Saturday, August 8, 2009

SOMBONG DAN TAKABBUR

SOMBONG DAN TAKABBUR

8 April 2009, perjalanan ku ke Shah Alam hari ini dihiasi dengan perbincangan yang baik di radio IKIM. Sombong dan takabbur. Keduanya merupakan sifat yang amat dimurkai Allah serta dibenci oleh Rasulullah s.a.w.


Firman Allah dalam surah Luqman ayat ke 18 yang bermaksud; "Dan janganlah engkau memalingkan muka-mu kerana memandang rendah kepada manusia dan janganlah engkau berjalan dibumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takabbur lagi membangga diri.”


Sifat ini merupakan sifat yang buruk dan akan menjerumuskan kita semua ke dalam kebinasaan dan kerugian yang besar sebagaimana firmah Allah lagi di dalam Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 34 yang bermaksud; "Dan ingatlah ketika kami berfirman kepada malaikat,Tunduklah beri hormat kepada Nabi Adam, Lalu mereka sekalianya tunduk memberi hormat melainkan iblis ia enggan dan takabbur dan menjadilah ia dari golongan yang kafir."


Sombong dan takabbur ini samalah ertinya dan tatacaranya sebagaimana berlakunya pengingkaran iblis untuk sujud dan tuntuk kepada Adam sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. Sifat sombong ini ertinya ialah merasakan dirinya lebih baik, lebih pandai dan lebih beriman mungkin dari orang lain serta merendah-rendahkan kemampuan orang lain. Hasilnya, mereka merasakan diri mereka tidak dapat ditandingi, sudah cukup dan sangat tinggi berbanding orang lain.


Sifat sombong dan takabbur ini terbahagi kepada 3 bahagian;


1) Sombong kepada Allah s.w.t.

Ini menjadikan kita memalingkan sifat kehambaan kita kepada Allah dengan mendahulukan perkara lain berbanding Allah. Apa sahaja yang diperintahkan diabaikan atau dilengah-lengahkan. Allah itu tidak ada di dalam hati, dan apabila berlaku sesuatu, maka Allah lebih kecil dari hal keduniaannya. Allah lebih kecil dari duitnya, maka apa yang dicari adalah duit tanpa memikirkan keberkatannya. Perempuan lebih besar dari Allah, maka maksiat berlaku tanpa ada sedikit pun rasa gentar di hatinya. Berhati-hatilah kerana, kita hari ini terlalu ramai yang berkata tentang agama, tetapi tidak berbuat apa-apa hal agama.


2) Sombong kepada Rasulullah s.w.t.

Apa sahaja yang dijadikan sunnah Rasulullah dilihat enteng dan tidak diutamakan. Seolah-olah ia tidak memberi makna langsung dalam kehidupan. Sebagai contoh, kata-kata yang biasa diungkapkan seperti "don't judge a book by its cover". Ramai pemuda hari ini berselindung disebalik kata-kata ini semata-mata ingin memperlihatkan bahawa yang tidak kita nampak pada mereka adalah kebaikan sedangkan nabi pernah bersabda bahawa "dalam diri manusia ini ada segumpal darah, jika baik ia maka baiklah seluruh jasadnya, jika buruk ia maka buruklah seluruhnya, dan segumpal darah itu ialah hati". Sunnah Rasul sudah menjadi asing dan malu jika hendak melakukannya.


3) Sombong terhadap sesama manusia.

Terdapat beberapa ciri sombong sesama manusia iaitu;

a) Merasakan diri lebih mulia atau tinggi dari yang lain.
b) Tidak dapat menerima teguran dari orang lain apatah lagi dari orang bawahannya.
c) Tidak suka bergaul dengan orang lain tambahan mereka yang lebih rendah darjat atau pangkat darinya.
d) Suka dipuji dan mengharapkan pujian dalam setiap apa yang dilakukannya.


"Ya Allah, lindungilah kami dari sifat sombong dan takabbur ini kerana ia benar-benar akan membinasakan kami. Ya Allah,

berikanlah kami kekuatan untuk menjaga tutur kata dan perilaku kami supaya sentiasa dalam keadaan baik.

bukakanlah kami ruang untuk bergaul dalam masyarakat tanpa mengira darjat, pangkat dan keturunan. Sebagaimana peribadi Rasulullah saw yang tidak pernah berlaku sombong.

Keikhlas menziarahi sahabat yang ditimpa sakit atau kesusahan, membantu sesiapa saja yang memerlukan pertolongan, memenuhi undangan apabila dijemput sebagaimana diri baginda sendiri yang pernah turut sama membantu umat Islam menggali longkang ketika bersiap sedia hendak menghadapi peperangan khandak.

Tingkatkanlah iman dan takwa kami serta

Takutkan kami akan siksaan dari Ya Allah, amin ya rabbal alamin.



*Artikel asal dari: http://usrahrasahati.blogspot.com/

Friday, August 7, 2009

INDAHNYA ISLAM....

Sesungguhnya Agama Di sisi ALLah ialah Islam
K e r a n a :
Agama Islam adalah datangnya daripada ALlah
yang Maha Bijak lagi Maha Mengetahui.
لا يَأْتِيهِ الْبَاطِلُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَلا مِنْ خَلْفِهِ تَنزِيلٌ مِنْ حَكِيمٍ حَمِيدٍ
Yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji. [Fussilat : 42]
Maka…….
Sempurna dan tidak ada kecacatan.
Sesuai dengan fitrah manusia.
Mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia.
Agama Islam mengatur hubungan dengan ALlah ( حبل من الله ) dan hubungan dengan manusia ( حبل من الناس ) dan alam seluruhnya.
Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. {Aali Imran : 112}
TUHAN
MANUSIA ALAM
Allah (Pencipta)
Akhlak
Makhluk (Kena cipta)
I - Akhlak dengan Allah
= Sentiasa memperhambakan diri kepadaNya.
= Sentiasa berzikir mengingatiNya.
= Mencari redhaNya.
II - Akhlak kepada Bukan Manusia
a. Binatang b. Tumbuhan c. Benda beku
III - Akhlak kepada Manusia
i- Diri sendiri ii- Ibubapa iii- Guru iv- Kawan
v- Jiran dan lain-lain.
IV- Akhlak Terhadap Diri Sendiri
-Taubat… -Muraqabah….-Mujahadah…. -Muhasabah….
V- Akhlak Terhadap Ibubapa
= Ibubapa mendapat tempat yang kedua selepas beriman
kepada Allah.
Taat dalam perkara yang tidak maksiat.
Tidak mengangkat suara apatah kagi mengherdiknya.
Sentiasa membesar dan menghormatinya.
Menjaga kebajikannya seperti kesihatan, pakaian dll.
Mendoakan untuk kesejahteraannya di dunia dan di akhirat.
Agama Islam sempurna, lengkap dan menyeluruh ( شمول ) merangkumi seluruh kehidupan manusia samada aqidah, ibadah, ekonomi, politik, kebudayaan, hiburan dan lainnya.
Mengatur kehidupan rohani dan jasmani, zahir dan batin.
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.[al-Baqarah : 208)
Agama Islam adalah bersifat universal( عالمين)
sesuai untuk semua bangsa, tempat dan zaman.
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (al-Hujurat : 13)
Agama Islam adalah bersifat realistik ( واقعية )
Ada contoh teladan dari Nabi saw
Wasatiah atau kesederhanaan
Ikut kemampuan……
Agama Islam mengenakan hukuman dan balasan dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.
Kita sering berdoa…….
Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya.
(al-Baqarah : 201)
والله أعلم

KELEBIHAN LELAKI PADA AKALNYA

KELEBIHAN LELAKI PADA AKALNYA

Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk berpasang-pasang;
lelaki dan wanita, bumi dan langit, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan lembah, matahari dan bulan, begitulah seterusnya.
Banyak hikmah dalam kejadian alam yang perlu direnung dan
dijadikan bukti keagungan Allah. Satu contoh dalam kejadian manusia,
Allah jadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu.
Atas kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki
penjaga bagi kaum wanita. Begitu juga dalam apa jua masalah,
Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki;
contohnya dalam hal penyaksian. Walaupun kurang berakal,
namun wanita ada sifat malu. Kerana ada malulah, wanita dipandang mulia. Kalaulah wanita tiada malu, habislah dunia ini. Begitu juga lelaki.
Meskipun kurang malu namun mereka mempunyai akal
yang dapat memikirkan kesan dan sebab-akibat sesuatu perkara.
Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kocar-kacir.
Begitulah kebijaksanaan Allah untuk menjaga keharmonian alam.
Namun apa dah jadi pada masa ini. Wanita sudah tidak ada perasaan malu lagi; bebas bergaul tanpa batas, bebas keluar hingga larut malam.
Manakala lelaki pula sudah tidak menggunakan akal lagi malah
merosakkannya pula. Fikirkanlah kesan buruk yang akan
menimpa masyarakat jika fitrah kejadian ini sudah diabaikan.
Wanita yang sepatutnya malu dah tiada malu lagi;
lelaki yang sepatutnya berakal dah hilangkan akal mereka.
Perempuan dengan gejala dedah; lelaki dengan gejala dadah.
Kata orang tua-tua - pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara kini sudah hampir berkubur.
Apa tindakan kita sekarang?

First day dgn BLOG~Hehehehe-AHLAN WA SAHLAN!

AHLAN WA SAHLAN!

Assalamualaikum W.B.T. kpd pelawat2 blog aku ne..
Syukur alhamdulillah ucapan utk ALLAH S.W.T. krn telah memudahkan aku utk buat blog ne..
Selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarga baginda, para sahabat baginda yg telah bersama2 baginda menyebarkan Islam, para mujahid dan mujahidah yg telah syahid dlm mempertahankan agama suci kita yakni ISLAM serta para sahabat2 dan saudara2 seislamku..

Tujuan aku buat blog ne sbb aku nak manfaatkn kemudahan internet ne, kiranya aku nak jadikan blog ne sebagai medan DAKWAH dan TARBIYAH utk sahabat2, kawan2 dan pelawat2 yg telah dikurniakan HIDAYAH-NYA utk mendalami dan mengamalkan ISLAM dlm kehidupan seharian sebagai bekalan menuju Hari Perhitungan yg kita sebagai hamba x tau bila hari tu akan berlaku (WALLAHUALAM)..

Eh sedikit penambahan, DAKWAH dan TARBIYAH tu utk diri aku sndri juga..
Aku pun sama mcm manusia yg lain juga, hamba yg JAHIL, DAIF, LEMAH dn akn lupa hakikat status dri ne..

Aku harap, kalau ada kesilapan dlm maklumat yg akn aku kongsi(insyaALLAH) dlm blog aku ne, jangan malu jangan segan (eh, malu dan segan tu sama la ba kan?? hehe =p) TOLONG TEGUR YA.. Yala kan, kita ne bukannya sempurna, setiap kita manusia pasti akn dan telah melakukan kesilapan..

Tapi, jangan lah kita terus menerus melakukan kesilapan yg kita sendiri sedar perkara yg kita buat tu salah..=), sebaliknya, cuba utk perlahan2 perbaiki kesilapan kita tu.. Banyakkan berdoa dan istighfar, Allah pasti akn buka jalan-NYA utk kita yg benar2 ingin berubah..(InsyaALLAH) INGAT! ALLAH ITU SEBAIK2 TEMPAT PERTOLONGAN DAN MAHA PENGAMPUN KPD HAMBA2-NYA..

Owk, sampai cne ja dulu..

Owya, lupa plak nak ta'aruf hehe..
NAMA : NURHIDAYAH BT ZAMDEE
T.LAHIR : 7 SEPTEMBER 1993
ASAL : KOTA KINABALU, SABAH
SEKOLAH : SMK PEREMPUAN, LIKAS
MOTO : "MENCARI KEREDHAAN ALLAH TAK SEMUDAH MEMILIKI CINTA INSANI..
SAMA2 KITA BERNIAT MATI DI JALAN ALLAH, MENCARI CINTA-NYA,
MENUNTUT JANJI-NYA......"

K tu ja ckit2 mngenai aku... sebagai mengakhiri sesi kita ne, cewahh hehe..
Ingin aku beri peringatan kpd sahabat2 semua dan juga diri aku sendiri, bahawa, DUNIA INI ADALAH TEMPAT PERSINGGAHAN KITA, JANGAN KITA TRKANDAS, LEKA SERTA LALAI KT DUNIA NE.. SESAL DULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIADA GUNA......

K sebagai akhir kalam, terimalah salam persahabatan dari aku, moga bertemu dan berpisah kita ne kerana Khaliq kita..,insyaALLAH..

SALAM UKHUWAH FILLAH!!

TAKBIR!! ALLAHUAKHBAR!!!

Wassalam.. ^^