Sunday, April 18, 2010

Meneliti Aib Diri Sendiriwww.iLuvislam.com
Oleh: Ustaz Mohd Zul bin Roslan*
Editor: buluh



Nukilan ini dari (Hujjatul Islam) Imam Ghazali:

Jika ALlah Azza wa Jalla menginginkan kebaikan bagi seseorang, ia akan membuat orang itu dapat melihat aib-aibnya. Orang yang memiliki basiroh (mata hati) yang tajam akan mengetahui aib-aibnya. Jika ia telah mengetahui aib-aibnya, maka ia dapat mengubatinya. Namun kebanyakan orang tidak mengetahui aibnya sendiri. Manusia dapat mengetahui kotoran yang terdapat di mata temannya, tetapi ia tidak mampu melihat ranting di depan matanya.

Barangsiapa hendak mengetahui aib-aibnya, maka ia hendaklah menempuh empat jalan berikut :

1. Duduk di hadapan seorang guru yang mampu mengetahui keburukan hati dan pelbagai bahaya yang tersembunyi di dalamnya. Kemudian ia mempasrahkan dirinya kepada guru dan mengikut petunjuknya dalam bermujahadah membersihkan aib itu. Ini adalah keadaan seorang murid dengan syeikhnya dan seorang pelajar dengan gurunya. Guru akan menunjukkan aib-aibnya dan cara merawatnya, tetapi di zaman ini guru seperti ini amat sukar dicari.

2. Mencari seorang teman yang jujur, memiliki basiroh (mata hati yang tajam) dan berpegang pada agama. Ia kemudian menjadikan temannya itu sebagai pengawas yang mengamati keadaan, perbuatan serta semua aib batin dan zahirnya sehingga ia dapat memperingatkannya. Demikian inilah yang dahulu dilakukan oleh orang-orang yang cerdik, orang-orang yang terkemuka dan para pemimpin agama.

Umar RadiyaLlahu 'anhu berkata : "Semoga Allah merahmati orang yang dapat menunjukkan aib-aib kepadaku."

Ketika Salman mengunjunginya, beliau berkata : "Cuba sebutkan perilakuku yang tidak engkau sukai."

Salman menolak dengan halus. Tetapi beliau terus memaksa. Akhirnya Salman berkata : "Aku mendengar engkau makan dengan 2 lauk dan memiliki 2 pakaian: satu engkau memakainya di siang hari dan satu lagi engkau memakainya di malam hari."

"Selain itu adakah hal lain yang engkau tidak sukai?" Tanya Saidina Umar.

"Tidak"

"Sesungguhnya dua perbuatan yang engkau sebutkan tadi telah kutinggalkan," ucap beliau.

Beliau (Saidina Umar RadiyaLlahu 'anhu) pernah bertanya kepada Huzaifah. "Engkau adalah sohibus sir (orang yang mengetahui pelbagai rahsia. Di antaranya Huzaifah mengetahui siapa yang munafik dan siapa yang bukan munafik) RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam yang dapat mengenali orang munafik. Apakah engkau melihat tanda-tanda kemunafikan pada diriku?"

Perhatikan, Saidina Umar dengan kedudukan yang agung dan mulia masih mencurigai dirinya. Semakin cemerlang akal seseorang dan semakin tinggi kedudukannya, ia akan jarang berbangga hati dan semakin sering mencurigai dirinya sendiri. Yang kedua ini juga sudah sukar untuk dicari. Sedikit teman yang mahu berterus terang dan menunjukkan aib kita.

3. Berusaha mengetahui aib dari ucapan musuh-musuhnya. Sebab, pandangan yang penuh kebencian akan berusaha menyingkap keburukan seseorang. Boleh jadi manfaat yang diperolehi seseorang dari musuh yang sangat membencinya dan suka mencari-cari kesalahannya adalah lebih banyak dari teman yang suka bermanis muka, memuji dan menyembunyikan aib-aibnya.

Namun, sudah menjadi watak manusia untuk mendustakan ucapan musuh-musuhnya dan menganggapnya sebagai ungkapan kedengkian. Tetapi, orang yang memiliki mata hari jernih mampu mengambil pelajaran dari pelbagai keburukan dirinya yang disebutkan oleh musuhnya.

4. Bergaul dengan masyarakat. Setiap kali melihat perilaku tercela seseorang, maka ia segera menuduh dirinya sendiri juga memiliki sifat tercela itu. Kemudian ia tuntut dirinya untuk segera meninggalkannya. Sebab, seorang Mukmin adalah cermin bagi Mukmin lainnya. Ketika melihat aib orang lain ia akan melihat aib-aibnya sendiri.

Sumber asal: KLIK DI SINI


* Penulis adalah salah seorang Moderator Agama iLuvislam. Beliau juga aktif menulis dan berdakwah melalui blog beliau:
1. Hidup Ini Mencari Mencari Mati Yang Sempurna
2. Tahu, Faham & Amal
SEANTERO KARYA IBU
www.iluvislam.com
musoddiq*
editor: azzahra_solehah






Ibu,
telah tercatat di kitab Loh Mahfuz,
lahirku dari rahimmu,
pusatku berhubung dengan pusatmu.

Ibu,
tawaku, okestramu,
larianku, sorakanmu,
tangisanku, drama mu.

Ibu,
seandainya okestraku sumbang,
seandainya sorakanku hambar,
seandainya dramaku meluat,

kamu tetap menyayangiku.

Tika,
pingganku berulamkan buku,
tubuhku bermandikan ilmu,
kamu bagaikan ratu menerima mahligai.

Kini,
ku genggami segulung ijazah,
ku tandangi sebuah anugerah,
susur galur karya agung untukmu.

Ibu,
Ibu,
Ibu,

Syurga dibawah tapak kakimu,
andai tiada keredhaanmu,
Tiada lah titian ihdinassiratal mustaqim bagiku,
tiada bau syurga untukku.

Ibu,
Ku persembahkan irama kejayaanku,
ku hidangi santapan insaniku,
ku semati selimut kasih sayangku,

Ibu,
Engkaulah Ratu hatiku.

SYABAS!!

Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah, program pertama BALKIS telah dijalankan dengan jayanya pada 16-17 April yang lalu. Program kali ini melibatkan pelajar sesi petang SMK Perempuan, Likas yang mana program kali ini bertemakan "SOLATKU IBADAHKU, AURATKU PERISAIKU".
Alhamdulillah juga , pengisian yang diberikan oleh Pengerusi BALKIS sendiri memberi kesan kepada para peserta. Antara pengisian yang paling menusuk kalbu para adik-adik peserta adalah "Brainwash" mengenai Ibu Bapa dan juga Pelestine, yang mana adik-adik peserta didedahkan dengan keadaan Muslimah-muslimah Palestine di sana yang bermatian mempertahankan TUDUNG mereka dari dileraikan oleh tentera Yahudi la'natullah. Adik-adik peserta juga diarahkan untuk melukis gambar ibu dan ayah mereka, tetapi, AJK BALKIS telah mengoyakkan gambar yang dilukis mereka. Ketika itu, terdengar jeritan mereka berkata 'JANGAN!!'. Dan ada juga yang menjerit tetapi tidak berapa kedengaran.

Moga para adik-adik peserta tidak pulang degan tangan yang kosong seselesainya program Qiamullail lepas..^_^
Program BALKIS seterusnya pula akan memfokuskan kakak-kakak sesi pagi SMK Perempuan, Likas..
WAIT FOR US!!!! =)
Kepada AJK BALKIS, tahniah ana ucapkan kerana telah bertungkus-lumus menjayakan program Qiam pertama BALKIS bagi tahun 2010 ini...
Moga usaha kita akan mendapat pandangan ALLH di akhirat nanti, InsyaALLAH, AMEEN..
Sekian buat kali ini..
Wassalamualaikum..