Tuesday, October 11, 2011

Maaf Tuk Berpisah. . .


Bismillahirahmanirahim
Ku tulis coretan kali ini sebagai jawapan buat soalan soalan yang sering dikemukakan oleh anak anak halaqah ataupun adik adik kesayanganku. Ketahuilah wahai adikku sekalian, kakak mu ini bukanlah insan yang paling layak untuk menjawab segala pertanyaan yang dikau kemukakan. Namun, dengan sedikit kekuatan yang ALLAH pinjamkan kepada diriku yang kerdil ini, maka kakak mu ini sedaya upaya, mencoretkan sesuatu untuk dirimu, kerana seperti yang ku ikrarkan dalam janjiku kepadaNYA, biarlah sebarang tulisan ku yang sederhana ini membawa hati hati yang membacanya kembali kepada pemilik hati hati yang sebenarNYA.

Tersenyum simpul diriku apabila membaca soalan soalan yang sering di'sms' kan oleh anak anak dan adik adikku. Kadang kadang terfikir layakkah diriku ini untuk memberi nasihat berkaitan hal sedemikian kerana diriku ini juga tidak punya ilmu dan pengalaman. Mungkin jika yang ditanya serba sedikit berkaitan ilmu haraki ataupun tarbiyah, inshaALLAH boleh ku jawab sedikit ataupun lari saja terus merujuk kepada naqibahku. Tetapi apabila ditanya soal cinta dan perasaan, diriku pun turut menjadi bingung. Apatah lagi cinta manusia ini sebenarnya terlalu abstrak.

Tidak dinafikan bahawa cinta itu adalah fitrah kepada manusia. Sesungguhnya berbohonglah mereka yang mengatakan bahawa tidak pernah punya perasaan cinta. Cinta yang paling agung sudah tentunya mencintai yang MAHA KUASA iaitu ALLAH SWT. Selain itu, cinta kepada rasulNYA, agamaNYA serta jalan perjuanganNYA merupakan antara cinta yang perlu dicari oleh kita yang bernama manusia. Cuma kadang kala diri kita yang lemah ini tertipu dengan permainan dunia. Sesuatu yang kita anggap indah itu sebenarnya bukanlah yang terbaik untuk kita kerana sesungguhnya syaitan itu sengaja menjadikan segalanya indah di matamu agar dikau mengikut jejak langkahnya.

Allah sudah memberi peringatan dalam kalam cinta dariNYA:

"Kami mengadakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu menghendaki, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka mengada-adakan." (6:112)

Adik adikku yang disayangi,

Ketika menghadiri satu forum tentang cinta yang di anjurkan di Universiti Malaysia Sabah, kakakmu ini begitu tertarik dengan perumpaan cinta yang diberikan oleh ahli panel. Katanya,

Cinta itu ibarat kentut, di tahan sakit, di lepas puas
Gamat seluruh dewan dengan gelak ketawa para penonton. Tidak dinafikan bahawa cinta itu adalah nikmat kurniaan ALLAH SWT kepada kita yakni hamba hambaNYA. Bukankah DIA itu yang Maha Pemurah, DIA memberikan segalanya kepadamu, cuma dirimu itu sahaja yang tidak menyedarinya. Cinta itu adalah milik semua tetapi sejauh mana cinta itu disandarkan semata mata keranaNYA? Apatahlagi tika usiamu yang masih berpaksi pada alam remaja, terlalu banyak kepentingan cinta yang harus kau pilih dalam hidupmu.

Pertama sekali cinta pilihanmu adalah janji pada ALLAH dan Rasulmu. Bukankah setiap kali dalam duduk tasyahud mu di dalam solat kau telah bersaksi bahawa hanya DIA yang layak disembah dan kau bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruhNYA. Maka, lafaz yang dijanjikan itu sudah menuntut dirimu untuk melaksanakan seperti yang kau ucapkan. Sudah tentu yang kau cari dalam hidupmu adalah cinta hakiki ALLAH SWT di samping menelusuri perjuangan Nabi Muhammad SAW.

Untuk keduanya, cinta pilihanmu adalah untuk keluarga dan pelajaranmu. Wahai adikku, ingatlah betapa susah dan peritnya seorang ibu ketika melahirkanmu. Inginku berkongsi sedikit pengalaman ketika bertugas di wad bersalin, kadang kadang seorang ibu itu terpaksa menanggung kesakitan berhari hari semata mata untuk melahirkanmu. Sesungguhnya dia merintih dan menangis kesakitan akan tetapi apabila mendengar suara tangisan mu, itula ubat untuk segala kepayahan yang dihadapinya. Bagaimana pula dengan ayahmu, yang tidak pernah mengenal erti penat lelah untuk mencari nafkah demi sesuap nasi. Sanggupkah dirimu menggadaikan cinta yang suci dan murni ini hanya semata mata untuk sesuatu yang belum pasti? Sesungguhnya ayah dan ibumu itu, harapannya agar dikau berbakti kepada agama dan ummah. Adikku, hargailah mereka dengan kesungguhan mu menuntut ilmu akhirat yang diseiringkan dengan ilmu dunia.

Ketahuilah adik adik, Mengikut apa yang kakak mu ini pelajari dalam teori kejururawatan berpandukan theori Erik Erikson Stages of Development, dirimu sedang mengalami Identity versus Roles Confusion. Dalam tahap ini, dirimu mula mencari dan membentuk personaliti dirimu. Selalunya, apa yang kau dapati adalah apa yang kau perolehi dari sekelilingmu. Malah, dirimu juga bisa terjebak ke alam kekeliruan dalam membina jati diri. Konklusinya, dirimu akan mudah membuat sesuatu keputusan di luar pertimbangan yang benar. Mungkin pada tika ini, jiwamu juga akan mudah memberontak. Dirimu mula berasa hanya mereka yang sebaya sahaja memahamimu. Seterusnya, perasaan cinta pilihan yang ketiga muncul. Dirimu mula tertarik kepada makhluk yang berlawanan jenis dengan mu. Ahh... memang tidak dinafikan bahawa adalah amat sukar untuk menepis perasaan sebegini. Pernah diri ini ditanya oleh anak anak usrahku, maka jawapanku senjata yang paling ampuh untuk mempertahankan dirimu adalah penggantungan kepada ALLAH SWT dan seterusnya hati yang sentiasa berhajatkan pada tarbiyah.

Sudah tentu adik adik mengatakan, wahai kakakku, dirimu yang menulis itu sudah tentu mudah sahaja untuk menarikan jari jemari pada cik laptop kesayanganmu. Adik adikku, tahukah kalian bahawa insan yang berkata kata itulah yang akan diuji dengan kata katanya sendiri. Mahu atau tidak, kita mestilah sentiasa bersiap sedia untuk menerima ujian dariNYA kerana seperti biasa, kita hanyalah hamba walau setinggi mana pangkat ataupun kedudukanmu.

Adik adiku.. ingin ku kongsikan satu frasa kegemaranku iaitu

A Women's heart should be so lost in ALLAH, that a man needs to seek HIM in order to find her

Sejauh mana dirimu itu cuba untuk menikmati cinta manusia, tapi tidak akan bermakna apa apa tanpa sentuhan cinta dariNYA. Cuma ingatlah pesananku, semakin kau mengejar cintaNYA maka dirimu akan terus di asak dengan cinta manusia kerana seperti pesanan ku selalu kepada kalian bahawa

Mereka yang dekat dengan ALLAH bukan calang calang orang, perlu melalui proses tapisannya.

Dan yang paling menakutkan sekali wahai adik adikku, seseorang itu menjadi lalai semata mata kerana kita yang kerdil dan lemah ini. Sedangkan kita sama sama bernama manusia. Sebaik baiknya kita menjadi asbab kepada kebaikan manusia berbanding menjadi asbab kepada kehancurannya kerana Rasulullah SAW telah berpesan kepada kita:

Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa apa yang disinari matahari. Hadis riwayat Al tabrani
Adik adik, jika benar sayangkan ALLAH SWT, sudah tentu kita tidak mahu menjadi penggugat rindu insan lain kepada ALLAH SWT, jika benar sayangkan insan agung Muhammad SAW, sudah tentu kita tidak mahu menjadi asbab kepada lalainya insan lain mengikuti sunnahnya. Sesungguhnya tidak salah bercinta namun biarlah halal dan semuanya kerana ALLAH. Hati itu memang susah sekali hendak mengikhlaskan keranaNYA tetapi ambillah cara yang diredhainya untuk menyemai cinta dan berdoalah agar cinta kalian diberkati dan diterima olehNYA.

Buat mereka yang masih tercari cari cinta, seperti yang dikatakan oleh cik Asiah Yusro dalam artikel Pemilik Hatiku


sekiranya dirimu juga mencari siapa diriku maka muhasabahlah dirimu.. Mengapa ALLAH swt tidak mempertemukan kita lagi... adakah kerana kita masih belum cukup? Ataupun diriku dan dirimu masih punya tanggungjawab yang belum selesai dalam perjuangan dakwah?
Mari kita bermuhasabah diri, mungkin kekuatan kita ini belum cukup dan mampu untuk kita 'menduakan perjuangan'. Selain itu, mungkin ALLAH SWT ingin membersihkan hati mu sebersih bersihnya sebelum mempertemukan dikau adikku dengan pemilik hatimu.

Diriku ingin memohon seribu kemaafan sekiranya terhadap kekurangan di dalam penulisanku. Seperti yang ku katakan sebelum ini, aku bukan srikandi solehah, doakan agar diriku ini sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri. Selain itu, ku pohon pimpinan kalian agar diriku terus diberi kekuatan iman untuk menulis kerana sedang Sayyiq Qutb bisa menulis Tafsir Fi Zi Lalil Quran ketika dipenjara, sedangkan diriku yang sedang duduk bersenang lenang ini tidak mampu mencoretkan walau sebaris ayat pun?

Sebelum mengakhiri kalamku, ingin ku berkongsi sebuah irama lagu yang indah, semoga bisa membawa hati hati kita kembali mengingatiNYA. Untuk mendengar lagu ini, boleh klik di sini


Maaf tuk berpisah
Tashiru

Kau tahu tentang hatiku yang tak pernah bisa melupakanmu
Kau tahu tentang diriku yang selalu mengenangmu selamanya
Kini kusadari Bahwa semua itu
Adalah salah, juga keliru
Akan membuat hati menjadi ternodai

Reff..
Maafkanlah segala khilaf yang tlah kita terlewati
Tlah membawamu kedalam jalan yang melupakan tuhan
Kita memang harus berpisah
Tuk menjaga diri
Untuk kembali mngarungi hidup
Dalam ridho ilahi

Kutahu bahwa dirimu
Mendambakan kasih suci yang sejati yeee
Kuyakin bahwa dirimu
Merindukan kasih sayang yang hakiki

Kini kusadari Bahwa semua itu
Adalah salah, juga keliru ooo
Akan membuat hati menjadi ternodai

Back to reff.
Dan bila takdirnya kita bersama
Pastilah Allah akan menyatukan kita oooooo


Wallahualam

Dari Kakak Naqibahmu

Murabbiyah to be,
ICU Nurse to be,

Asiah Yusro

Izinkan diriku menjadi seperti Asiah disisiMU... Ameen ^_^



Sumber : www.layakkahakumenjadibidadarisyurga.blogspot.com