Tuesday, September 14, 2010

Peristiwa 1 Syawal 1431H

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum w.b.t..
Aku ada nak kongsi cerita masa raya pertama jumaat lalu...

"Pegi ka nda? pegi, nda?"
Itulah yang aku monologkan sebaik saja selesai solat subuh..
Mana ndanya, selalunya aku tak pergi solat sunat raya huhu.....
Tapi nda tau kenapa kali ni aku mau sangat pegi..

Last2....
"Pegi la.."
Yaa!! Aku pegi..

(a few minutes later..)

"Nong, ko pegi solat ka?", pak cik aku tanya..
"Ya, kejap tunggu aku.."


Setibanya di Masjid Jamek....
"wah! ramainya! mana tempat perempuan ni??". kataku dalam hati..
..jalan3...
alhamdulillah.., jumpa pun..
"alamak! xda sejadah lah!! mcm mana ni?...k jgn panik..pegi cari tempat dulu.."

"dui..basah ni. mcm mana..."
Nasib baik orang kat belakang aku tu ada bawa surat khabar, jadi aku pun minta la dua helai..dorng bagi juga hehe..(alhamdulillah)

Masa tengah tunggu nak solat tru, aku dan jemaah yang lain duduk-duduj la..
"masayaAllah! surat khabar aku ni basah ckit2 suda! Ya Allah, mcm mana ni??"
Aku cuba tenangkan diri.."xpa, ujian ni..ujian.."

Beberapa minit berlalu....

Solat Sunat Hari Raya Eidul Fitri pun di mulakan...

Ni yang aku nak kongsi...


"Semasa aku mengangkat takbir,
Terasa kerdil sungguh diriku di sisi-NYA..
Tiap takbir yang dilaungkan.
Sangat-sangat menusuk ke kalbuku..
Inilah pertama kali dalam aku menunaikan solat sunat hari raya,
aku begitu menginsafi dosa-dosa yang ku telah ku lakukan..
Dan saat itu juga, air mata ku menitis satu persatu..
Ya ALLAH!
Aku bersyukur pada-MU kerana mencampakkan perasaan ini padaku..
Aku benar-benar merasai nikmatnya pagi ini..
Rupa-rupanya,
ujian yang baru sahaja KAU beri padaku ketika aku sampai ke sini ada manisnya!
Dan kini aku merasainya..
Benar lah "Tiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.."


Selesai sahaja bersolat dan berdoa, aku terpaksa pulang awal kerana pak cik ku sedang menunggu..
Dan setibanya di rumah, hatiku bertambah sayu melihat kelibat ibuku..
Aku tidak tahu mengapa Raya kali ni aku merasakan air mataku begitu mudah jatuh..
"Nda salam abang ka..", kata ibuku..
"Jap. tunggu semua dulu..", balasku..
Aku memasang lagu raya, ibuku memanggilku untuk pergi ke rumah nenekku bersebelahan dgn rumahku..
Entah mengapa, aku rasa begitu sukar menatap wajah kedua orang tuaku.. Aku hny berkata "kejap.."
Bila ku menoleh ke wajah ibuku......
Ya ALLAH!
Airmata ku bertakung di kelopak mataku..Hanya tunggu untuk jatuh...

Aku kuatkan diri...
Langkah ku susun ke arah bapaku, tangan ku hulur..
Tiada jkata yang dapat kuungkapkan..
Ku salami mamy ku..
Ya ALLAH!
Kali ini air mata ku jatuh dengan derasnya!
Ku kucup kedua pipi ibuku...
Selepas itu, aku beralih ke arah abangku yang baru keluar dari biliknya..
Ku salami dia dengan tersedu-sedu... Abangku kelihatan tidak dapat berkata.. Hanya melihat diriku yang menangis..


"Raya kali ni benar-benar memberi makna yang mendalam dalam hidupku...
Aku dapat melihat perubahan pada diri abangku yang dahulunya seorang yang amat susah meminta maaf jika melakukan kesalahan, tapi kali ini terdapat perubahn pada dirinya..
SYUKUR ALHAMDULILLAH!"

Sekian sahaja story ku..
Wallahu'alam..


P/s: Jom kenang pengorbanan ibu-ibu kita..

Ramadhan Ya Ramadhan..

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
 
Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah, Ramadhan telah berlalu, kini kita telah memasuki bulan Syawal..
Puasa kali ni, banyak yang aku pelajari..
Setinggi-tinggi syukur ku panjatkan pada-MU Ya Rabb kerana masih memberi aku peluang untuk berada dalam bulan Ramadhan yang baru sahaja berlalu..
Rasanya, ramadhan yang lalu banyak masa terluang yang aku sia-siakan..astaghfirullahaladzim!
 
Moga amalan yang aku amalkan semasa ramadhan lalu akan aku terus istiqamah melaksanakannya..
Aamiinn..
 
Wallahu'alam..