

Bibir segar dan kemerahan...
Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semulajadi menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri. Sifat mereka juga terbuka dan periang. Ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan. Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat semulajadinya sebagai wanita.Dia manja dan kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan sekali.Secara umumnya, wanita ini suka dimanja dan mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan. Dia akan kecewa sekiranya mendapat pasangan yang kaku dan tidak tahu memanjakannya. Biasanya juga mereka mempunyai raut wajah yang menarik, selari dengan kecantikan bibirnya yang sentiasa mengundang rasa senang dan mesra kaum lelaki.

Bibir yang biru (pucat)...
Tidak kira apa juga bentuk bibir wanita ini, cahayanya kelihatan kebiruan. Biasanya wanita ini tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan. Kata-katanya tidak boleh dipegang,selalu bersifat ingkar dan cuai terhadap tanggungjawab dan kewajipannya. Cerewet dan suka menimbulkan perselisihan dengan pasangannya. Jika anda ingin menjadi kekasihnya, anda hendaklah seorang yang boleh mengatasinya atau mengawalnya.

Bibir yang tipis...
Tipis bukan bererti nipis! Wanita yang memiliki bibir tipis pada umumnya banyak mulut dan suka membicarakan hal-hal yang kadangkala boleh disifatkan sebagai tidak wajar. Suka melakukan sesuatu dengan caranya sendiri tanpa mempedulikan apa kata orang lain. Wanita ini pandai memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan peranan demi kepentingannya. Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup besar dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan dari pasangannya. Wanita ini bersikap optimis dalam menjalankan kehidupannya.

Bibir yang mungil...
Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki. Selalu mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat manja. Suka didampingi dan dibelai oleh pasangan. Wanita ini juga suka bergantung kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu bersikap ragu-ragu dengan apa yang dilakukan.Lelaki mudah mengambil kesempatan untuk menggodanya. Wanita jenis ini juga mudah dijinakkan jika pandai membaca kelemahannya.Wanita ini boleh diharap menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab. Namun suka merungut dan berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya.

Bibir yang tebal...
Wanita berbibir tebal dikatakan mempunayi nafsu yang kuat. Sukakan kemesraan dan kehangatan. Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi jika dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks. Mampu memberi keseronokan dan kesenangan kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan dikhalayak ramai.Wanita ini tidak suka sikap yang berpura-pura. Jika diamanahkan suatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik dan mengunci rapat. Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang ,kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburailah segala rahsia orang yang dibencinya.Begitu mementingkan kecantikan dan bersolek lama. Banyak wang yang dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta bersikap pemboros. Tidak pandai menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Jika anda sebagai suaminya, seharusnya mempunyai sifat kewibawaan untuk membimbingnya. Jika tidak dia akan bersikap queen-control!

Bibir sentiasa terbuka...
Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi kehidupan dan juga seks. Dalam soal kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan mencapai prestasi yang membanggakan. Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang baik dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya. Optimis dan bermatlamat. Dia juga mudah jatuh cinta dan berusaha sedaya-upaya untuk memiliki atau memenangi hati lelaki yang dicintainya. Tidak segan atau malu untuk meminta apa yang dihajatinya dalam perhubungan. Dia pandai merangsang pasangan dengan gaya pesonanya yang hebat dan erotik. Pandai memanfaatkan keistimewaan diri.

Wallahu'alam..

Wednesday, November 11, 2009

Warkah Buat Hawa

Assalamualaikum w.b.t.
Ku teruskan bicara buatmu hawa. Semoga kehadiran warkah ini tidak akan mengocak ketenangan dan kedamaian hatimu.
HAWA…
sekali lagi kesedihan menyelubungi hati ini. Hawa, kemana hilangnya sopan santun dan rasa hormatmu terhadapku? Kalau dulu, untuk mengucapkan sebaris kata dihadapan ku sekalipun, kau hanya menundukkan pandanganmu dan menyusun kata sebaik-baiknya dan seatur mungkin. Namun hari ini, suatu kebiasaan jika ku perhatikan malu mu kian lenyap! Antara kita seolah-olah tiada lagi hijab yang menghalang dan kau bisa menyapaku tanpa segan-silu. Malu itu selayaknya kau punyai, tapi kini apa yang terjadi????
HAWA…
Apa yang membimbangkan ku, keadaan ini bisa menjadi kita makin hampir mengetepikan tuntutan perintah Allah. Perhaulan yang ku kira tidak wajar antara muslimin dan mukminat menenggelamkan ku dalam kekalutan perasaan. Terlalu bimbang kiranya suatu hari nanti menjadi kebiasaan jika dilihat kaummu dan kaumku bisa seiringan tanpa ada batasnhya lagi.
HAWA…
Mengapa tidak kau semaikan rasa malumu dalam hatimu? Mengapa hawa yang ku kenal dulu tidak lagi selembut dulu? Tidak seperti dulu? Tutur kata yang petah, alunan suara yang lantang, mengheret aku kedalam kesedihan yang berpanjangan…kau bisa ku samakan dengan teman-temanku yang lain dan jika keadaan ini berterusan, suatu harinanti, hawa akan menguasai dunia dan adam hanyalah penyeri saja. Dulu, ku sanjung tinggi peradanbanmu yang kiranya dibandingkan dengan kaummu diluar sana. Tapi kini kepercayaan ku kini kian luntur tatkala kulihat batas-batasmu kian pudar, dan sedarlah hawa, dirimu adalah wanita yang menyimpan setinggi-tinggi maruah. Lantaran itu, usah terlalu ghairah denganku, kita mempunyai benteng yang teguh, janganlah dirobohkan.
HAWA
Fahamilah, ku tidak ingin kau terlalu menonjol diri, kerana bagiku hawa adalah sebutir mutiara yang terlalu mahal harganya. Terus terang ku katakan duhai hawa, bukan kemarahanmu ku pinta, bukan sapaanmu yang menggembirakan diriku., tapi mengertilah hawa, ku mahu kau pelihara kesopananmu dan maruahmu jangan kau perdagangkan.

HAWA…
Jika bersua muka, tundukkan pandanganmu. Perlahankan suaramu dan usahlah kau terlalu tampilkan dirimi meskipun naluri kita saling memerlukan. Ingatlah hawa, batas-batas pergaulan di antara kita, itulah yang harus dijaga.

HAWA…
Peliharalah tingkah lakumu tidak kira diman-mana jua. Walaupun aku tidak mampu untuk terus menerus memimpin dirimu seandainya kau tersilap langkah, tapi dengarlah hawa, aku mahu kau sedar!! Sedar dirimu bisa terhumban di persada kehancuran jikalau engkau membiarkan dirimu hanyut dengan pergaulan bebas dikala ini. Kaumku, adam tidak ingin dunia ini dimamah laknat Allah lantaran dosa yang kita titipkan.
HAWA…
Sekian dulu untuk kali ini. Ketahuilah hawa, aku amat merindui dirimu yang dulu. Wasalam….
AKAL SENIPIS RAMBUT…..~Perempuan~
Tebalkan dengan ilmu
Hati separuh kaca
Kuatkan dengan iman
Perasaan selembut sutera
Hiaslah dengan akhak yang terpuji…….

“Janganlah kamu risau, jika dirimu tidak dihargai
Tetapi risaulah kamu jika kamu benar-benar
Tidak berharga di hadapan ALLAH S.W.T”

“Janganlah kamu bersikap lemah, janganlah pula
Kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang
Yang paling tinggi darjatnya….
Jika kamu orang yang beriman…….”
~ALI IMRAN : 139~
Assalamualikum.. ne ana dapat dari kawan ana yg kakaknya skulah kat Matrikulasi Labuan.. this artikel are based on true story yg dialami oleh erm bekas pelajar matrikulasi...

BICARA HATI

Sahabat , diri ini pernah dilamun alam percintaan, dalam 2 tahun tempoh melayari ‘kebahagiaan’ itu, banyak memberi pengajaran yang ana perolehi. Apa yang ana ceritakan ini hanya sekadar untuk renungan bersama terhadap kisah yang benar-benar berlaku kepada ana. Hanya Allah sebagai saksi terhadap apa yang ana nukilkan ini. Bukan hanya termaktub pada perhubungan biasa tetapi ana juga telah melayari ikatan pertunangan. Tetapi jujur ana katakana perhubungan yang terbina terlalu kuat walaupun sepanjang perhubungan kami iti, ana hanyapernah berjumpanya sekali sahaja diwaktu perkenalan dulu. Oleh itu, amatlah malang ana melihat sahabat-sahabat sekalian mempergadaikan kecantikan wajah dan tubuh untuk ditatap sewenang-wenangnya oleh orang yang belum tentu bertemu jodoh dengan kita. Kerana cinta itu sebenarnya tidak perlukan jasad untuk bertemu dan tidak perlukan wajah untuk ditatap selalu. Cinta sebenarnya hakikat keindahan dan demi Allah pertemuan sahabat sekalian bersama pasangan dalam keadaan berdua bukan kerana cinta tetapi kerana nafsu. Jujurlah ana boleh teka kerana ana seorang lelaki dan selalu mendengar tentang luahan hati lelaki bahawa sebenarnya mereka berkehendak lebih daripada sekadar sebuah pertemuan. Apakah kita tidak memikirkan bahawa keinginan kita untuk sentiasa bersama membuka laluan untuk musuh laknatullah menggoda saudara sekalian.
Dulu bila bercinta, kadangkala ana terleka dalam melayari perhubungan ana. Bergayut dan bersms adalah perkara biasa bagi ana. Kadang-kadang ada rakan tegur, ana katakana pada mereka ini hak ana lah yang dorang sibuk apasal. Ana kata ana lebih layak daripada mereka yang di luat sana yang terlanjur. Astaghfirullah, waktu itu ana sanggup cari pendapat syeikh-syeikh kita dan buat ‘fatwa’ sendiri untuk pertahankan diri. Bilamana ada kata walaupun bercakap di telefon jak boleh mendekati zina ana jadi tak tentu arah dan tuduh mereka tafsirkan AL-Quran bukan mengikut kaedahnya. Ana juga kata salahkah ana Tanya khabar tunang ana dan beri nasihat kat dia yang berada jauh di semenanjung berbanding ana yang kat Labuan ni. Memang ana akui masa bercinta semua jadi indah, yang buruk jadi baik dihadapan mata. Duit banyak habis kerana sebuah perhubungan yang bernama cinta.
Tetapi akhirnya Allah sedarkan ana, walaupun ana menyayanginya dan memang menjadi harapan ana dialah wanita yang bergelar isteri ana tetapi takdir Allah menentukan perhubungan kami berakhir ditengah jalan. Sebuah ikatan pertunangan yang selama ini utuh, punah atas kehendak Allah swt. Ana jadi terlalu sedih tetapi rupa-rupanya percayakah saudara sekalian kalau ana katakana sebenarnya itu semua mempunyai hikmah dan DIA sebenarnya hendak mengajar ana perkara yang lebih berharga. Ana tidak akan memanjangkan cerita ini tetapi ada pengajaran yang ana hendak sampaikan melalui apa yang ana tulis ini.

SEBENARNYA SEMUA JODOH ADALAH KEHENDAK ALLAH S.W.T.
Hubungan ana sebenarnya hanya setingkat kealam perkahwinan. Walaupun umur ana masih muda lagi. Buktinya semua yang diimpikan selama ini tidak menjadi kenyataan. Redhalah saudara bahawa ketentuan Allah yang maha Bijaksana.

SEDAR KESILAPAN LALU..
Saudara putusnya pertunangan ana seolah-olah hati ana da tiada lagi. Tetapi yang menakjubkan bilamana ana sedih, hati ana memanggil bahawa ada lagi Sang Pencinta yang selama ini ana lupa akan cintanya yang tidak pernah surut dan padam. DIA senggup menunggu dan memaafkan kesilapan ana, Dia menyambut dengan penuh kasih dan mempercambahkan ketenangan dihati ana. Dia menemani ana dalan lena ,dalam jaga, dalam ana tersenyum atau berduka. Hati ana ceria berbunga kembali dan janjinya adalah lebih pasti dam mengagumkan. Siapa yang beriman dan beramal soleh, Dia akan pulang ke sisiNYA dalam kenikmatan yang tak berpenghujun. Itulah cinta yang selama ini ana lupakan…….terima kasih ya Allah……………..

BERAWAS SEBELUM TERLAMBAT..
Saudara yang kukasihi kerana Allah. Ramai yang tewas dalam permainan cinta, ramai yang menyerah dalam gelombang percintaan yang menerjah dan ramai yang merana kerananya. Ana pernah terdengar seorang pelajar KML ini cuba membunuh diri setelah gagal dalam percintaan, wallahua’alam samada cerita ini benar atau tak. Tapi yang pesti inilah yang bakal terjadi bila hati kosong dari cahaya Allah tetapi dipenuhi dengan kebinasaan nafsu. Putus cinta bukan bererti dunia telah berakhir, tetapiia adalah permulaan yang baru dalam kita melihat dunia lebih luas. Secara jujur, apabila kita menyedari hikmah perpisahan ini kita akan mula belajar untuk menghargai kasih sayang yang sebenar dan lebihbersifat adil.
Saudara, ana bukanlah penentangkepada percintaan kerana ia fitrah kehidupan kita. Tetapi yang ana nak saudara sekalian renungi adakah kita menanam rasa cinta yang terhormat pada diri kita. Bagi yang bercinta, apa yang ana nak tulis sebenarnya nak kongsi pengalaman dengan saudara sekalian supaya saudara dapat bersedia dengan apa yang bakal terjadi keran pastinya langit tidak akan selalu cerah. Begitu juga , ana nak saudara renungi hakikat sebenarnya, kerana cinta itu terlalu suci. Dan kesucian itu adalah dengan penjagaan maruah dan pemeliharaankehormatan diri tetapi apa yang saudara lakukan ketika ini adalah melemparkan jauh-jauhnya mahkota kemuliaan yang bertakhta megah selama ini. Saudara, yakinlah kita bahawa pasangan yang kita asa ini adalah yang akan bersama kita selamanya sehingga kita sanggup membiarkannya mendekati, memegang dan memeluk kita sesuka hatinya. Apakah kita juga sanggup bila ditakdirkan suatu hari nanti kita bertemu jodoh dengan orang lain, ternyata dia juga mempunyai sejarah yang sama seperti kita(dlm m’lakukan hal maksiat). Kita sebenarnya terlalu taksub dengan cinta manusia, tanpa kita sedari hanya sebentar lagi kita akan dicampak ke dalam keazaban yang bernama neraka. Sedarlah teman, kita terlalu jauh tersasar. Harap renungilah apa yang ana tulis ini dan ambillah sedikit masa untuk kita muhasabah diri khususnya tentang apa yang kita telah lalukan hari ini dan apa bekal kita jika esok tiada lagi.

आना दान चिंता..

Assalamualaikum.. erm ana nak kongsi cerita dgn antum semua..harap kita sama-sama dapat ambil pengajaran dari cerita ne..insyaALLAH..

BUKA MATA, BUKA MATA HATI....

Setiap hari kawan-kawan rumah ana bercerita tentang lelaki idaman mereka: apa yang dikatakannya, apa yang ditawakannya, apa yang dilakukan dan segalanya, apa kandungan sms yang diberinya. Tambah-tambah lagi lelaki yang memang diidam mereka sejak dahulu, maka gembira bukan kepalang bila ‘mimpi selama ini jadi kenyataan.’ Ana tak terniat nak menunjukkan reaksi kurang senang. Mungkin ana sangat pentingkan diri. Ana takut nak memberitahu yang ana naik muak mendengar semua itu. Ana takut mereka semua marah pada ana. Ana memang pentingkan diri. Mungkin sebab kami telah lama menjalin ikatan persahabatan, ana takut ikatan ini putus begitu sahaja kerana salah faham. Hati ana berbelah bahagi.

Lantas ana tiada jalan lain selain menunjukkan muka kurang berminat bila mereka semua bercerita. Sememangnya, ana sakit hati bila fikirkan suatu persahabatan boleh bertukar menjadi berisiko bila tajuk lelaki muncul. Yang ana sedihkan, mereka fikir ana cemburu…. Dulu, ana seperti mereka, melompat kegembiraan bila dapat tunjuk ayu atau tunjuk baik pada lelaki yang ana suka. Di hadapan lelaki-lelaki ini, ana haruslah kelihatan perfect dan sempurna. Tambah-tambah lagi bila mereka senyum atau tegur, dunia kelihatan cerah walaupun hari hujan. Ana tahu, kawan-kawan ana cemburu pada ana. Mereka bercakap di belakang ana. Ana tahu ada kawan ana yang selalu menangis kerana cemburukan ana. Allah memberi ujian. Allah beri segalanya pada ana. Ana mampu attract lelaki-lelaki yang ana suka. Ana dapat segalanya. Ana bersembunyi di belakang dinding hipokrit ana, hidup sebagai pelakon. Hanya kawan-kawan ana yang tahu siapa ana.

Di dunia luar, ana kelihatan baik tapi di rumah, ana bertepuk sorak tentang lelaki. Aduh, teruknya ana! Ana belajar bercakap, mendengar malah melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Ana gembira kerana ramai kawan ana suka pada ana yang makin sporting. Dalam masa yang sama muncul kawan-kawan ana yang menasihatkan ana secara halus. Ana faham maksud mereka. Namun, ana kabur dengan kehidupan ketika itu kerana pada ana, sememangnya ana tidak melakukan apa-apa kesalahan! Malah terlintas di fikiran ana yang kawan-kawan yang menasihat itu terlalu kolot kerana hidup di dalam kepompong islamic mereka. Ana dapat lakukan apa yang ana teringin lakukan dulu. Bermula dengan tegur-menegur, bertanya, berbual, bergurau dan seterusnya yang semakin lama menghampirkan ana pada perkara-perkara fitnah. Ana pula sukakan gosip-gosip tentang ana lantas ana mengapi-apikan lagi semua gosip itu. Ana bangga. Dan dalam masa yang sama, kawan-kawan ana semakin cemburu…

Ana keluar date dan ana yakin ana tidak bersalah kerana berteman dan berpakaian sopan. Ana lupa yang teman ana juga keluar date seperti ana. Nampaknya, fungsi perkatan ‘teman’ itu tak bermakna. Namun, semakin lama ana semakin cemburu pada kawan-kawan ana yang selalu menasihatkan ana. Hidup mereka dekat dengan agama. Tiada unsur-unsur fitnah. Mereka ini tiada gosip dan tidak meletakkan diri mereka di dalam dunia sia-sia. Yang membuatkan ana paling cemburu, semua orang baik-baik yang ana kenal, sukakan mereka! Baru ana terfikir, setiap manusia akan mencari seorang teman yang baik dan bertaqwa. Begitu juga ana. Manusia-manusia yang leka akan mengambil jalan mudah untuk berfoya-foya terlebih dahulu sebelum mencari teman idaman yang soleh/solehah. Dan ana, ana di golongan mana? Kemudian. ana masih meneruskan kehidupan ana yang penuh dengan penipuan, hipokrit dan kebencian itu. Ana teruskan enjoy. Tanpa ana sedari, ana mengalami suatu perasaan menyesal setiap kali ana habis enjoy seperti berdating dan sebagainya. Perasaan berhibur dan menyesal itu datang bersilih ganti sentiasa. Perlahan-lahan ana tertarik semula pada kehidupan yang sebenar. Istilah ‘muda hanya sekali’ terpadam dari kepala ana.

Ana sedar. Ana sedar. Ana sedar. Kadang-kadang, ana cemburu pada kawan-kawan ana yang masih enjoy dengan hal-hal yang tidak berfaedah itu. Ana teringin bercouple, sms, terasa disayangi dan menyayangi. Sememangnya setiap manusia teringin. Namun, ana bersyukur akal ana masih boleh berfikir dengan waras akan kesan-kesannya yang memudaratkan hati. Ana kerap kali tekankan di kepala ana yang ana akan menyesal akhirnya walaupun ana enjoy seperti mereka. Ana teringat kepada perasaan menyesal seperti yang selalu ana alami dahulu:

1. Ana teringin bercerita masalah pada seorang lelaki yang boleh dianggap kawan baik seperti yang dilakukan oleh kawan-kawan ana. Namun, ana tekankan yang semua masalah ana biarlah ana sandarkan pada Allah. Ana tidak juga bercerita kepada kawan-kawan perempuan ana. Masalah, kesedihan, dan penderitaan ana biarlah jadi milik Allah.

2. Ana teringin bergelak ketawa dengan lelaki. Kemudian, muncul peringatan-peringatan Allah di kepala ana. Ana teringin berkawan rapat atau gang dengan lelaki, kemudian muncul pula kata-kata nasihat kawan-kawan ana. Sebaik-baik perempuan solehah ialah yang tidak meniti di bibirnya nama-nama lelaki dan tidak meniti di bibir mana-mana lelaki namanya. Selalu ana tekankan. Hindarilah zina. Pergi jauh. Terutamanya zina hati.... Ana tekankan bila terbuka soal couple, sms, dating dan sebagainya..

Sahabat ialah mereka yang memberitahu kamu kebenaran, bukannya membenarkan apa yang kamu beritahu…Ana tidak dengki mereka mendapat lelaki kacak walaupun lelaki itu direbut juga oleh ana dahulu. Ana tidak dengki mereka dapat makan bersama lelaki idaman dan dapat studi sama-sama. Ana tidak berdengki. Yang ana tahu, ana sayang kawan-kawan ana…..

Ya Allah..bukakanlah pintu hati kami untuk menyambut hidayahmu.

Saturday, October 10, 2009

MENJADI SOLEHAH....MUSLEHAH?????

Neh plak aku copy dari sorang sahabat..

Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)

saya suka baca soalan di atas ni...anda?

Semua orang ada cita-cita tersendiri. Boleh tak kalau ada orang tanya saya nak jadi apa nanti...saya jawab nak jadi muslimah solehah..?

pasti orang yang tanya itu gelak.

Tapi, kalau kita rasa belum solehah lagi..apa salahnya kita terus berusaha untuk solehah? Senang saja nak sebut perkataan ni..tapi nak jadi wanita@muslimah yang benar-benar solehah alangkah susahnya...bagi mereka yang nampak dunia ni kekal abadi.

wujudkah pembahagian , pengelasan wanita di dunia?

Wanita yang baik, wanita yang jahat...
jawapan dia ada..dalam al quran ada menyebutnya..

Tapi..kita nak jadi yang jahatkah..

Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun.(an Nisaa' : 124)

Selepas ALLAH dah janji ..

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, sebagai janji Allah yang benar dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah? (An-Nisaa' : 122)

Betapa kita sangat sombong , ego , hati batu ...
Allah tak suruh kita buat jahat...Dia sangat sayang diri kita..cuma kita yang tak sayang diri kita sendiri. Kita lebih sayang pada makhluk..kita harap kita dapat diterima mereka..walaupun kita tahu..semua yang mereka lakukan adalah untuk mengetepikan hukum islam..termasuk aurat, perangai, ...=(

Saya bukan nak sindir muslimah semua..tapi, hanya sebagai peringatan..untuk diri. Kalau kita para wanita tertindas kita sanggup bangkit menentang..tapi..kini kita merelakan diri kita tertindas!

Kita bakal menjadi ibu-ibu generasi akan datang...saya tahu dalam hati-hati kecil semua,mahukan keluarga yang bahagia, dapat anak yang mendengar kata..soleh..solehah..
Tak tahulah kalau matlamat hidup dia...enjoy selagi hidup.

Saya suka ayat-ayat dalam Surah An Nisaa'..

N kalau berminat nak jadi wanita solehah..jangan kuburkan kemahuan nurani itu..
Saya teringat pesan ustaz saya..

"manusia ni tidak semestinya dia baik sekarang , maka akan baik selama-lamanya..begitu juga orang yang jahat..tak semestinya jahat selama-lamanya..mungkin yang jahat itu akan jadi lebih baik dari yang baik tadi kalau dia bertaubat dan bertukar jadi baik..begitu juga..mungkin, yang baik akan jadi jahat lebih dari yang jahat tadi..semuanya bergantung pada amalan terakhir kita..sebelum kita mati.."

subhanallah..

saya sentiasa berdoa, dan juga memohon doa dari semua..agar kita sama-sama tergolong dalam kalangan mereka yang sentiasa mendapat taufiq dan hidayah-Nya..

sekali lagi..bilakah nak tambah cinta pada ALLAH??(^_^)

PALESTIN MENANTI NAFAS CINTA KITA!!!!

Asslamualaikum w.b.t.. Neh artikel aku dapat dari iluvislam.com..

“23…23…. Muhammad Ramadhan!”,Garau sedikit suara yang dimiliki oleh Dr. Muhammad Ridha. Kebiasaannya pelajar akan diberi nombor kehadiran oleh para pensyarah untuk diambil kedatangan mereka , ini memudahkan para pensyarah untuk mencatit kehadiran dengan cepat.

“Ya saya…maaf doktor”,Terkejut , dia menjawab dengan kelam kabut.

“Kamu fikirkan apa? Ingat katil di rumah kah?”,Gurau doktor , mengusik pelajarnya yang termenung itu. Satu kelas tertawa.

Tidak sepertimana biasa , doktor pada hari ini tidak mengajar sepertimana biasa . Subjek dunia Islam yang menjadi subjek elektif itu digantikan dengan pengisian rohani.Sepanjang waktu , doktor memberi tazkirah mengenai bulan Ramadhan , mungkin kehangatan bulan mulia ini sudah mula dirasai. Pengajaran , kemuliaan dan hikmah bulan Ramadhan diceritakan dengan penuh semangat agar pelajarnya dapat mengambil iktibar dan persediaan sebelum menempuh bulan suci ini.

“Muhammad Ramadhan , kamu sudah bersedia belum untuk Ramadhan ini?” Mungkin pertanyaan doktor itu sengaja diberikan pada dia , kerana namanya barangkali.

“Insyallah , erm.. doktor boleh saya tanya sesuatu? ” serius nadanya. Pelajar lain mula menumpukan perhatian pada beliau.

“Apa pandangan doktor tentang suasana Ramadhan di Palestin ? ketika saudara-saudara kita menggadai nyawa di sana dalam suasana Ramadhan yang tidak pernah aman hampir 50 tahun,kita disini bakal berpuasa dengan selesa dan aman? , Bukankah bulan suci ini kita digalak membantu mereka yang kesusahan?” Tegas soalannya bak orangnya.

“Apa yang kamu cakapkan ini ? kau tak pernah bersyukur duduk disini menikmati keamanan?” Sampuk Ahmad Ali , garang wajah pelajar Jordan seorang ini. Jiwa nasionalisnya cukup kuat.

Abdullah yang duduk di sebelah mencubit peha kiri Muhammad Ramadhan dan tangkas berbisik , “Kau nak mati ke tanya soalan macam ini?..” , kelas jadi riuh , ada yang memprotes soalan tadi , ada yang hanya menjadi pemerhati.

“Diam semua…!” , Sedikit naik suara Dr. Ridha , “Saya harap kamu semua bertenang dan berbaik sangka atas soalan beliau tadi , mungkin maksudnya tentang bagaimana membantu orang didalam kesusahan di bulan Ramadhan , betul tidak?” Tajam mata Dr.Ridha memandang ke anak mata Muhammad Ramadhan , sesuatu yang tersirat lahir di anak mata Dr.Ridha.

“Ermm..Itulah maksudnya yang sebenar doktor..tiada yang lain..”Abdullah menyampuk mengiakan kata-kata doktor tadi,mahu membantu sahabatnya yang seorang ini. Muhammad Ramadhan hanya diam.

Jam tepat 12.30 tengahari , ini tandanya kelas sudah tamat.

“Baiklah kelas , kita kesuntukan masa , jika ada ruang kita akan sambung esok” , Dr.Ridha berdiri dan terus berjalan ke kerusi Ramadhan , “Kamu ke bilik saya petang nanti..”, Bisik Dr.Ridha dan kemudian meninggalkan kelas.

Abdullah mengajak Muhammad Ramadhan untuk terus ke beredar dari kelas , bimbang Ahmad Ali si “wira Nasionalis” itu membuat onar.

“Kau ni , semangat pun biarlah bertempat , kita bukan di tanah air kita …” Nasihat Abdullah.

“Mereka takkan faham dan mereka memang tak akan faham , Wira nasionalis konon!” Bentak Muhammad Ramadhan , tanda tidak berpuas hati dengan keadaan tadi.

Jelas terpancar kekecewaan Muhammad Ramadhan tentang perkara ini . Masakan tidak , sepatutnya bangsa Arab Islam lebih mengerti dan lebih faham tentang perjuangan mempertahankan bangsa seagama mereka yang berkorban di bumi Isra’ itu , ini tidak , bukan dibela , malahan di cerca lagi.

Penyakit hati apakah yang sudah menutup pintu hati kemanusiaan mereka ini ? , Terlena dengan buaian syair bangsa hingga lupa teriak tangis manusia yang tidak berdosa , bangsa seagama mereka.

PERJUANGAN YANG TIADA NOKTAH.

“Saya faham perasaan kamu , saya juga tahu penderitaan bangsa kamu …ermm…bangsa kita”, Lembut suara Dr.Muhammad Ridha , barangkali mahu menenangkan perasaan anak muridnya yang seorang ini.

“Inilah yang membuatkan saya menjadi pendidik di sini , jika mata-mata mereka sudah ditutup dengan perjuangan ini , sudah menjadi tangunggjawab saya untuk membuka mata-mata mereka untuk menyedari isu ini,kalau pun bukan dari kaca mata bangsa dan agama , kita perjuangkan melalui kesedaran kemanusiaan..” , Nampak tenang suara beliau , namun wujud ketegasan di wajah beliau.

“Tapi doktor saya kecewa dengan mereka … saya mahu perjuangan ini diperjuangkan..!!” Muhammad Ramadhan melahirkan kekecewaan yang teramat sangat , merah mata beliau.

“Ramadhan… perjuangan ini tidak akan berakhir hingga hari qiamat , kamu sudah lupa Janji Allah dan Rasul-Nya mengenai tanah lahir kamu? , Jika kamu hatta saya sekalipun terlalu emosi untuk memperjuangkan isu ini , sampai bila kita akan berbalah sesama kita? Kesedaran dan hikmah perlu kamu teliti” sedikit tegas suara pensyarah di awal 50an ini cuba memahamkan anak muridnya yang masih muda ini. Beliau faham , pelajarnya yang seorang ini punya semangat yang tidak pernah luntur.

“Ss..ssaya Cuma teringat keluarga saya…” Air mata Muhammad Ramdhan sudah menitik dari belahan merah matanya. “Saya teringat pada mereka , sampai sekarang saya masih rindu pada mereka,rejim Yahudi memang bukan manusia, pembunuh!!”, Sedih , kali ini air matanya cukup deras , dia tidak mampu menahan kepiluan hati.

Dr.Muhammad Ridha , berdiri dan pergi ke kerusi pelajarnya itu lantas memeluk dan menenangkan hati anak muda yang terluka itu , “Kamu jangan menangis lagi , kamu ada saya yang sentiasa bersama-sama kamu , kamu ada ribuan hatta jutaan manusia yang akan sama-sama memperjuangkan bumi barakah kita”. Pertemuan petang itu memberi satu kekuatan buat Muhammad Ramadhan dan juga menjadi satu azimat perjuangan buat Dr.Muhammad Ridha untuk terus berbakti pada perjuangan luhur ini.

Darah jihad ini tetap akan mengalir , seperti lajunya titisan darah pejuang-pejuang syahid di medan sana.

NAFAS INI SEBAGAI JANJI

15 tahun lalu….Ramadhan 1414

Ketenangan dan suasana awal Ramadhan di perkampungan Uzair pada pagi itu sungguh aman dan nyaman. Anak-anak kecil berlari-lari gembira , deretan anak-anak muda di tepi-tepi jalan utama menuju ke sekolah agak ramai , kumpulan ibu bapa menunaikan tanggungjawab mereka menuju ke tempat kerja , ada yang menjadi guru , ada yang bercucuk tanam , ada yang mengembala kambing biri-biri.

Namun siapa tahu , hari itu juga menjadi titik hitam buat diri Muhammad Ramadhan. Keamanan yang terhad bagi bulan suci ini untuk dinikmati penduduk kampung dikotori lagi dengan bedilan-bedilan kejam pembunuh tanpa kemanusiaan ini.

Kerap kali anak kecil ini mendengar bunyi bedilan dan beliau tidak pernah gentar dengan bunyi itu , kehidupannya jauh berbeza dengan anak-anak yang sebaya umur dengannya di tempat lain. Bilamana mendengar bunyi yang “mengerikan” itu , mereka sekeluarga akan berdiam diri didalam rumah. Kematian sanak saudara dan kawan-kawan seperti kisah biasa dalam kehidupan mereka.

Anak kecil itu yang hanya melihat kelibat ayahnya dan abang sulungnya berlari menyelamatkan diri di luar rumah tidak mampu berbuat apa-apa melainkan menangis sahaja , pagi itu hanya anak kecil itu dan ibunya berada di rumah.

Pamm!! Pamm!! Tembakan itu tepat terkena kepala ayah dan abangnya , kedua-duanya rebah Syahid di hadapan rumah usang itu , kedua-dua mata anak ini menjadi saksi pembunuhan kejam yang dilakukan ke atas ayah dan abang kesayangannya , teriakan anak kecil ini makin kuat , si ibu kelam kabut mendapatkan si suami dan anaknya yang bergelimpangan berlumuran darah itu dan anak kecil itu dibiarkan didalam supaya tidak keluar.

Tatkala sang ibu meratap dan cuba meminta pertolongan untuk suami dan anaknya , tembakan dari penembak tepat Yahudi laknat ini , tepat mengenai belakang wanita tua itu , Ummu Ahmad rebah dipangkuan suaminya , ketiga-tiga ini sedang menuju menanti syahid yang agung!

Anak kecil itu tidak mampu menahan dan melihat perkara ini , dia berlari mendapatkan keluarganya yang terbaring menanti syahid…deras air mata anak ini.

“Ibu…ibu…. Jangan tinggalkan saya!!..” teriak anak kecil yang belum mampu megerti apa-apa tentang pembunuhan yang tragis ini.

“shhh…jangan nangis anak ku..ibu pergi sekejap saja…kita akan berjumpa nanti..ibu..ayah…abang sayang kamu…Allah….Allah…” , Si ibu ini mengusap kepala anaknya itu , usapan ini tanda kasih dan sayang ibu buat anaknya dan kemudiannya si ibu diam..diam untuk selamanya , langit Syuhada’ terbuka luas untuk Syahid ini.

Anak kecil itu terus menangis , dia tidak tahu apa yang berlaku. Yang hanya dia tahu , keluarganya dan kehidupan kecilnya.

Tentera laknat zionis itu berundur dengan megahnya. Hari itu , mereka sudah melaksanakan misi mereka , meratah tubuh-tubuh umat Islam yang tidak berdosa.

Tidak lama selepas itu , anak kecil itu dibawa berhijrah ke Jordan oleh bapa saudaranya, mungkin tanah itu selamat untuk anak kecil dan sehingga ini anak kecil itu tidak pernah pulang ke tanah itu lagi.

Muhammad Ramadhan tersedar dari nostalgia lalu. Air mata mengalir..rindu pada ibu , ayah dan abangnya..

Mentari senja jatuh dengan begitu indah petang itu , Ramadhan masih lagi duduk di celah batuan besar tepi bukit Iraq melihat dengan dekat sempadan dua tanah di timur tengah ini.Agaknya dia masih leka bermain dengan perasaan dan nostalgianya senja itu , ada suatu yang cuba diwarnakan di liang khayal dan fikirannya.

Lagi 5 hari lagi bulan ramadhan akan menyapa umat Islam sedunia , pelbagai persediaan telah dilakukan di merata tempat. Namun bagi yang bernama Muhammad Ramadhan ini , ada sesuatu yang beliau simpan di semat hatinya , kedatangan Ramadhan setiap tahun pasti mengingatkan dia dengan sebuah cerita yang tidak akan dilupakan dalam dirinya.

Ramadhan kali ini beliau bertekad….

Beliau akan pulang ke tanah itu , mencari cinta dan secebis sayang yang lama dinantikan.Rindunya untuk mencium bau-bauan syuhada’ makin mendalam.Cinta pada tanah perjuangan ini tidak akan hilang sampai mati.

Dia akan terus menanti nafas cinta ini.

“Ibu..ayah…abang… Ramadhan akan pulang…….”

Wednesday, September 30, 2009

YA ALLAH JIKA AKU JATUH CINTA.....

Asslamualaikum w.b.t..

KEPADA MEREKA YANG MASIH TIDAK SEDAR TERMASUK HAMBA ALLAH YANG HINA INI......

Asslamualaikum w.b.t..

huhu.. asifah ya terpost dua kali plak artikel tu hoho..

FACEBOOK MEMBUNUH RAKYAT PALESTIN????????

Facebook Membunuh Rakyat Palestin?
www.iLuvislam.com
Nur Syamimi Mohamad Napis
Editor : Im Koyube

Kini, anak kecil yang dibangku sekolah rendah pun sudah tahu menggunakan perkhidmatan internet, kerana segalanya di hujung jari. Seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun di tanya, "Mengapa guna internet? Adakah sebarang kerja sekolah yang diberi oleh guru yang memerlukan adik untuk menggunakan internet?" Balasnya, "Tidak. Saya nak tengok gambar kakak dan abang saya di luar negara sana." Ditanya kembali, "Bagaimana?". Di balas, "Tengok dekat Facebook atau Friendster mereka." Zaman ini amat mudah. Walau jauh beribu kilometer, jika rindu, hanya sekali klik dan beberapa taipan di papan kunci (keyboard), rindu yang terpalit di hati pasti terubat.

Facebook. Jika ada yang tidak pernah dengar perkataan tersebut, agak mustahil. Tetapi, jika ada yang tidak mempunyai akaun pada laman tersebut, bukanlah suatu yang pelik. Jika dulu, kalau orang bertanya, kenapa diri tak punya akaun Facebook? Mungkin ada yang menjawab, "tak perlu sangat kot." Tapi kini, jika soalan yang sama di ajukan, ada yang menjawab dengan jawapan yang agak simbolik, "sebab tak nak bunuh orang Palestin!". Bagi mereka yang tidak tahu hujung pangkal, pastinya pernyataan tersebut akan membawa kepada seribu satu persoalan, yang seharusnya dirungkaikan satu demi satu.

Semua sedia maklum bahawa laman tersebut di asaskan oleh seorang anak muda berbangsa Yahudi-Amerika, iaitu Mark Zuckerberg. Mengupas peribadi beliau, beliau ialah salah seorang pelajar yang pernah menuntut di universiti yang terulung di dunia, iaitu University Harvard. Namun begitu, di atas kesalahan yang yang telah dilakukan oleh beliau, akhirnya, beliau telah meninggalkan zaman pengajian beliau di institut pengajian tersebut.

Apa yang menyebabkan terdapatnya dakwaan yang mengatakan Facebook memberi sumbangan kepada pembunuhan rakyat di Palestin adalah kerana Mark, sebagai CEO, merupakan salah seorang ahli aktif di dalam Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi). AEPi adalah sebuah persatuan yang di anggotai oleh mereka yang berketurunan Yahudi Amerika Utara. Fungsinya lebih kurang sama seperti persatuan-persatuan biasa lain, dan diantaranya adalah menjaga kebajikan ahli-ahli. Berdasarkan kepada laman AEPi, persatuan ini sering memberi bantuan dari segi kewangan kepada beberapa pertubuhan yang menyokong kepada Israel. Salah sebuahnya adalah American Israel Public Affairs Committee (AIPAC).

AIPAC secara umumnya adalah sebuah jawatankuasa yang membantu Israel supaya sentiasa mendapat sokongan kuat daripada Amerika. Antara kejayaan yang telah dibawa oleh AIPAC termasuklah membuat beberapa resolusi bagi menyokong dan mempertahankan hak Israel dalam menghadapi puak terrorist, yang dinamakan mereka sebagai Hamas dan Hizballah[1]. Sebagaimana kita mempercayai dan meletakkan harapan yang tinggi kepada para remaja/ belia, begitu juga dengan mereka. Pertubuhan ini percaya bahawa kunci kepada kekukuhan hubungan US-Israel pada masa hadapan adalah dengan mendidik para pemimpin belia yang ada hari ini. Justeru itu, mereka mewujudkan ‘AIPAC on Campus'. Program latihan AIPAC (AIPAC's training program) bekerjasama dengan sekolah-sekolah tinggi (high school), dan pelajar-pelajar universiti (sama ada undergraduate ataupun postgraduate) dalam melatih para pelajar bagaimana untuk mengukuhkan hubungan US-Israel melalui penglibatan di dalam bidang politik[2]. Program ini dinamakan sebagai AIPAC's Political Leadership Development Program. Pemimpin-pemimpin muda ini juga akan turut dilatih untuk menjadi seorang yang pro-Israel[3]. Disebutkan juga di dalam laman web AEPi, bahawa ramai pemimpin terbaik AEPi bergiat aktif dalam AIPAC di kampus mereka[4]. Melalui penerangan-penerangan diatas, dapat dilihat bahawa terdapat kerjasama di antara AEPi dan AIPAC.

AEPi juga adalah sebuah pertubuhan yang memerlukan komitmen daripada ahli-ahlinya sepanjang hayat. Alumni AEPi adalah antara mereka yang akan memberikan sumbangan kepada pertubuhan ini sama ada dari segi kewangan, mahupun kepakaran[5]. Disebabkan hal ini, ada pihak yang mendakwa bahawa Mark Zuckerberg, sebagai salah seorang alumni AEPi, secara tidak langsung terlibat dalam menyediakan ‘kemudahan' kepada pihak Israel untuk terus menyerang Palestin.

Jadi, bagaimana pula Facebook boleh menyumbang kepada Israel sedangkan ianya hanyalah sebuah laman yang menawarkan perkhidmatan percuma kepada pengguna yang mahu mendaftar? Dari mana datangnya sumber kewangan Facebook seperti yang diwar-warkan? Sebagaimana laman web lain yang menyediakan bahagian untuk pengiklanan di laman mereka, begitu juga dengan Facebook. Melalui iklan-iklan tersebut, secara tidak langsung akan menjana pendapatan kepada Facebook. Apabila sesuatu iklan dipaparkan di sebuah laman web, pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan iklan tersebut perlu membuat bayaran diatas ruang yang di'sewa'. Terdapat beberapa sistem yang digunakan sebagai cara bayaran bagi sesebuah iklan di Facebook[6]. Salah satu sistem yang digunakan adalah Pay per click (PCP)[7]. Melalui sistem ini, pemilik ruang sewa akan dibayar sewa iklan berdasarkan bilangan kunjungan yang diterima oleh sesebuah laman, melalui iklan yang di paparkan. Jika banyak kunjungan yang diterima, maka bayaran yang akan diterima oleh pemilik ruang sewa juga akan meningkat. Sistem lain yang digunakan adalah Pay per Impression[8]. Bagi sistem ini pula, pemilik ruang sewa akan dibayar sewa bagi setiap kali iklan dipaparkan di laman mereka. Terdapat laman web yang menggilirkan paparan iklan di laman mereka disebabkan oleh banyaknya mendapat tempahan iklan dengan keadaan ruang sewa yang terhad. Maka, di dalam suatu masa, hanya beberapa iklan sahaja yang akan dipaparkan.

Berdasarkan kedua-dua sistem pengiklanan ini, kedua-duanya akan memberi manfaat kepada pemilik ruang sewa, tambahan pula, jika laman tersebut sentiasa mendapat kunjungan yang ramai daripada para pengguna internet. Ianya dapat dilihat di laman tersebut sendiri. Facebook menawarkan harga pengiklanan serendah US $1 satu hari[9]. Jika satu hari 100 orang pengguna Facebook tertarik dengan iklan yang dipaparkan di Facebook, dan langsung mengambil langkah untuk ke laman web tersebut, maka, akan menyumbanglah dia kepada peningkatan ekonomi Facebook.

Selain itu, Facebook turut menjana ekonomi dengan aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalamnya. Bagi setiap aplikasi yang direka dan dihantar oleh pengguna, Facebook mengenakan bayaran terhadapnya. Bayaran tersebut tertakluk kepada status penghantar aplikasi, seperti golongan pelajar sama ada golongan bekerjaya. Harga yang paling rendah ditawarkan adalah kepada golongan pelajar iaitu sebanyak $175[10].

Seperti mana laman-laman web yang terdapat di alam maya ini, Facebook juga berhak mendapatkan keuntungan diatas perkhidmatan yang telah mereka berikan kepada masyarakat, terutamanya para penggunanya. Ada sesetengah pihak yang menggunakannya sebagai salah satu cara untuk mengekalkan hubungan dengan kaum keluarga mahupun sahabat handai. Malah, ada juga segelintir yang menjadikannya sebagai medan dakwah. Walaupun sepotong ayat ditulis, jika dicampakkan oleh Allah hidayah ke dalam hati seseorang, tidak mustahil dakwah itu akan menampakkan kesannya, walaupun ada yang mengatakan alasan dakwah itu sebagai yang lapuk.

Orang-orang awam dan pengguna seperti kita, sukar untuk mengetahui kebenaran disebalik dakwaan-dakwaan yang dibuat. Satu demi satu maklumat dicungkil untuk melihat perkaitan Facebook dengan organisasi-organisasi yang terlibat dalam usaha ‘menghilangkan' Palestin daripada peta dunia. Hakikatnya kita hanyalah pengguna Facebook yang berusaha untuk memanfaatkan kemudahan yang ada. Juga, jika ketika sesi pendaftaran pengguna (user sign up) dilakukan, tertulis disitu ‘Facebook menyokong Zionisme', adalah suatu yang mustahil pengguna Facebook akan meningkat kepada angka yang ada seperti hari ini[11].

Hari ini, jika di lihat dan di cari melalui enjin pencari (search engine), banyak dakwaan yang menunjukkan hasil ekonomi yang diperoleh daripada Facebook menyumbang kepada Zionis yang bertapak di Israel. Antaranya adalah apabila Mark Zuckerberg turut tersenarai sebagai selebriti yang hadir ke perayaan sambutan ke-60 Israel pada tahun 2008[12]. Bagi menentukan kebenarannya, tentu sahaja bukan mudah, kerana seseorang mampu untuk berbuat apa sahaja bagi melindungi diri sendiri. Namun, kita sedar bahawa pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin. Apa yang perlu ialah sentiasa berhati-hati. Gunakan Facebook sebaik mungkin. Jika dakwaan mengatakan hanya dengan sekali log in, kita telah menyumbang kepada kekayaan Facebook, maka, kurang kan ‘kemasukan' kita ke dalam Facebook. Apabila benar-benar terasa ada kepentingannya, barulah log in. Jika terasa tidak bertambah amal dalam diri, elakkan daripada melakukannya. Hal ini adalah kerana, segala perubahan terletak pada diri kita. Masih banyak urusan di luar sana yang perlu kita lakukan, selain untuk selalu log in ke dalam Facebook.

Kata-kata yang dipetik daripada pencarian di internet hari ini, ‘log out and get a life outside there... see the skies!'

Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pengasih. Sungguh, Dia Maha Melihat segala sesuatu[13].

Disediakan oleh,
Nur Syamimi Mohamad Napis
Setiausaha Media I iLuvislam.com

[1] http://www.aipac.org/about_AIPAC/default.asp AIPAC achievements

[2] http://www.aipac.org/For_Students/index.asp AIPAC on Campus

[3] http://www.aepi.org/site/pp.asp?c=geJQIUOwErH&b=2558455

[4] http://www.aepi.org/site/pp.asp?c=geJQIUOwErH&b=2558455 AEPi and AIPAC.

[5] http://www.aepi.org/site/pp.asp?c=geJQIUOwErH&b=2247591 Alumni and parents.

[6] http://www.facebook.com/advertising/?src=pf Create your Facebook Ad

[7] http://e-commerce-marketing.suite101.com/article.cfm/pay_per_click_internet_advertising

[8] http://wiki.answers.com/Q/Difference_between_pay_per_click_and_pay_per_impression

[9] http://www.facebook.com/advertising/?src=pf Step 3: Campaigns and pricing.

[10] http://wiki.developers.facebook.com/index.php/Verification Verification Fee.

[11] http://www.facebook.com/press/info.php?statistics

[12]http://www.israelnewsagency.com/israel60thbirthdaycelebrationeventsindependencedayresourcescenternews48042608.html

[13] Surah Al-Mulk, ayat 19.