Sunday, December 18, 2011

Jauhi 17 Amalan Yang Menyababkan Mendapat Seksa Kubur

Bismillahirrahmanirrahiim...


Mereka yang mendapat azab atau seksa kubur adalah kerana semasa di dunia ini mereka melakukan salah satu atau lebih daripada 17 dosa dan kesalahan yang dilarang oleh Allah S.W.T.
Disebutkan oleh Imam Ibnu Qayyim rahimahullah bahawa seksa kubur ditimpakan kerana berbagai macam dosa dan maksiat, di antaranya:
1. Melaga-lagakan (mengadu domba) dan mengampu. Nabi S.A.W berwasiat kepada Sayidina Ali : “Wahai Ali ! Saya melihat tulisan pada pintu syurga yang berbunyi “Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang bakhil (kedekut), orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, dan bagi orang yang suka mengadu domba (mengasut).”
2. Tidak basuh dengan suci selepas buang air kecil. Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Bersih-bersihlah kamu daripada kencing, sebab umumnya seksa kubur itu kerana kencing. (yakni hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya.)
3. Solat tanpa bersuci. Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : “Allah tidak menerima solat tanpa bersuci” (Hadis Riwayat Muslim ) Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah melihat seseorang melakukan solat, sedangkan pada tumitnya ada sedikit yang tidak terkena siraman air wuduk. Nabi S.A.W. memerintahkannya untuk mengulangi wuduk dan solatnya . (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud) Nabi S.A.W. menyuruh orang tersebut untuk mengulangi solatnya kerana solat tersebut dilakukan tanpa bersuci dan tidak sah.
4. Berdusta. Rasulullah S.A.W. bersabda kepada Sayyidina Ali k.w. yang bermaksud : “Wahai Ali ! Berbuatlah jujur sekalipun hal itu akan membahayakan dirimu di dunia. Sesungguhnya kejujuran itu bermanfaat di kemudian hari. Dan janganlah berdusta sekalipun bermanfaat bagimu ketika itu kerana kedustaan itu akan menyulitkan kamu di kemudian hari.”
5. Melalaikan dan malas mengerjakan solat. Nabi S.A.W. ada bersabda yang bermaksud : “ Bermula orang yang meninggalkan solat pada hal ia dalam keadaan sihat, maka Allah tidak memandang kepadanya dengan pandangan rahmat, dan baginya kelak azab yang amat hebat melainkan kalau ia bertaubat dari perbuatannya itu”
6. Tidak mengeluarkan zakat. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : “Barangsiapa mempunyai emas atau perak senisab, sedang tidak di keluarkan zakatnya, kelak di hari kemudian ia akan di kejar-kejar oleh ular yang besar dan sangat berbisa dari neraka yang mengigit tangannya sehingga terpotong, kemudian tangannya kembali sebagai sediakala, di gigit lagi ular itu, demikianlah setiap masa, sehingga akhirnya orang yang bakhil itu akan di seret ke Neraka Jahannam”
7. Berzina. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “ Jauhilah oleh kamu akan zina, kerana kecelakaannya empat macam iaitu hilang seri (cahaya) pada wajahnya , di sempitkan rezekinya , dan kemurkaan Allah atasnya dan menyebabkan kekal di dalam neraka.” (Hadis riwayat Thabrany dan Ibnu Abbas)
8. Mencuri. Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : ”Tidak dipotong tangan seseorang pencuri itu kecuali seperempat dinar atau lebih daripada nilai wang mas” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
9. Berkhianat. Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Empat perkara, siapa yang terdapat padanya empat perkara ini, maka ia adalah munafik tulen, dan siapa yang terdapat padanya salah satu darinya, maka padanya ada satu ciri kemunafikan; apabila diberi amanah ia berkhianat, apabila bercerita ia berdusta, apabila membuat janji ia mungkiri dan apabila berdebat ia curang.” (Hadis Riwayat Bukhari no. 34, 2459, 3178 dan Muslim no. 2635. dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a.)
10. Menfitnah sesama umat Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
11. Makan riba. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : “Hai orang-orang yang beriman , bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah riba (yang belum di pungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah , bahawa Allah dan RasulNya akan memerangimu . Dan jika kamu bertaubat (dari mengambil riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.” (Surah Al- Baqarah ayat 278-279)
12. Tidak menolong orang yang di zalimi. Firman Allah S.W.T. dalam hadis qudsi yang maksudnya : “Wahai segenap hambaku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan perbuatan zalim atas diri-Ku dan Aku telah menjadikan hal tersebut sebagai perkara yang haram antara sesama kalian, maka janganlah kalian saling menzalimi.”(Hadis Riwayat Muslim)
13. Minum khamar ( tuak, arak atau minuman keras ). Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:  “ Empat (macam manusia) tidak Allah masukkan mereka itu ke syurga dan tidak akan merasai kenikmatannya, peminum arak , pemakan riba, menzalami (memakan) harta anak yatim dengan tidak hak dan derhaka pada ibu atau bapa.” (Hadis Riwayat Al-Hakim)
14. Memanjangkan kain hingga di bawah mata kaki. Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Barangsiapa menyeret pakaiannya kerana sombong maka Allah tidak memandangnya pada hari kiamat”.(Hadis Riwayat Bukhari)
15. Membunuh. Firman Allah S.A.W. yang bermaksud : “Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahannam , kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya.” (Surah An- Nisaa’ ayat 93) Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : “ Orang yang mati terbunuh , akan datang di hari kiamat dengan mengantungkan kepalanya di salah satu tangannya , sambil memegang pembunuhnya dengan tangan yang lain , sedang darah terus mengalir. Apabila mereka berdua sudah ada di hadapan Allah, maka orang yang terbunuh itu berkata :’ Ya Allah, inilah orang yang telah membunuh aku’. Maka Allah berkata kepada sipembunuh :’ Celakalah engkau’, lalu di bawalah orang itu ke neraka.”
16. Mencaci sahabat Rasulullah S.A.W. Allah S.W.T. berfirman, yang bermaksud : “Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda kepada mereka dan mereka reda kepadaNya. Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar”. (Surah at-Taubah ayat 100) Al-Qadhi ‘Iyaadh berkata :”Jumhur ulama berpendapat bahawa orang yang menghina/mencaci maki para shahabat Rasulullah S.A.W. harus dihukum takzir (yakni harus didera menurut kebijaksanaan hakimIslam )”. [Fathul Bari VII hal. 36].
17. Mati dalam keadaan membawa bidaah. Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “Barangsiapa membuat buat hal baru yang baik dalam Islam, maka baginya pahalanya dan pahala orang yang mengikutinya dan tak berkurang sedikitpun dari pahalanya, dan barangsiapa membuat-buat hal baru yg buruk dalam Islam, maka baginya dosanya dan dosa orang yang mengikutinya dan tak dikurangkan sedikitpun dari dosanya” (Sahih Muslim hadis no.1017, demikian pula diriwayatkan pada Sahih Ibn Khuzaimah, Sunan Baihaqi Alkubra, Sunan Addarimiy, Sahih Ibn Hibban dan banyak lagi).
Imam Ibnu Qayyim rahimahullah selanjutnya berkata, “Ketika keadaan manusia banyak yang melakukan dosa-dosa di atas, maka kebanyakan ahli kubur adalah dalam keadaan diseksa. Dan orang yang selamat daripadanya amatlah sedikit. Secara lahirnya, kuburan itu memang hanyalah tanah biasa, padahal didalamnya terdapat penyesalan dan seksa. Di atasnya nampak tanah, batu-batu yang terukir dan bangunan, tetapi di dalamnya adalah bencana. Mereka mendidih dalam penyesalan sebagaimana periuk mendidih dengan apa yang ditanaknya. Sedangkan angan-angannya tak mungkin lagi dipenuhi.” Imam Ibnu Qayyim rahimahullah mengatakan, sebab-sebab keselamatan seksa kubur adalah dengan menjauhi sebab-sebab terkena seksa kubur, yakni berbagai macam maksiat dan dosa.
Untuk itu, Ibnu Qayyim rahimahullah menganjurkan, hendaknya setiap muslim melakukan perhitungan atas dirinya setiap hari, tentang apa dosa dan kebaikan yang telah dilakukannya pada hari itu. Selanjutnya, hendaknya ia memperbaharui taubatnya kepada Allah dan tidur pada malam itu dalam keadaan taubat. Jika ia meninggal dunia pada malam itu, maka ia meninggal dalam keadaan telah bertaubat. Jika bangun dari tidurnya maka ia siap menghadapi harinya, dan bersyukur kerana ajalnya masih ditangguhkan. Dengan demikian ia masih berkesempatan beribadah kepada Rabbnya dan mengejar amal yang belum dilakukannya. Sebelum tidur, hendaknya pula ia dalam keadaan berwuduk, sentiasa mengingat Allah dan mengucapkan zikir-zikir yang disunnahkan Nabi S.A.W. sehingga ia tidur. Jika seseorang dikehendaki baik oleh Allah, nescaya dia akan diberi kekuatan untuk melakukannya.
Kemudian Ibnu Qayyim rahimahullah menyebutkan ketaatan yang dapat menyelamatkan dari seksa kubur, di antaranya:
1. Senantiasa mengikatkan diri di jalan Allah
2. Mati syahid di jalan Allah
 3. Membaca surat Al-Mulk
 4. Meninggal kerana sakit perut
 5. Meninggal dunia pada hari Jumaat.
Oleh itu beramallah dengan amalan soleh secara berterusan dan jauhilah segala perbuatan atau perkataan yang boleh mengundang dosa dan maksiat di sisi Allah S.W.T. Mukmin yang berhati-hati dan sentiasa muhasabah diri adalah lebih baik daripada mukmin yang berpuas hati dengan amalan-amalan yang telah dikerjakannya.

Saturday, December 17, 2011

Sepi







Kadang kala kita perlu menyepi...
Untuk mencari kembali kekuatan diri yang hilang...

Adakalanya kita perlu menyepi...
Untuk mencari ketenangan hati...

Adakalanya perlu menyepi...
Untuk kebaikan diri sendiri...
Adakalanya sepi itu indah....


Kitakah Yang Bergelar Pejuang Agama?









Terkesima dan tergamam seketika...
mendapat perkhabaran yang cukup mencucuk sanubari...
ya ALLAH, mengapa untuk ramadhan kali ini, ujian bertimpa timpa didatangkan kepada kami?
Namun, segera hati diubati dengan kalam yang indah:

Ketika ALLAH rindu pada hambaNYA, DIA akan mengirimkan hadiah istimewa melalui malaikat jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadits qudsi ALLAH berfirman: "Pergilah kepada hambaKU, lalu timpakanlah berbagai ujian kepadanya kerana AKU ingin mendengar rintihannya. (HR Thabrani dan Abu Umamah) 

ya ALLAH, hilangkan rasa kekecewaan dihatiku ini. Biarpun hal yang sedemikian ini menimpa sahabat baikku namun cukup meninggalkan kesan 'FOBIA' dalam diri ini. Rasanya tidak layak diri ini untuk menjadi 'Pengadil' pada pentas lakonan dunia yang penuh tipu daya. Biar Rakib dan Atid sahaja yang mencatatnya dan ALLAH menjadi 'Ketua Juri' di padang masyar nanti.

Hati ini terpaut dengan artikel yang cukup menarik dari ukhti akhwat medic iaitu Maksiat yang tersembunyi. Sebenarnya diri ini sangat mengkagumi mereka yang sudah berada lama dalam jalan tarbiyah. Apatahlagi yang merupakan produk tarbiyah yang sebenar, bukan produk tarbiyah express seperti diriku. Lahir dalam suasana tarbiyah, keluarga yang penuh tarbiyah, bekerja dalam suasana tarbiyah tetapi mengapa masih ada karat karat jahiliyah yang belum tertanggal?

Pada mulanya, sukar untuk mempercayai situasi sedemikian, malah diriku begitu mengidamkan kehidupan indah dalam suasana beragama yang kuyakini ALLAH pasti akan sentiasa meluruskan hati hati manusia. ya ALLAH, aku bukannya wanita sempurna apatahlagi masa silam sentiasa membelenggu diri dan diri ini sentiasa mendahagakan pengajaran dan ilmu yang berpanjangan. Impianku agar dapat menuntut ilmu dengan tenang kerna aku tahu bahawa diri ini masih belum cukup. Alangkah indahnya jika dapat menghadiri kelas kelas agama dan selepas itu ada orang yang bisa mengajarkan Al Quran sehingga aku boleh menghafaznya.

Namun peristiwa yang berlaku cukup menjadikan diri ini fobia. Teringat kata kata mutiara yang sering ku ungkapkan

'Biarlah tidak dikenali penduduk dunia atas kehebatan ilmu, kepandaian, kepimpinan dan kecerdikan. Cukup nama menjadi sebutan penduduk di langit dan ALLAH mengenal kerana iman dan taqwa.'
Terlalu takut untuk menilai manusia pada ketika ini. Kadang kadang corak pemakaian dan perilaku individu itu tidak memcerminkan peribadi yang sebenar. Mungkin ada yang dilihat seperti ustaz dan ustazah, tetapi tidak menjaga ikhtilat. Ada yang lagaknya seperti wanita solehah, bertudung labuh dan berjubah tetapi masih kurang menjaga adab sebagai wanita sehingga begitu mudah untuk mendekati lawan jenisnya. Mungkin ada yang sentiasa berkopiah, kelihatan zuhud orangnya tetapi masih punya perangai suka mengambil hak orang. Nauzubiilah Min Zalik. Ya ALLAH, jauhkanlah kami dari kehipokritan ini. Kami tidak mahu menjadi indah di pandangan manusia tetapi JELEK pada pandanganMU.

Tidak dinafikan, sejauh mana pun seorang manusia berusaha untuk menjadi sempurna tetapi manusia tetap manusia. Rasulullah SAW sahaja yang maksum. Maka, jika kalian berasa sudah tersasar ke sebelah jalan, maka luruskan kembali stereng pengembaraan hidup anda. ALLAH pasti menunjukkan jalan yang lurus. Diriku meyakini, produk asli tarbiyah pasti punya hati yang sentiasa hidup. Apatahlagi cukup berpengalaman dalam perjuangan. Maka, jangan biarkan NAFSU mengatasi segalanya. Kembalilah mencari naungan kasih sayang ALLAH dengan bermujahadah melawan nafsu.

Soalan demi soalan menerjah kotak fikiran....

Kitakah yang bergelar pejuang agama tetapi
kita masih tidak mampu mengekang hawa nafsu terhadap sesuatu yang bukan milik kita?

Kitakah yang bergelar pejuang agama jika
tidak segan silu melalaikan ibadah kepada ALLAH SWT?

Kitakah yang bergelar pejuang agama sekiranya
berjuang semata mata untuk mendapat pangkat dan nama serta perhatian?

Kitakah yang bergelar pejuang agama namun
masih ber'sms' yang tidak berkenaan dengan yang bukan muhrim atas tiket perjuangan malah sengaja memanjangkan?

Kitakah yang bergelar pejuang agama yang
memakai jubah dan tudung labuh untuk menunjukkan kita bertaqwa
memakai kopiah untuk menunjukkan kita soleh
hanya kepada manusia hina?

Kitakah yang bergelar pejuang agama tetapi
masih tidak mampu menjaga ikhtilat sehingga berlebihan dengan tiket sahabat?

Kitakah yang bergelar pejuang agama namun
masih punya waktu untuk membuang masa sedangkan ummah berkondisi kritikal kini?

Kitakah yang bergelar pejuang agama sekiranya
masih bermalas malasan tentang ukhrawi tetapi bermati matian mengejar duniawi?

Kitakah yang bergelar pejuang agama walhal masih memungkiri janji?

Kitakah yang bergelar pejuang agama tetapi susah untuk mencari ikhlas dalam diri?

ya ALLAH, diriku sangat takut andai aku melakukan perkara sedemikian. Lindungilah diriku ya ALLAH, kekalkanlah diriku dalam hidayah dan petunjukMU. Ku ingin sekali sentiasa menjadi pejuang agamaMU. Tetapi janganlah engkau jadikan diriku PEJUANG AGAMA yang SILAP. Berjuang hanya kerana cinta duniawi sedangkan miskin akhirat.

Tiba tiba terlintas di kotak fikiranku, "patutlah kemenangan terasa begitu jauh, rupa rupanya masalah datang dari diri sendiri". Sebak hati teringat perjuangan Rasulullah SAW, baginda punya batalion tentera pejuang yang hebat. Kehebatan tangkas bermain sahaja itu adalah luarannya sahaja tetapi sumber kehebatan sebenar adalah kekuatan iman dan taqwa. Teringat frasa kegemaranku:

Pilihan Salahuddin Al Ayubi bukanlah yang petah berkata kata, tetapi yang istiqomah tahajudnya. Katanya nak jadi srikandi Hasan Al Banna tetapi ambilnya hanya pada semangat, bukan pada amalannya.



~Musabah diri ini~


Diriku, burung merpati yang kerdil ini, sedang berusaha mencari sangkar yang baru. Mungkinkah akan menyeberangi laut Cina selatan ke tanah semenanjung ataupun sayapku akan berterbangan merentasi benuaMU. Dimana pun sayapku ini KAU titipkan, jadikanlah kehendakMU sebagai kehendakku, berkat ramadhan sekiranya ini yang terbaik untuk akhirat, agama dan tarbiyahku. ^_^ (Teringat lagu leaving on a jet plane yang popular di kampus)


sumber : www.layakkahakumenjadibidadarisyurga.blogspot.com

Friday, November 25, 2011

Transformasi...

Bismillahirrahmannirrahiim...

Jaini : "Nur, kalau aku nampak perempuan cina yang pakai macam tu kan terus aku teringat dengan kau."
Nur : "Ha?? kenapa pulak? (blurr..)"
Jaini : "Nda bah, aku terbayang kalau kau yang pakai macam tu. Ya Allah... nasib nenekmu dengan datukmu masuk Islam kan(dengan riak muka yg sangant bersyukur..)
Nur : "Alhamdulillah... aku pun bersyukur sangat sangat juga. Aku dulu mana pakai tudung, kalau pegi jalan macam pegi Giant ka, aku pakai @$%**?? dengan T-shirt ja..

*Jaini amat terperanjat mendengar pengakuan ikhlas dari Nur itu.

Jaini : " Ha??? Betul nah??"
Nur : Iya... %$**??//@# pun aku pernah pakai. "
Jaini : "HAAA???? Betul bah Nur???!! Aduh... macam nda percaya pulak aku. "
Nur : "Iya.. Tapi itu dululah, masa aku Form 2.. "
Jaini : " Jadi bila lah kau start pakai tudung?"
Nur : " Tapi, itulah pertama dan terakhir aku pakai. Form 2 aku start pakai begitu, dan masa Form 2 la juga aku start pakai tudung(sambil senyum pada Jaini ^_^) tapi tudung biasa ja, macam saiz tudung kau ni. tapi itu pun masih lagi x sempurna. maksud aku, baju masih saiz 'budak' n jeans 'budak'.."
Jaini : "Ooo...begitu.."

*Kami mempercepatkan langkah untuk menuju ke dewan kuliah untuk menghadiri kuliah Biology. Tapi, Jaini bertanya perihal bagaimana Nur boleh jadi seperti yg sekarang. kelihatan dirinya sangat sangat 'curious' ingin mengetahui cerita yg selanjutnya...

Nur pula kelihatan tersenyum, senyum yg amat bermakna. Masakan tidak, dia berasa sangat geli hati apabila teringat akan dirinya semasa masih setahun jagung. Perubahan demi perubahan yg berlaku ke atas dirinya sepanjang 4 tahun yg lalu menghasilkan dirinya yg sekarang. Berbeza 360 darjah! Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...

Lamunan Nur terhenti apabila mendengar suara pertanyaan Jaini yg bertubi tubi. Kasihan pulak jika dibiarkan tanpa jawapan. Lantas, Nur kembali menyambung bicara...

Jaini : " Eh Nur, selalunya kan bila orang berubah ni, mesti orang akan anggap yg perubahan kita tu tak kan kekal lama. Maksud aku, orang akan anggap, mesti pasal lelaki ni.. bla bla bla... kau pulak pasal apa? adah juga kerana lelaki?? (dia bertanya sambil tersenyum) "

Nur tidak terkejut dengan soalan itu, kerana dia tahu soalan itu adalah 'soalan wajib' yg dia sudah jangka dari awal ke nekadannya mahu berubah. Begitulah persepsi masyarakat sekarang. 'Ala.. tak kan lama tu. dia berubah tu pun sebab dia syok kat lelaki tu.. bla bla bla...' Lalu Nur memberikan jawapan ini..

Nur : " Emmmm... mungkin ada sikit la pasal lelaki. Tapi bukan 100%. Sebab masa aku Form 2 tu, aku memang ada terdetik sudah mau pakai tudung. Jadi konklusinya, aku pakai tudung atas kemahuan aku sendiri biar pun di dorong juga sedikit kerana lelaki.Alhamdulillah, Allah bagi aku kekuatan untuk terus istiqamah sampai yg kau nampak sekarang ni ^_^..."
Jaini : " Iya? Alhamdulillah...begitu pula kan ceritanya. Ya Allah, bagus la tu, berubah pelan pelan. =)"

Perbualan mereka terhenti di sana kerana pensyarah tiba di dewan kuliah.

***********************************************************

Begitulah sedikit perkongsian yg ingin saya kongsikan bersama para pembaca pada entri kali ini. Saya berasa terpanggil untuk berkongsi cerita bersama sahabat sahabat bersempena dengan Maal Hijrah yg bakal kita sambut dalam masa yg terdekat ini.

Kita sebenarnya amat perlu untuk melakukan penghijrahan tidak kira dalam aspek apa sekalipun. Tetapi yang paling utama sekali adalah melakukan penghijrahan diri, hijrah menuju ALLAH...

Jangan ego, jangan sombong.. Kerana kita sebenarnya memerlukan ALLAH. Kita perlukan Taufik-Nya untuk menyuluh tiap langkah kita di dunia ini.. Jangan takut kepada apa yg orang kata, kerana jika benar kita lakukannya ikhlas semata mata kerana-Nya, saya yakin, apa saja yg diperkatakan orang kita akan buat tak dengar...
Sambutlah seruan 'Hidayah' ALLAH tatkala ianya menyapa relung hati...

Sudah menjadi sunnatullah, ALLAH akan menguji setiap kata kata kita kerana ALLAH telah berfirman dalam Kitab-Nya ;

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. [ Surah Al-Ankabut : 2-3 ]

Banyakkan munajat bukannya mengeluh dengan ujian yg menimpa diri.





"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
  
Sebagai penutup, saya selitkan kata kata daripada seorang yg saya sayangi, insan yg menggelar dirinya Asiah Yusro...(kak copy kata2 akak ya ^___^ )...

"Sayonara jahiliyyah, tidak akan ku bunuh kau dalam ingatanku. Kerana aku ingin menjadi Srikandi Umar, kesilapan silam menjadi pemangkin kepada kegemilangan masa depan. Aku juga ingin mencontohi keunggulan Abu Bakar, menjadi benar untuk setiap perkara malah ingin ku kunci ilmu ku ibarat Ali, agar bisa ku didik ummah untuk meninggalkan mu wahai karat jahiliyyah. Jadikanlah aku setabah Hasan Al Banna, menggoncang dunia dengan fikrahku namun yang paling istimewa, bariskanlah diriku dengan bidadari syurga, biarpun aku hanya seorang wanita biasa.

Aku bukan seorang pejuang, aku hanya yang biasa. Dengan secebis ilmu, ku ingin berkongsi akan indahnya keagunganMU ya ALLAH. Aku tidak mampu menjadi seperti Nusaibah, menyelematkan Rasulullah SAW di medan jihad. Aku hanya mampu menjadi pendengar setia dan penenang jiwa. Aku tidak punya kudrat untuk bergegas ke medan jihad cuma izinkan diriku menjadi peniup semangat juang para mujahid. Aku bukanlah sempurna seperti sang bidadari tetapi aku ingin diriku menyembuh luka perjuangan dengan tangan ku sendiri. Malah, aku sudah cukup lega agar bisa menjadi tiang sandaran sebuah perjuangan biarpun aku tidak punya apa apa. Itulah impianku...."

Hijrah

Album : Hijrah
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com


Sering daku terkenang
Hijrah gemilang
Berubah dunia
Gelap menjadi terang

Berguguran air mata

Tidak kurasa
Meski bibir tanpa suara
Ku terus berdoa

Biar nafas menjadi lelah

Kupasti hijrah kerana Allah
Biar kakiku terasa lemah
Menyusuri kekasih-Mu ya Allah

Pengorbanan abadi

Menerangi bumi
Hijrah bagai hujan
Menyuburi hati

Hijrah satu kebenaran

Sepanjang zaman
HIjrah satu kemenangan
Musafir perjuangan



*Terima kasih buat insan insan yg sentiasa menyokong dan bersama sama ana sepanjang 'penghijrahan' ini. Kalian adalah hadiah yg amat berharga buat diriku. Kata kata dan nasihat kalian amat ana hargai. Terima kasih kerana sentiasa menegur diri ini yg seringkali lalai.

Terima kasih Ya ALLAH kerana Engkau mengurniakn ku insan seperti mereka.
Istiqamahkan kami dalm perjuangan, kekalkan kemesraan antara hati hati kami. Jadikan kami salah seorang daripada penyambung perjuangan Rasulullah yg sejati... Ameen... =)


p/s: mohon maaf atas segala kekurangan dalam entri kali (saya kira memang banyak kekurangan) ini kerana saya sedang berusaha untuk menukilkan sesuatu hasil garapan daripada idea sendiri, insyaALLAH..
Kepada pemantau saya, Asiah Yusro dan Nur Tasnim Imtiaz, saya sedia menerima penambahbaikan. Juga daripada sidang pembaca. Syukran jazilan wa afwan ^_^

Wassalam... 

UNIC - Hijrah

Wednesday, November 23, 2011

Pencinta Bidadari ( Women Of Heaven )

Bismillahirrahmannirrahiim...
Oleh : yaqut hulaif

Sudah menjadi kelaziman apabila seseorang itu sudah dapat berfikir dengan baiknya bahawa dirinya mesti disayangi, ingin menyayangi dan mahu disentuh dengan sentuhan kasih sayang.

Seorang muslimen semestinya akan mencari pasangan hidup yang mampu melengkapi kekurangan hidupnya, mahu hatinya disentuh dengan kasih sayang seorang muslimah. Kerana seorang muslimen juga membesar dengan sentuhan seorang muslimah yang bernama ibu.

Ya, sentuhan. Kerana hanya dengan sentuhan kita akan lebih merasa nikmat, akan lebih merasa kewujudannya, dan akan lebih merasa dialah kepunyaan kita. Perlu disentuh dan memegangnya dengan erat.

Sentuhan untuk merasa akan rasa kasih sayang, sentuhan apabila selesainya lafaz sakinah, ikatan yang halal.



Women of heaven

Apabila diceritakan akan syurga, hati rasa bergetar, terus jatuh hati. Naluri berkata, terasa ingin membayangkan indahnya syurga itu, akan tetapi bayangan itu semestinya salah.

Tatkala janjiNYA mula berbisik, suara mula memujiNYA, apabila rasa rindu datang menyapa, hati terus terusik, RasulNYa menjadi pilihan sebagai pengubat rindu.


Firman Allah SWT yang bermaksud :

“ Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung Dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan. Penuh cinta lagi sebaya umurnya.”

( Al-Waqiah : 35-37)


Ingin saya menjemput bidadari, sebagai pelengkap. Ingin saya menjemput bidadari agar dapat merasai nikmat syurga kelak,agar dapat menemani di persinggahan dunia. Ingin saya menjemput bidadari supaya perjuangan menuju akhirat ada kekuatan. Menjemput bidadari agar bidadari ini dapat bersama di syurga sana. Moga dialah bidadari terhebat. Ameen ya Allah.

Sering diceritakan keindahan syurga, bidadarinya begitu cantik, menarik dan mempesona. Jika mahukan syurga, jadilah pencinta bidadari. Itu kesimpulan saya pada mulanya.

Namun tercatat sudah kata ulama, wanita syurga itu cantik, tapi wanita dunia yang dikurniakan syurga itu lebih cantik daripada bidadari syurga. Tercatat sudah bahawa wanita solehah akan dijadikan ketua bidadari.

Ya, wanita dunia itu lebih cantik daripada bidadari syurga, wanita solehah pasti dikurniakan ganjaran syurga.

Wanita solehah menjadi ketua bidadari semestinya ketua merupakan yang terbaik dalam kalangan yang lain.

Teruja bukan, bagaimanakah pula dengan wanita-wanita di dunia kini? Ibu, kakak dan adik perempuan kita, saudara perempuan kita mudah-mudahan kitalah pendorong mereka dalam menerangi laluan ke syurga.


Wanita solehah.

"Wanita yang solehah tersenyum dalam kesusahan, mendapat kekuatan melalui doa, menenangkan hati melalui istighfar, dan mendidik diri melalui solat yang khusyu'. Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah..."

Impian saya wanita solehah. Menjemputnya agar menjadi bidadari. Bidadari bila tiba waktu akan saya temui. Ya Allah izinkan aku menjemput bidadari untuk menujuMU mengisi hari.


Bidadari yang menyentuh hati, teguhkan nurani

Bidadari yang menyapa jiwa, yang memberikan makna

Bidadari yang menemani resah

Bidadari yang menenangkan jiwa

Bidadari jadilah sang setia


Kerana cinta yang suci tidak akan pernah sepi dengan keindahan rasa cinta, bidadari yang memberi harapan saat jatuh agar bangun semula. Sekali rebah sejuta kali dirimu bangunkan. Dan memberikan saki baki cintanya sebagai penawar di dunia. Menanti cinta yang kekal abadi hanya di syurga.

Wanita solehah sebagai penentu bicara kerana wanita solehah lebih berharga dari segala-galanya. Wanita solehah semestinya bukan sembarangan insan yang mampu mencintainya. Dan bukan sembarangan insan dapat dicintainya.

Dan insan yang paling wajar untuk mencintai wanita solehah juga semestinya lelaki soleh. Soleh dan solehah satu gabungan yang baik. Semestinya tidak enak jika wanita solehah dikotori apabila disentuh dengan tangan-tangan lelaki yang ingkar.

Seperti mencari kemanisan iman, amal ibadah yang sering dikerjakan siang dan malam tidak akan pernah merasa kemanisannya jika amalan yang baik dihadirkan juga dengan perkara mungkar.

Bagaikan minuman air oren yang dicampur dengan serbuk kopi, pasti kemanisan yang diimpikan dari khasiatnya oren tidak akan dapat. Cuma rasa campuran rasa yang tidak bernama. Rasa oren pun tidak, rasa kopi pun tidak. Islam itu sempurna, jangan pula dicampuri dengan perkara yang menjadikan kita rasakan tidak sempurna.

Wanita solehah dan lelaki yang soleh semestinya gandingan yang baik. Digandingkan di dunia dan bergandingan menuju akhirat. Manis dan indah bukan, begitulah tingginya hasrat di hati.

Rasailah keindahan bercinta yang sejati tanpa sangsi dan curiga kerana wanita soleh kelak di syurga akan menjadi bidadari, bahkan lebih cantik dari bidadari.

Jadi moga terbina jalinan cinta hingga ke akhirat, bercinta hingga ke syurga.



Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya|di dalam sebuah hadis yang panjang|:



Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”


Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”


Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”


Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)



Lelaki soleh.

Qudwah hasanah, contoh ikatan yang terbaik, semestinya junjungan besar Nabi Muhammad SAW, Rasulullah merupakan tokoh sepanjang zaman yang telah berjaya menggilap rasa perhambaanumat manusia kepada Allah pada zaman jahiliyah dahulu.

Rasulullah ketokohannya perlu dicontohi oleh pemuda Islam sekarang, Rasulullah yang telah merubah hati-hati umat ketika zaman jahiliyahyang kegersangan tanpa cinta sejati. Apabila kuatnya rasa perhambaan kepada Allah, maka mudahlah hati dapat menerima janji-janji pasti dan perintah-perintah penuh hikmah dari Allah SWT.

Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Rasulullah telah mengangkat martabat kaum wanita ketika itu, dari dipandang hina ke satu kedudukan yang sangat istimewa di sisi Islam. Ajaran yang dibawa Rasulullah telah berjaya menambat hati pemuda ketika itu, telah berjaya mengubah budi pekerti kaum lelaki.

Timbullah rasa tanggungjawab di hati pemuda Islam ketika itu, dari zaman penuh kegelapan berubah kepada zaman kegemilangan Islam yang bercahaya. Sedar akan kedudukan dan tanggungjawab masing-masing di sisi Islam. Bagaikan suluhan cahaya datang menerangi. Menyuluh setiap celahan kegelapan.

Ketika itu walaupun umat Islam dipukul resah, namun wahyu Allah diperdengarkan terus dari Rasulullah. Tiada keresahan tiada lagi amalan zaman jahiliyah yang pastinya ketika itu sangat menzalimi sesama sendiri.

Kaum wanita dikagumi jasanya, terus menerus kaum wanita menyambung untaian talian cinta berbanding diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.

Lelaki yang soleh tiada mengenal erti kegagalan dalam menuntut kemuliaan Allah di dunia dan akhirat, kerana lelaki soleh tidak dayus membiarkan saudara perempuannya keluar dari rumah tanpa perlindungan hukum Allah, tubuh badan kaum wanitanya diselimuti dengan helaian kain yang sudah disyariatkan.

Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada kedua ibu bapa mereka.

Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.



|Rasulullah SAW bersabda|

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)



|Lagi sabda Rasulullah SAW|

“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya, dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)



Teguhkan hati usahlah engkau ragu wahai lelaki soleh, berzikirlah sebanyak mana yang engkau mahu agar wanita solehah tetap akan menjadi suri. Telah diciptakan lelaki yang baik itu untuk perempuan yang baik dan juga sebaliknya, usahlah engkau ragu lagi.



Kau bidadari terhebat.

Inilah bidadari syurga.

Hidupnya dipenuhi dengan amalan rasa keimanan yang mampu memenuhi relung hati dengan cinta Ilahi. Kecantikannya tidak dibanggakan, keayuannya tidak pernah diserlahkan agar tidak mencedera jiwa kaum adam. Senyumannya adalah sedekah paling mudah, tiada rasa terhutang budi. Senyumannya tidak disalah guna.

Kecantikannya merupakan satu nikmat yang perlu dijaga, kecantikannya merupakan amanah yang berperanan agar dirinya bertambah malu, malu dari melakukan mungkar. Agar dirinya berserah sepenuhnya kepada Ilahi. Kecantikan sebenar adalah pada akhlaknya, ketulusan hatinya yang tersembunyi itu.

Wanita solehah, bagaikan permata, permata yang disimpan rapi. Apabila dilihat cantik dipandang dan menyejukkan hati dengan keindahan akhlaknya, apabila sudah diikatkan dengan ikatan yang halal. Maka makin menjadi keharuman akhlaknya itu, dan akan menjadi lebih cantik lagi selepas itu. Sesungguhnya, seperti permata yang dijadikan tatapan mata pada zahirnya. Itulah yang sebaiknya.

|| Al-KHAWARIZMI ||

Jika wanita solehah dan beragama = 1

...Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 =10

Jika dia kaya ; tambah lagi 0 = 100

Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000

Tetapi jika yang "1" tiada..maka..

tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0"


Wanita solehah tidak pernah membisikkan rasa sayu, tidak pernah rasa keresahan jika tidak pernah didambakan oleh mana-mana lelaki. Tetapi hanya mendambakan cinta Ilahi yang diutamakan. Keindahan rupa paras yang mempersona tidak pernah terhakis dengan hasutan syaitan. Keaiban diri sendiri tidak digayakan. Keindahan susuk tubuhnya ditutupi mengikut syariat, keindahan itu dijaga.

Wanita solehah itu tidak pernah menghiraukan akan balasan atas segala kebaikan yang diberikannya, tetapi keikhlasan di hati itu yang dijaga. Keikhlasan di hati yang tidak ada sesiapa yang dapat dijangka, kerana tiada siapa tahu apa ada di hati kecuali Ilahi. Erti hidupnya hanya pada memberi. Dan suka berada dibawah, kerana yang dibawah hanya perlu meminta, meminta pertolongan Ilahi.


KEIKHLASAN itu umpama seekor semut hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tetapi amat sukar dilihat. Hidup biarlah berbakti walaupun tidak dipuji.


Erti perhambaannya hanya pada merindu yang Esa. Rindunya dihulurkan kepada yang pasti membalas. Rindunya tidak diberikan pada yang lemah. Lukisan rindunya penuh bermakna, dilukis dengan amalan redha Ilahi. Mengalir mutiara suci di pipinya sambil mulut berzikir mengagungkanNYA.

Wanita solehah yang gemersik suaranya, indah lantunan suaranya dikuatkan kepada anak-anak bangsa, dakwah itu kebebasannya. Suara emasnya hanya menyampaikan Islam. Suaranya untuk kebenaran dan berhujah menentang kebatilan. Kepahitan memperjuangkan kebenaran tetap diperjuangkan kerana sudah terselit rasa di hati akan kemanisan di puncak kebenaran.



Firman Allah SWT yang bermaksud :


“Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”


|surah Al-Ahzab:32|


Wanita solehah itu sejati, sejati dalam memperjuangkan maruahnya, malunya dijadikan perisai terhebat, dirinya tidak pernah jatuh dengan tawaran cinta yang sia-sia. Malunya akan disimpan rapi. Hanya akan ditunjukkan kepada insan yang halal baginya.

Malunya di dalam bekas yang cantik atas bayangan bidadari syurga. Hanya sekali-sekala dibuka malunya untuk insan yang tertentu sahaja, dan bukannya untuk tatapan umum. Jika malunya selalu didedahkan, nescaya akan tercemar. Itu hanyalah kaca, yang akan pecah bila-bila masa sahaja, dan tidak akan terjamin keselamatannya.

Pecahnya kaca itu maka jatuhlah maruahnya, serpihan kaca akan mencalarkan sesiapa sahaja yang berdekatan.


|Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud|


“Apabila kau hilang malu lakukanlah segalanya.”


(Riwayat Abu Daud)



Wanita solehah bukan dilihat dari kegelisahannya ditawarkan cinta sia-sia di tepi jalanan tetapi dilihat dari kegelisahannya jika mengundang insan lain tergoda. Wanita solehah itu bukannya dipandang pada besarnya ujian dan sengsara yang ditempuh. Tetapi wanita solehah itu dilihat pada bagaimana menggunakan setiap ibrah dari segala ujian agar dikuatkan lagi imannya dalam menempuhi ujian tersebut.

Tidak pernah meminta dikecilkan ujian, tetapi sentiasa memohon agar dikuatkan iman supaya dapat menempuhi ujian yang mendatang.Wanita solehah itu tidak berbangga dari sifat mesranya dalam pergaulan, tetapi indahnya dilihat dari sejauh mana kemampuan menjaga kehormatannya dalam pergaulan.


“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”

|riwayat Al Bazzar|


Cinta sampai syurga.

Bila masanya tiba nanti semua akan bertemu dengan yang Maha Esa. Adakah ianya menjadi penamat segalanya? Tidak sama sekali kerana kita mempunyai dua pilihan iaitu syurga atau neraka. Hanya dua pilihan tidak lebih. Pasti semua mahukan nikmat syurga.

Tiada pilihan ketiga, namun dua pilihan inilah yang selalunya disalah pilih. Antara ingkar dan patuh dan antara benar dan salah, antara madu atau racun.

Disetiap nafas kadang kita terlupa bahawa kita ini milik Allah, terlupa dan terleka dengan nikmat dunia yang fana ini. Masih tidak sedar akan adanya kehidupan akhirat yang kekal abadi kelak.

Musafir di bumi cinta yang sedang luka ini, penuh penipuan dan tipu daya. Apabila di persimpangan jalan hidup kadang tidak tahu untuk memilih persimpangan mana yang membawa ke syurga, padaMU jua kami bersujud dan berserah.

Ya, cinta sampai syurga, cinta di puncak-puncak ketinggian, tidak ada sesiapa pun yang mahukan cintanya hanya sebentar. Pasti mahukan yang berkekalan bersama yang tercinta. Jika pasangannya sudah lebih awal bertemu yang Maha Esa, mohonlah dan berusaha agar dipertemukan di syurga kelak.

Ya, kerana wanita yang solehah itu lebih cantik dari bidadari syurga dan wanita dunia yang solehah itu akan dijadikan ketua bidadari, siapakah yang akan menjadi ketua bidadari? Jawapannya wanita dunia sekarang ini, siapa? Ibu, saudara perempuan kita dan pastinya mahukan isteri, isteri yang tercinta. Mahukan cinta yang berkekalan sampai syurga, di sana cintanya berkekalan.

Kekal abadi itu kehidupan yang dijanjikan Allah. Itu janji yang pasti. Ya, mari bergandingan ke syurga. Binalah syurga rumahtangga dahulu di dunia agar dapat merasai nikmat syurga bersama. Institusi kekeluargaan yang berjaya pasti akan menghasilkan kedamaian dunia yang sempurna dengan berlandaskan syariat Islam.



|Peluang Beramal|-Abu Umar


"Setiap nafas yang baru kita sedut adalah peluang untuk kita meraih janji-janji Allah SWT, walaupun hanya beberapa saat." ( Azmi Bin Bahari) [link]



Mahu berkekalan cinta dunia hingga ke syurga, itu matlamatnya. Mana ada cinta jika tiada rindu, mana ada kasih jika tiada sayang, untuk apa cinta jika tidak sudi, untuk apa kasih jika tak memberi.

Mana ada cinta jika tiada janji ke syurga, mana ada kasih sayang jika tiada kehidupan yang diredhai. Untuk apa cinta jika tidak ke syurga, untuk apa kasih jika mengamalkan cinta terlarang bila rahmat Allah tebar melayang.




Kata putusnya bercintalah sampai ke syurga, disana abadi. Tiada manusia yang melemparkan insan yang disayanginya ke lubang neraka. Cintalah yang sebenarnya, binalah baitul muslim yang sebenarnya, mahu bina masjid, tapi jangan membina masjid dengan binaan batu bata curi. Adakah masjid itu akan terbina bersama rahmat Allah?



Pencinta Bidadari |Women Of Heaven|

Bidadari ya, buruk dan baik itu ketentuan Allah, kitalah jua yang memilihnya. Amalan yang baik membawa ke syurga, amalan buruk semestinya menempah neraka. Hanyalah iman, amal dan juga takwa menjadi bekal di dalam hidup kita.


|Ibnul Qayyim RA berkata|


“Jika ia memasuki istananya – yakni wanita penghuni syurga dari penduduk dunia – segala sesuatu di syurga menjadi terang, dan jika ia berbicara dengan suaminya, suaminya akan terbuai hingga lupa pada syurga, dan terpaut dengan isterinya.”


Ayuh raikan rasa cinta penuh kebahagiaan di syurga. Bayangan kata-kata nikmat syurga idaman telah digambarkan, agar kita membisikkan kerinduan, timbulnya keinsafan dan rasa pengharapan pada syurgaNYA. Mari buktikan kecintaan kepadaNYA.


Ia membina rohaniku.

Kuala Perlis~teratak bonda~12 Mei 2011 2:25 am àBisikkan kerinduan, keinsafan, pengharapan, sembahkan pengorbanan membuktikan kecintaan. Bersama bermimpikan syurga.

Terasa terlalu muda untuk menulis artikel ini. Tetapi tidak terasa malu untuk mengatakan saya mencari bidadari. Umur sudah 20 tahun, bukan baru 20 tahun ~tersenyum~.~

Pencinta bidadari atau women of heaven. Bidadari? Bagaimanakah rupanya?

Bila dia jauh hati selalu rindu, bila dia ada hati akan berbunga-bunga, siapa? Zaujah atau pun zauj sahaja jawapannya.

*Jadikan rasa semangat berkongsi kembali ya Allah, semoga membenam papan kekunci kali ini bermanfaat dan dapat difahami, yang memberi komentar diberi kefahaman, dan yang beruntung adalah yang dapat mengamalkan, ameen. YAQUT HULAIF @ yaquthulaif.blogspot.com

Jadilah pencinta bidadari.
sumber : www.layakkahakumenjadibidadarisyurga.blogspot.com