Sunday, November 7, 2010

Bangkitl Semula Duhai Hati Yang Retak!

Bismillahirrahmannirrahim...


"Ana daH serahkan perkara ni 100% pada ALLAH..
Soal hati dan perasaan ana tak mau lah sentuh..ana tak nak cakap perkara ni lagi hingga tiba masanya.."

Saat membaca mesej tersebut, hatinya seakan2 ranap..luluh..bak kaca yang terlepas dari pegangan seseorang...
"Ya Allah! Kuatkan aku menghadapi kekecewaan ini!
Jika dia bukan jodohku, lapangkanlah dadaku, tenangkan hatiku Ya RABB..."


Begitulah rintih seorang gadis yang saya rasa semua pernah mengalaminya..bukan mudah untuk menerima kenyataan seperti di atas..
Namun sebagai seorang gadis yang ditarbiyah, dia seharusnya tidak mengharapkan 'kasih' seorang yang belum halal baginya...
Dia harus bangkit! Jangan hanya mengharap pada 'kasih' yang belum pasti adakah untuk dirinya! Ingatlah janji Allah dalam Qalam Suci-NYA yang amat-amat bisa memberi pengajaran buat yang lali juga buat yang sedang berada dalam kesedihan..


Allah berfirman dalam Surah An-Nur, ayat 26 yang bermaksud:
"Wanita2 yang keji untuk lelaki2 yang keji, dan lelaki2 ynag keji untuk wanita2 yang keji, sedangkan wanita2 yang baik adalah untuk lelaki2 yang baik..merka itu bersih dari apa yang di tuduh orang..mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia(syurga).."

Islam agama yang indah..berdoa lah kepada Allah agar dikuatkan iman menghadapi dugaan dan ujian yang diturunkan-NYA buat setiap hamba2-NYA..biarpun adakalanya ujian yang diberikan-NYA itu kadang kala membuatkan tembok IMAN yang dibina hampir2 sahaja bisa runtuh...

Duhai diri,
jangan biarkan NAFSU menguasai dirimu..
kerna ia bisa menjahanamkan dirimu..(NAUZUBILLAH!)
Peliharalah dirimu dengan sebaik2nya..
Yakinlah dengan janji Allah dalam ayat di atas..

Jika dirimu diuji lagi dengan CINTA INSANI,
Kembalilah kepada Allah...
mohon pada-NYA moga dirimu terpelihara dari pujukan NAFSU yang senantiasa mengajak manusia kearah kebinasaan!

Pesanku,
ingat lah pesan Allah dalam surah Ali 'Imran ayat 139 yang bermaksud;
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman.."

Ingatlah... HE'S LOVE IS LAST FOREVER.....




Jangan biarkan dirimu menjadi penyebab LEMAHNYA IMAN SEOARANG LELAKI!!

Dan KAU LELAKI, JaNgan biarkan dirimu juga menjadi penyebab LEMAHNYA IMAN SEORANG WANITA!!


Tuntasnya, tundukkan pandangan mata pabila melihat sesuatu yang HARAM dilihat..InsyaAllah, segalanya akan terjaga..








Ah, semua ini tipuan syaitan semata!

Aku tak mahu terperangkap dalam sumur buta cinta,

PERgilah...

Pergilah bersama tipuanmu,

Aku tetap dengan pendirianku,

Menjaga maruah dan Agama,

Ingin ku terpagar di Taman Syariat-NYA... 









 Jauh ku berlari,

Mencari erti cinta,

Yang ku temui,

Hanyalah JAUH dari-NYA...

CUKUPLAH......

Cukuplah dengan kealpaan semalam,

Takkan ku ukangi dosa-dosa silam,

Hanya bersama-MU CINTA SEJATI bersulam,

Akan ku damba-MU siang dan malam...

ALLAH...
Wallahu'alam...moga posting kali ni terpelihara dari fitnah dan dosa..insyaAllah..

Wassalam....

Sunday, October 10, 2010

KERINGNYA TASIK GALILEE & TURUNNYA NABI IS





Assalamualaikum semua para hadirin sekelian...
salam peringatan dari saya berkenaan tasik galilee,
sebuah tasik yang dikelilingi darat sedang pun kering dengan derasnya...
Nama lain bagi tasik ini ialah:
- Lake of Gennesaret
- Lake Kinneret
- Sea of Tiberias

Ada 1 hadis Sahih yang saya sengaja tiada tunjukkan di sini,
memberitahu saya dan anda semua,
bahawa...
bila keringnya tasik ini,
maka tunggulah kamu akan turunnya Al-Masih Isa,
itulah saatnya dan perhatikan lah tasik ini,
sebagai antara sempadan begitu hampirnya tanda2 besar...
Carilah hadis sahih ini sampai dapat,
dan bila anda tahu dan menjumpai hadis ini,
di ketika anda tahu itu,
anda pasti dalam ketakutan yang amat sangat,
menjadi kerisauan saya sekarang ialah,
tasik ini sudah pun kering dengan derasnya setiap hari turun beberapa milimeter sejak tahun 2000 masihi lagi,
dan 9 tahun telah pun berlalu...

Saudara serumpun ku...
anda semua harus beringat,
bila tasik ini kering,
maka itulah saat di mana Nabi Isa akan turun ke planet bumi,
membantu imam mahdi,
memburu dajjal ke seluruh pelusuk bumi...

dan aku ingatkan lagi,
hadis ini amatlah sahih,
sedangkan tiada 1 ulamak di tanah Melayu pun berani membongkar hadis sahih ini,
dengan kata lain,
mereka tahu tapi mereka kekurangan berani,
kerana hakikat itu jelas,
tasik galilee sedang kering dengan lajunya,
dan mengikut kajian sains,
tasik ini akan kering dalam tempoh masa 50 tahun sahaja dan menemui dasarnya,
dan ketika itulah Nabi Isa turun...



dan anda semua kena faham,
sebelum Nabi Isa turun dalam tempoh 50 tahun akan datang (plus-minus),
sudah pastilah proses2 untuk menjadi ASBAB perlunya baginda turun,
ASBAB itu mestilah terjadi,
ini bermakna wahai tuan2...

Proses ini "sepatutnya" sudah berlaku:
- tasik galilee sedang mengering dengan derasnya setiap hari...
- ini bermakna sistem dajal akan mencapai kemuncaknya (yang membolehkan dajal muncul dengan sempurna)
- bila dajjal akan keluar itu kita tak pasti, namun semua tanda kecil & fitnah yang membolehkan dia keluar itu sudah pun wujud di sekeliling kita
- anda kena faham, banyak hadis sahih mengatakan pemuda hensem dari timur itu dilantik menjadi imam mahdi adalah dalam sekitar umurnya mencecah 40 tahun....
- dan ini bermakna, adalah amat saya yakini, bahawasanya, pemimpin hensem dari timur itu sudah pun berada di kalangan kita,
samada baginda di saat ini baru dilahirkan? atau masih kanak2 ? atau sedang belajar di sekolah menengah, atau pun sedang dalam alam remaja, kita tak pasti...
-ingatlah, saya menyampaikan mesej ini di dalam forum ini melainkan untuk mengajak kamu semua langsaikan hutang secepat mungkin sebelum nibiru melintasi orbit kita, kerana atas sebab lintasan itulah, maka gerhana matahari & gerhana bulan akan berlaku serentak, dan kamu wahai orang muslim, tentu di saat itu sedar, bahawa di masa 2-3 tahun lepas, ada manusia pernah memberitahu anda tentang ahal ini, namun anda mungkin terlambar di saat itu...
-dan kerana itulah saya hadir untuk menyelamatkan ramai traders dan ramai dari mereka dapat kaut untung yang banyak dan dapat langsaikan hutang dunia sebelum saat itu tiba...

Ingatla saudara2 ku...
Mereka ber-3 akan muncul selang silih sahaja,
dan mereka ber-3 berkongsi gelaran yang sama,
mereka ber-3 adalah manusia belaka,
2 daripada mereka mendapat rahmat berupa umur yang panjang,
sedangkan 1 dari mereka ber-3 berumur pendek tapi dapat meminpin dunia.

Ketahuilah mereka ber-3 ialah:
- Al Masih Imam Mahdi
- Al Masih Dajjal
- Al Masih Isa

Ingatlah kawan2...
sekiranya umur anda adalah sekitar 20 han 30 han (pada hari ini),
percayalah,
dalam tempoh 50 tahun ini sahaja,
semua tanda2 untuk munculnya tanda2 besar,
pasti 100% muncul di zaman anda,
samada anda ditakdirkan untuk mati sebelum peristiwa itu muncul,
atau anak2 anda yang bakal berhadapan dengan ujian itu,
ketahuilah,
tasik galilee sudah pun mulai mengering sejak tahun 2000 masihi lagi,
dan proses pengeringan ini amat dasyat sehingga yahudi2 di Israel meminta bantuan dunia untuk menaikkan kembali aras tasik galilee ini,
dan 9 tahun sudah pun berlalu,
ada baki lagi 41 tahun (plus-minus) sebelum turunnya Nabi Isa ke planet bumi,
dan anda harus ingat...!!!


Sekali lagi saya anda ingatkan,
bila Nibiru melalui nanti (diteorikan),
2 gerhana planet akan berlaku (diselidiki),
iaitu bulan dan matahari (dari pandangan mata di permukaan bumi),
dan...
(teori 2 gerhana pada tahun 80 han "akan bergabung" teori gerhana tahun 2012),
dan sekiranya teori ini benar2 berlaku,
maka sahlah dan lengkaplah semua tanda2 kecil,
dan kehadiran tanda2 besar pasti berlaku tanpa berlaku.

KAJIAN SAINS:
Setelah saya membuat kajian...
sekiranya kehadiran planet besar ini dan melintas di antara orbit bumi & matahari,
gelombang2 pancaran akan keluar,
dan menjahanamkan semua sistem2 dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api,
dan ini bermakna,
semua apa sahaja jentera langit dan bumi,
asalkan yang mempunyai saluran elektrik,
akan dengan sendirinya tidak berfungsi,
satelit, jet pejuang, kapal laut enjin fuel system, kereta api, motorsikal, kereta kebal, tenaga elektrik, henfon, playstation tidak akan langsung berfungsi lagi,
dan anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik.
Ini pesanan saya lagi...
=tiada 1 hadis pun menerangkan yang manusia akhir zaman berperang dengan alat2 yang selain pernah nabi sendiri pakai=
sekiranya kajian saya di atas,
maka sahla,
apa sahaja teknologi moden hari ini,
persenjataan tercanggih,
akan menjadi tidak aktif dan collapse...
maka hidup anda pada selepas peristiwa besar ini berlaku,
adalah 1 kehidupan di mana anda bakal hidup di zaman sebelum hadirnya elektrik,
manusia akan kembali kepada fitrah semula,
dan mana2 manusia yang tinggal di bandar,
adalah manusia yang paling rugi di kala itu,
kerana...
bandar yang duduki itu sedang tenggelam,
kerana itulah kita kena bina perkampungan Muslim,
seperti banyak yang ada di tanah Melayu...

Kepada semua angkatan Teknik_Keris,
saya pernah pesan gunakan duit untung trading untuk:
-melangsaikan hutang dunia
-membeli tanah di pedalaman
-menguasai sungai2 dan pinggiran gunung
-membeli kuda 1 orang 2 ekor
-mengasah pedang dan mencanai keris
-menguasai kembali teknik pancutan iaitu MEMANAH
-dan kembali mengajar anak2 kamu semua berenang

Ketahuilah,
kita ada tak sampai 41 tahun aje lagi sebelum tasik galilee kering sepenuhnya,
kita ada hanya purata 41 tahun aje lagi sebelum turunnya Nabi Isa ke planet Bumi ini,
dan anda kena faham lagi sekali,
sebelum Nabi Isa itu turun,
sudah pastilah Imam Mahdi itu sudah pun ada di keliling kita,
dan sudah pastilah peperangan besar pasti terjadi,
dan sudah semestinya lah akibat perang itu,
dengan sebab sistem yang lengkap di keliling kita,
menyebabkan Dajjal itu pasti juga akan keluar,
ya kawan2...
dajjal akan muncul dulu sebelum turunnya Nabi isa,
dan Imam Mahdi akan muncul dulu sebelum Dajjal keluar dari Khurasan,
sekali lagi saya ingatkan,
anda hanya ada 41 tahun lebih sahaja sebelum 1 tanda besar pertama keluar,
bila 1 tanda besar keluar,
maka lengkaplah semua tanda2 kecil,
bila 1 tanda besar keluar,
akan datang tanda2 besar seterusnya tanpa ragu2...

Dan ingatlah wahai Muslimin,
doa Nabi Ibrahim makbul sehingga akhir zaman,
dari susurgalur bagindalah berakhirnya Rasul terakhir Nabi Muhammad,
dari susurgalur Nabi Muhammad lah,
akan munculnya pemuda hensem bernama Muhammad Bin Abdullah (di zaman kita "mungkin"),
yang mana dia sendiri tak tahu dia adalah bakal Imam Mahdi,
percayalah,
di dalam darahnya ada kombinasi DNA Nabi Ibrahim & DNA Nabi Muhammad,
kerana mereka berdua dari keturunan yang sama,
sedangkan Mahdi adalah waris dari keturunan yang tak pernah meninggalkan Solat,
carilah balik doa Nabi Ibrahim itu, (ada dalam Alquran)
dan kerana itulah,
Solat 5 Waktu di tahiyat akhir,
akan selalu kita bacakan nama 2 Nabi itu.

Pesanan Terakhir,
langsaikan hutang secepat mungkin,
tinggalkan bandar kalau anda sudah ada tanah baru di pedalaman,
kumpulkan kain2 yang tahan lama,
ternak dan gembala kambing,
ajar anak anak menunggang kuda,
simpan cermin mata anda sebaik mungkin,
banyakkan mencetak sebelum tibanya hari tiada elektrik,
banyakkan menulis dan berpesan pada jiran sebelah,
latihkan anak2 Melayu kita dengan kemahiran memanah,
banyakkan berenang di waktu petang,
minta maaf pada saudara2 dekat dan saudara2 jauh,
kita kena cepat mintak maaf (kerana apa pun boleh jadi bila Dajal menguasai hari)

Kalau perlu,
sila sebar2kan nasihat di atas kepada semua Muslimin yang pandai berbahasa Melayu.

================================================== ===============
bersambung...

Carilah Hadis SAHIH tentang tasik ini sampai dapat,
saya sudahpun sediakan pancingnya,
tinggal anda mendapatkan ikannya...
kemudian, ramai2lah bincang di sini,
sebelum elektrik takde di kemudian hari.
PESANAN:
cetak artikel ini dan hantar ke JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI,
sekiranya anda tak percaya tentang hadis ini,
buktikanlah saya salah,
saya sedia menerima teguran.


Salam Ramadhan Salam Sepadan
Umat Melayu Waris Beriman.

Yang Iklas,
Megat Panji Alam,
Teknik Keris.

Wassalam.

http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=98049

Saturday, October 2, 2010

Sambutan Kelas Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2010 & Majlis Perpisahan Cikgu Md Anuar Ali..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Salam'alaik..syukur alhamdulillah ku panjatkan kepada Allah S.WT. kerana dengan kasih sayang-Nya diri ini masih diberi peluang untuk bernafas sampai saat ini. Selawat dan salam buat junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w., para kelurga  dan sahabat baginda yang telah bersusah payah bermandikan darah dalam mempertahankan agama Allah yakni Islam serta para pejuang2 Islam yang telah syahid..

Alhamdulillah, hari jumaat minggu lalu bersamaan 24 September 2010, sekkolah ku telah mengadakan satu "Kelas Terbuka" sempena hari raya. Sambutan amat menggalakkan kerana setiap kelas mempersembahkan menu masakan yang hebat2..Dan kelas aku 5 Zamrud, merupakan kelas yang paling banyak menu makanan..dari India dan Indonesia..Tahniah! ^_^
Ni buktinya...jeng3.....
 Yg bertudung tu Pengetua kami..
Ni juadah kuih muih..

wah! banyaknya puding!

Kek khas utk Cikgu Anuar

Kek utk Cikgu Rasina,guru kelas kami..

Sushi serunding..hehe



Duhhh..sodap2 puding ni tau sampai cikgu pun menapau..

Ya itu dia..para pembantu back stage..heheh

Ini dia, promote jgn tak promote..

This man is our Penolong kanan pentadbiran..he is so high..em em..

Yg pakai tudung perang2 ni plak our kaunselor..
Owk, selesai pasal sambutan Open Class.. Sekarang majlis perpisahan Cikgu Md Anuar Ali....
Izinkan diri ini bercerita menegani guru ini....

"Beliau adalah seorang guru Add Maths yang agak 'steady'..jarang sangat dia nak marah2..seorang yang agak kelakar..sangat sporting..kalau bagi kerja rumah, fuhhh....mcm gunung beb..jarang juga kitaorang dapat siapkan..kecuali mereka2 yang smart laa..hehe..
Erm, perpindahannya di katakan kerana, ................. tuuuttt...biarlah rahsia....^_^
bagi sesiapa yang mengenali cikgu anuar ali ni, mereka akn faham atas sebab apa beliau berpindah.. Tak silap beliau ditukarkan ke Pulau Bangi, Kudat.. Juah kan.. Tapi kami redha, setiap pertemuan pasti ada perpisahan.. Sama2 kita doakan perjalanan hidupnya..Aamiinn..."

Ini sahajalah kenangan yang sempat kami nukilkan bersama..............

Cikgu Anuar and the geng..hehe

Cikgu Anuar n Hidayah

Cikgu Anuar, Cikgu Joe Fizik n Cikgu Manson..


Suasana open class kami...

Hidayah, Cikgu Anuar n my geng...

Student 5 zamrud, Cikgu Husin n Cikgu Anuar..

Geng Add Maths n Cikgu Anuar..

We all love u sir.!!

Salen, seorg student cikgu Anuar yg sangat kuat merajuk..(kunu..hehe)
  "Belajar bagus2, nanti cikgu datang tengok result kamu..
Cikgu minta maaf ya..terima kasih semua.."
Kata2 akhir beliau sebelum beredar dari kelas...Moga Allah merahmatinya juga keluarganya serta perjuangannya dalam Islam..Amiinn..

Setakat itu sahaja nukilan buat hari ini..
Next monday is our second trial spm.. pray for us...

K, wallahu'alam..
Assalamualaikum...

Tuesday, September 14, 2010

Peristiwa 1 Syawal 1431H

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum w.b.t..
Aku ada nak kongsi cerita masa raya pertama jumaat lalu...

"Pegi ka nda? pegi, nda?"
Itulah yang aku monologkan sebaik saja selesai solat subuh..
Mana ndanya, selalunya aku tak pergi solat sunat raya huhu.....
Tapi nda tau kenapa kali ni aku mau sangat pegi..

Last2....
"Pegi la.."
Yaa!! Aku pegi..

(a few minutes later..)

"Nong, ko pegi solat ka?", pak cik aku tanya..
"Ya, kejap tunggu aku.."


Setibanya di Masjid Jamek....
"wah! ramainya! mana tempat perempuan ni??". kataku dalam hati..
..jalan3...
alhamdulillah.., jumpa pun..
"alamak! xda sejadah lah!! mcm mana ni?...k jgn panik..pegi cari tempat dulu.."

"dui..basah ni. mcm mana..."
Nasib baik orang kat belakang aku tu ada bawa surat khabar, jadi aku pun minta la dua helai..dorng bagi juga hehe..(alhamdulillah)

Masa tengah tunggu nak solat tru, aku dan jemaah yang lain duduk-duduj la..
"masayaAllah! surat khabar aku ni basah ckit2 suda! Ya Allah, mcm mana ni??"
Aku cuba tenangkan diri.."xpa, ujian ni..ujian.."

Beberapa minit berlalu....

Solat Sunat Hari Raya Eidul Fitri pun di mulakan...

Ni yang aku nak kongsi...


"Semasa aku mengangkat takbir,
Terasa kerdil sungguh diriku di sisi-NYA..
Tiap takbir yang dilaungkan.
Sangat-sangat menusuk ke kalbuku..
Inilah pertama kali dalam aku menunaikan solat sunat hari raya,
aku begitu menginsafi dosa-dosa yang ku telah ku lakukan..
Dan saat itu juga, air mata ku menitis satu persatu..
Ya ALLAH!
Aku bersyukur pada-MU kerana mencampakkan perasaan ini padaku..
Aku benar-benar merasai nikmatnya pagi ini..
Rupa-rupanya,
ujian yang baru sahaja KAU beri padaku ketika aku sampai ke sini ada manisnya!
Dan kini aku merasainya..
Benar lah "Tiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.."


Selesai sahaja bersolat dan berdoa, aku terpaksa pulang awal kerana pak cik ku sedang menunggu..
Dan setibanya di rumah, hatiku bertambah sayu melihat kelibat ibuku..
Aku tidak tahu mengapa Raya kali ni aku merasakan air mataku begitu mudah jatuh..
"Nda salam abang ka..", kata ibuku..
"Jap. tunggu semua dulu..", balasku..
Aku memasang lagu raya, ibuku memanggilku untuk pergi ke rumah nenekku bersebelahan dgn rumahku..
Entah mengapa, aku rasa begitu sukar menatap wajah kedua orang tuaku.. Aku hny berkata "kejap.."
Bila ku menoleh ke wajah ibuku......
Ya ALLAH!
Airmata ku bertakung di kelopak mataku..Hanya tunggu untuk jatuh...

Aku kuatkan diri...
Langkah ku susun ke arah bapaku, tangan ku hulur..
Tiada jkata yang dapat kuungkapkan..
Ku salami mamy ku..
Ya ALLAH!
Kali ini air mata ku jatuh dengan derasnya!
Ku kucup kedua pipi ibuku...
Selepas itu, aku beralih ke arah abangku yang baru keluar dari biliknya..
Ku salami dia dengan tersedu-sedu... Abangku kelihatan tidak dapat berkata.. Hanya melihat diriku yang menangis..


"Raya kali ni benar-benar memberi makna yang mendalam dalam hidupku...
Aku dapat melihat perubahan pada diri abangku yang dahulunya seorang yang amat susah meminta maaf jika melakukan kesalahan, tapi kali ini terdapat perubahn pada dirinya..
SYUKUR ALHAMDULILLAH!"

Sekian sahaja story ku..
Wallahu'alam..


P/s: Jom kenang pengorbanan ibu-ibu kita..

Ramadhan Ya Ramadhan..

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
 
Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah, Ramadhan telah berlalu, kini kita telah memasuki bulan Syawal..
Puasa kali ni, banyak yang aku pelajari..
Setinggi-tinggi syukur ku panjatkan pada-MU Ya Rabb kerana masih memberi aku peluang untuk berada dalam bulan Ramadhan yang baru sahaja berlalu..
Rasanya, ramadhan yang lalu banyak masa terluang yang aku sia-siakan..astaghfirullahaladzim!
 
Moga amalan yang aku amalkan semasa ramadhan lalu akan aku terus istiqamah melaksanakannya..
Aamiinn..
 
Wallahu'alam..

Sunday, August 22, 2010

Refresh Hati




Bila kita memulakan sesuatu...

Kadang-kadang kita lupa letakkan niat

Kadang-kadang kita lupa baca Bismillah

Sebab tu bila ada masalah,

Kita cepat menyerah...



Bila kita berniat...

Kadang-kadang kita lupa letakkan usaha,

Kadang-kadang kita tunggu disergah baru hendak mengolah,

Sebab tu bila kerja tak menjadi,

Kita mula angkat kaki...



Bila kita berusaha...

Kadang-kadang lupa pula hendak berdoa,

Siang malam kerah tenaga dan masa...

Sebab tu bila kerja masih tak sempurna,

Kita mudah putus asa...



Bila kita berniat, berusaha dan berdoa...

Kadang-kadang kita lupa pula untuk bertawakkal pada Yang Esa.

Bertawakal pun pada bicara tapi di hati masih buta.

Sebab tu bila dilanda masalah,

Kita marah tak tentu hala...



Bila kita berniat, berusaha, berdoa dan bertawakal...

Kadang-kadang kita tetap alpa,

Nak sebut Alhamdulillah pun payah,

Berdoa pun sekali sekala,

Bersyukur sekejap cuma..



Sebab tu bila kita berjaya,

Allah datangkan ujian dan musibah...

Supaya kita ingat dan kembali ke jalan redha,

Tetapi kita kecewa sampai mencari jalan mudah..

Membenci diri memusuhi nadi.



Sedangkan...

Kita manusia ciptaan Allah,

Bernafas di udara yang sama,

Bila lemah Allah itu ada,

Bila derita Allah itu bersama,

Senang, susah, sedih, gembira...

Allah takkan lupa pada langkah kita.



Tapi sememangnya lahiriah kita,

Kadang-kadang lebih suka dipuji,

Sebab itu kita jarang memuji Yang Maha Terpuji,

Kadang-kadang lebih suka dicintai,

Sebab itu kita lupa menyintai Yang Maha Menyintai,

Kadang-kadang kita lebih suka menyendiri,

Tapi lupa Allah sedang memerhati...



Sebab itu teruskanlah bermuhasabah pada pencipta,

Kerana dalam firman Allah;

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-Ra'd:11)"


Kerana itu..

Pada masalah harus bersabar dan redha

Pada ujian harus tabah dan teguh

Pada kegagalan harus usaha, doa dan tawakkal

Pada kejayaan harus usaha, doa dan tawakkal..



Sama tetapi tidak serupa,

Kerana kejayaan di dunia bukan pengukur kejayaan di sana

Kekayaan harta di dunia bukan jaminan kebahagiaan di sana

Kesusahan dan penderitaan di dunia belum tentu bersambung di sana

Kealpaan kita di dunia pasti menjadi kesakitan kita di sana...



Di sana itulah yang perlu kita kejar,

Agar dunia mengikuti dengan redha...



Di sana,

Akhirat yang pasti...

Syurga yang terindah,

Atau

Neraka yang menyala!