Saturday, January 5, 2013

Layakkah aku digelar Murobbi?

Bismillah...


Tertampar!

Diam...
Fikir....
Muhasabah...........

Huh...

Da'ie kah kau Hikari?
Adakah kau sahabat yang dikatakan seperti dalam hadis Rasulullah??, yang melebihkan sahabat daripada diri sendiri??
Adakah kau teman yang di cari dan didamba2 kan oleh teman sekelilingmu??

Koreksi diri wahai Hikari...
Sejauh mana telah kau buat untuk teman2 sekeliling mu...

Terasa diri 'failed' untuk menjadi da'ie, apatah lagi Murobbi...

"Sesungguhnya seorang Muslim itu, Apabila berjalan di jalan dakwah, 
Ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja,
Bahkan dibawa bersama hati saudaranya.
Justeru itu,
setiap pahala yang di dapati sepanjang perjalannya,
pasti akan terbias untyk saudara seperjuangannya. "
~Mustafa Masyhur~

huhh... sekali lagi keluhan berat melewatinya.. terasa ingin menangis semahunya!

Maafkan aku duhai teman,
andai diriku ini tidak mampu berada di sisimu, mendengar luahan masalah mu...
sentiasa menjadi yang pertama tampil  meminjamkan bahuku untuk kau sandarkan diri
tatkala hampir tersungkur di jalan ini..
Maafkan aku sahabat,
andai perlakuan ku ini membuat kau jadi seperti itu..
Namun bukan aku ingin melarikan diri dari di persalahkan!
kerana aku juga seperti kamu, manusia lemah, penuh kelompangan...


P/S : Syukarn dik Estelle kerana teguran ini. Teguran drpd Allah, melalui Estelle.