Tuesday, December 31, 2013

Hati yang Baru

Bismillah.

 
Bila jiwa kacau risau tentang masa depan,
Bila hati sesak dengan kerenah manusia yang tidak memahami,
Bila jiwa sukar berlapang dada,
Bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain,
Bila hati sentiasa ingin marah,
Bila hati mula berjinak dengan nafsu yang Allah tidak redha.

Bila akal lupa tujuan asal hidup,
Bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat,
Bila hati puas melakukan perkara yang tidak berbuah amal,
Bila jasad duduk enak tanpa berbuat ma'aruf.

Bila air mata terlalu sukar untuk dititiskan untuk-Nya,
Bila hati mula mengeras,
Bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia,
Bila hati mula berputus asa terhadap rahmat & nikmat-Nya.

Bila diri mula meminta yang berlebihan,
Bila hati mula meminta untuk yang bukan haq,
Bila diri rasa sudah cukup,
Bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikir.

Bila cemburu terhadap nikmat & rezeki insan lain,
Bila diri berpura baik di hadapan manusia,
Bila hati merasa perbuatan dosa sebagai tidak apa,
Bila diri sentiasa mahu dipuji.

Bila hati tidak yakin dengan janji-Nya,
Bila diri menyesal dengan setiap taqdir-Nya,
Bila hati sentiasa mencari aib & salah orang lain,
Bila diri sentiasa ingin memuaskan selain dari Allah.

Bila hati merasa bebas dari jagaan Allah,
Bila merasa diri milik mutlaq diri sendiri,
Bila hati merasa aman melanggar amanah,
Bila merasakan tiada yang lebih penting melainkan diri sendiri.

Bila diri terlalu banyak beralasan,
Bila setiap perbuatan tidak terniat untuk Allah,
Bila diri mula berasa berat untuk sembah & sujud kepada-Nya,
Bila telinga lebih enak dilagukan dengan selain ayat-ayat suci-Nya.

Bila mulut lebih senang berbicara tentang dunia dari manisnya syurga,
Bila redha manusia lebih dicari daripada redha Allah,
Bila merasa cinta manusia lebih asyik daripada cinta Allah,
Bila hati tidak rindu untuk bertemu-Nya,
Bila hati mula disempitkan dengan dunia,
Bila diri sombong tidak mahu meminta kepada-Nya,
Bila setiap akal, jiwa & jasad terikat dengan dunia.

Hati itu bukan hati aku lagi..

I beg to you Ya Rabb..
Please heal my heart..

-Anonymous-



Friday, March 22, 2013

Cikgu... Pendidik


Assalamu'alaikum teman..
Alhamdulillah abadan ya Rabb atas peluang ini. :')
Allahumma solli 'ala Muhammad.
Tengok langit, subhanAllah.. 

'Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?' 
24 kali (kalau tak silap) diulang pada surah Ar Rahman. Mari teman, kita duduk sebentar.. Tenangkan diri, yuk zikir jap. Leraikan kekusutan yang menerjah di minda juga jiwa saat ini, dengan bebanan kerja tutorial, assignment, gerak-gerak kerja yang semakin ;ramai' menziarahi kita... Perghhh!!

Astaghfirullah aladzim...
SubhanALLAH..
Alhamdulillah..
ALLAHuakhbar..
La haula quwwata illah billah...
ok dah? ^_^ insyaAllah kan..

Hmm..aku rasa terpanggil sangat-sangat nak share sesuatu hari ni. Sekarang kan musim budak matrik dan STPM isi UPU. Honestly, aku bingung gilak2 juga sikit la. Tapi alhamdulillah, 3 yang utama di minda aku :
1. Pendidikan
2. Komputer
3. Kejururawatan

Yang aku nak highlight sini, no.1 tu. Kadang2 ada orang tanya, aku nak ambil kos apa? and blablablaa...
Aku memang nak jadi Cikgu sebenarnya. Kenapa? Sebab aku masih boleh pegi sekolah, jumpa suasana sekolah. Tapi ni persepsi lama aku sebelum aku betul2 faham what is meant by 'TARBIYYAH'...

TARBIYYAH......
Yep, tarbiyyah. Aku jumpa 'bestfriend' aku ni masa masuk matrik dan aku berusaha untuk memahami 'kawan' aku ni. How sweet is he! Biarpun aku rasa 'dia' ni selalu susahkan aku.hek.. But, I learn many things in this world from he. Ehh jauh celoteh, sambung2...

Aku tiba2 tertanya diri aku, 
"Ko mau jadi cikgu? Cikgu apa? Yang setakat mengajar di kelas? atau cikgu yang mendidik?"
????????????????????????????????????????????

Allahu rabbi...
Jawapan aku teman,

"Ya aku mau jadi Cikgu. atau yang lebih tepat, PENDIDIK! "

Mamy aku pun memang nak aku jadi cikgu, rasanya semua parents pun kalau boleh nak anak-anak mereka jadi cikgu kan :)

Doakan aku teman!




Saturday, March 16, 2013

Reflection... for me and you


Assalamu'alaikum.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. Pagi yang hening, dengan bunyi burung-burung berkicauan bertasbih kepada ALLAH. Aku? InsyaAllah sama sama kita merafakkan kesyukuran di atas peluang ini lagi.(err..what chance?) -Peluang dapat barnafas lagi hari ni, Allah bagi peluang lagi untuk kita bertaubat kepadaNya atas dosa dosa kita.

Sollu alan nabi.!! Allhumma solli 'ala Muhammad...

So, apa cer skrg? Lama tidak update teratak ni. For today entry, maybe nothing special, but for others maybe beneficial for them.insyaAllah.

'La ilahaillah, Muhamadurrasulullah ... '
Sedang dengar lagu ni, by Al-Habib.(selingan he)

http://www.youtube.com/watch?v=38f7OaBFQy8

Allahu rabbi... betapa mahal harga sebuah ketenangan, tapi berapa ramai yang hargai? Berapa ramai pula yang bersyukur atas nikmat ketenangan itu?

"Dan (ingatlah) ketika TuhanMU memaklumkan, 'sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahkan (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat." QS Ibrahim : 7 

Ya Allah, moga aku termasuk dalam golongan orang orang yang sentiasa bersyukur atas apa sahaja nikmatMU kepada ku hamba hina ini..ameen

Daie itu manusia biasa, jadi jangan persoalkan mengapa mereka buat tu, mengapa mereka buat ini? bukan kah tu nda boleh? Wahai anda, anda dan anda.. Yes, you.. We are same, manusia. Nobodys perfect in this world, except our Prophet pbuh. 

Manusia lebih suka melihat kesalahan orang lain daripada melihat kebaikan yang orang tu pernah buat. 
Kan? 
Manusia lagi suka mencari, membongkar dan menyebarkan aib orang lain daripada meneliti aib sendiri.
Kan?
Manusia lagi suka cakap rasa tak puas hatinya terhadap si A daripada bercakap face to face dengan orang yang dia tak puas hati tu.
Kan?
Tapi, bila si A cakap face to face pula dengan si B, si B pula buat muka tak boleh terima teguran tu. 
Kan?
So how?

Easy answer, kita tak boleh puaskan hati semua orang even kita rasa kita dah buat yang terbaik buat mereka ^_^

Moga kita tidak tergolong dari sifat sifat mazmummah ini. Nauzubillah min dzalik!

InsyaAllah setakat ini saja buat entri kali ini. moga bermanfaat buat yang membaca. 
Tiada kaitan dengan siapa siapa, menuli untuk orang lain dan the most important is for me also.
Peringantan buat aku, al-faqirah ilallah.

Moga Allah redha..ameen

"Sesungguhnya orang orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat."
QS Al-Hujurat : 10




Thursday, January 10, 2013

Sumbangan Dana Minggu Penghayatan Islam (MPI) 2013!!

Bismillahirrahmannirahiim...

Pengumuman!!!

Peluang beramal dan menambah saham akhirat.

Assalamu'alaikum wbt buat semua warga MPI 2013 dan pelajar2 KML. Bersempena MPI kali ini, pihak jawatankuasa Surau Al-Irfaan dan MPI 2013 memohon sumbangan ikhlas daripada semua tidak kira anda penuntut KML atau tidak untuk tujuan aktiviti2 dakwah sepanjang MPI. 
ALLAH s.wt. berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 254 : 'Wahai orang orang yang beriman! Infakkanlah sebagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari ketika tidak ada lagi jual beli, tidak ada lagi persahabatan dan tidak ada lagi syafaat. Orang2 kafir itulah orang yang zalim. '
sumbangan anda boleh disalurkan terus ke akaun bank rasmi MPI:
BANK MUAMALAT
1501000048471-5


Atau anda juga boleh berhubung dengan Bendahari kami:
Saudara Nizam - 019 5377314
Saudari Hidayah - 013 8714731


'Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui.'
QS 2:261

Jazakallahu khairan khatira!



P/S : Kami menerima sumbangan dalam bentuk tunai/cek/disalurkan terus ke akaun kami. Syukran jazilan.



















Saturday, January 5, 2013

Layakkah aku digelar Murobbi?

Bismillah...


Tertampar!

Diam...
Fikir....
Muhasabah...........

Huh...

Da'ie kah kau Hikari?
Adakah kau sahabat yang dikatakan seperti dalam hadis Rasulullah??, yang melebihkan sahabat daripada diri sendiri??
Adakah kau teman yang di cari dan didamba2 kan oleh teman sekelilingmu??

Koreksi diri wahai Hikari...
Sejauh mana telah kau buat untuk teman2 sekeliling mu...

Terasa diri 'failed' untuk menjadi da'ie, apatah lagi Murobbi...

"Sesungguhnya seorang Muslim itu, Apabila berjalan di jalan dakwah, 
Ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja,
Bahkan dibawa bersama hati saudaranya.
Justeru itu,
setiap pahala yang di dapati sepanjang perjalannya,
pasti akan terbias untyk saudara seperjuangannya. "
~Mustafa Masyhur~

huhh... sekali lagi keluhan berat melewatinya.. terasa ingin menangis semahunya!

Maafkan aku duhai teman,
andai diriku ini tidak mampu berada di sisimu, mendengar luahan masalah mu...
sentiasa menjadi yang pertama tampil  meminjamkan bahuku untuk kau sandarkan diri
tatkala hampir tersungkur di jalan ini..
Maafkan aku sahabat,
andai perlakuan ku ini membuat kau jadi seperti itu..
Namun bukan aku ingin melarikan diri dari di persalahkan!
kerana aku juga seperti kamu, manusia lemah, penuh kelompangan...


P/S : Syukarn dik Estelle kerana teguran ini. Teguran drpd Allah, melalui Estelle.