Friday, April 1, 2011

Pendirian Imam As Syahid Hasan Al Banna

Bismillahirrahmannirahim..

Sedang on the way membaca buku  'Apa Ertinya Saya Menganut Islam' karya Ftahi Yakan, sangat terkesan pada kata kata As Syahid Imam Hasan Al Banna ini.. Moga ada manfaatnya buat kita semua.. InsyaAllah..

"Kita bukanlah sebuah parti politik, sekalipun politik (siasah) yang berasaskan kaedah kaedah Islam adalah intisari fikrah kita. Kita bukanlah pertubuhan kebajikan sekalipun amal kebajikan dan khairat adalah diantara tujuan gerakan kita yang sangat besar. Kita juga bukanlah perkumpulan riadah sekalipun riadah atau reakreasi badaniyyah dan riadah ruhiyyah adalah diantara wasilah wasilah yang kita amalkan.

Kita bukanlah sebuah jama'ah dalam pengertian seperti pertubuhan pertubuhan tersebut kerana kelahiran pertubuhan tersebut adalalh untuk matlamat matlamat tertentu dan untuk jangka waktu yang tertentu pula. Boleh jadi pertubuhan pertubuhan berkenaan semata mata kerana ingin mengadakan persatuan dan cita cita inginkan gelaran dan kedudukan dalam pentadbiran dan organisasai tersebut.

Tetapi perjuangan kita dalah perjuangan yang berdasarkan fikrah dan aqidah, nizam dan manhaj yg tidak membataskan tujuan dan matlamat hanya kepada bangsa tertentu dan kawasan atau wilayah tertentu sahaja. Perjuangan kita tidak akan berhenti dengan penyalesaian masalah tertentu malah ia akan berterusan hingga ke hari Kiamat kerana Islam adalah sistem ciptaan Tuhan Alam Semesta ini dan manhaj Rasul-Nya yg paling dipercayai.

Kita menyatakan kepada manusia secara tidak bermegah megah bahawa kita adalah para pengikut angkatan sahabat Rasulullah s.a.w. yg menjadi pembawa panji panji Islam selepas kewafatan baginda. Kita adalah angkatan yg menjulang kembali bendera Rasulullah s.a.w. sebagaimana para sahabat radiallahu'anhum telah melakukannya. Kita akan menyiarkan dakwah baginda sebagaimana yg disiarkan oleh mereka. Kita akan memelihara kandungan kitab suci Al Qur'an sebagaimana para sahabat memeliharanya. Kita adalah pembawa berita gembira  melalui dakwah baginda sebagaimana para sahabat melakukannya dan ia akan menjadi rahmat ke seluruh alam. Anda pasti kkan mengetahui perkhabarannya dalam sedikit masa lagi. "
 

Wallahua'lam.

Semoga bermanfaat buat kita semua, biar sikit. Kerana sikit2 lama2 jadi bukit. ;) InsyaAllah.

Sumber : Buku "Apakah Ertinya Saya Menganut Islam" karya Fathi Yakan, hlmn 135-136.